Assalamualaikum...
Lamanya tak update blog..Kali ni pon nak citer pasal kisah yang dah lama terperap dalam draft. hehe...Kisah beberapa bulan lalu..gambar pon takde coz tak sempat nak backup dari handphone..huhu..
Hanan dah hampir seminggu demam..Suhu badan nya on
off..Kejap ok, kang menjelang malam panas balik...Ada satu ketika sampai
38.5..Mujur ada termometer digital, mudah nak sukat suhu anak kan..Memang
merengek je la, tidur pon tak lena kejap kejap terbangun..Then aku sentiasa
tuam badannya dengan air biasa atau air asam jawa..Alhamdulillah, menurun sikit
suhu nya..Bila demam camni, makan taknak, menyusu pon taknak..Makan susut badan
anak ummi..Huhu..
Aku ada bawa klinik dekat dengan ofis, coz nak try ubat kat
situ kot serasi dengan hanan kan..Lagipon dia memang doktor
kanak-kanak..Dapatlah ubat demam, ubat clear kan hidung dan ubat batuk. Dia
kata kahak hanan ni banyak sangat..So dia bagi ubat yang leh cairkan kahak dan
keluar ikut najis..Tapi dah 2-3 hari tak reda gak batuk hanan..Alhamdulillah
demam nya dah ok sikit, suhu dah tak panas sangat dan nak gak la menyusu walau
tak banyak, nak main-main..
Ada gak dua tiga kali aku wat tepuk precussion dan steam
tu, tapi yang keluar cuma hingus je, kahak takde..huhu...hanan macam dah pasrah
je bila aku wat gitu, mula-mula je menangis pastu dah penat agaknya just
merengek je..Selalunya aku buat guna periuk nasi, isi air, leh tambah bawang
putih seulas atau garam sikit untuk bertindak sebagai antibiotik. Tapi air je
semata-mata pon boleh..Satu sesi dalam 20-25 minit..Ok la lepas wat tu dia
macam lega sikit, tapi kemudian batuk-batuk dia datang balik menandakan masih
ada kahak lagi.
So Sabtu tu dah nekad nak bawa hanan gi Klinik Nadir yang
famous kat Wangsa Maju tu..Nak buat neb dan rawatan sedut kahak. Call klinik
tu, hampa coz dibagitau yang dr.nadir bercuti sampai 23feb..Takkan la nak
tunggu sampai tarikh tu, lama sangat..yang ada doktor lain iaitu
dr.halim..Kitaorang cari dulu sekitar kajang, tapi kebanyakan klinik cuma ada
wat neb je, takde yang sedut kahak tu. Neb cuma mencairkan kahak dan
melancarkan salur pernafasan baby je bagi dia mudah bernafas tapi kahak still
berkumpul dalam tu. Dan banyak klinik buka separuh hari je. So, terus kan je la
perjalanan ke Klinik Wangsa dr.nadir kat Wangsa Maju tu..Gigih tempuh
jem..Sejam lebih gak la baru sampai.
Sampai-sampai je penuh orang kat kerusi. Tapi kalau aku
baca kat blog-blog, diaorang sampai beratur keluar klinik dan ambil
no.giliran..yang ni ok sikit kot, tak payah ambil no.giliran..Memang ramai la
yang bawa anak-anak kecik nak wat rawatan tu..Baby 2-3 bulan pon ada..Memanjang
dengar suara baby menjerit je kat dalam bilik doktor. Tu fenomena biasa. Tunggu
punya tunggu, giliran tak juga kunjung tiba..Aku rasa tak ramai orang tapi tak
gak dipanggil. Ada gak yang baru masuk, tapi boleh terus jumpa doktor. So pada
firasat aku diaorang dah datang dulu, then tau lama lagi nak dipanggil, so
diaorang kuar makan2 dulu kot..Dari kul4 kitaorang tunggu, sampai kul6.30 baru
nama dipanggil..Ko bayangkan dekat 3 jam menunggu! Tapi ye la kalau seorang
buat rawatan, dia dah ambil masa berapa lama kan..
Mula-mula dipanggil, doktor akan check dulu sejarah baby tu, tanya bersalin normal ke ceaser, pernah masuk hospital tak, bla..bla..doktor sangat baik dan lemah lembut..pastu hanan dibawa ke tempat untuk buat nebulizer..mula-mula dia nangis gak maby tak selesa, pastu boleh lak terlelap! mengantuk tunggu lama kot..
Dah selesai nebulizer, sesi sedut kahak dan hingus lak. Sebelum tu, baby dibedungkan dulu supaya dia tak meronta-ronta time proses berlangsung. Aku pegang badan hanan dan hubby pegang kepala dia. Doktor buat dengan lemah lembut je. Masukkan tiub kecil dalam tekak dan hidung. Memang banyak la hingus dan lendir yang keluar. Kesian gak tengok dia menangis-nangis sambil ada tiub dalam tekak. Tapi umi nak anak umi cepat baik..Tahan ye sayang..Tapi lama-lama dia ada gak terlelap..hahaa! Dah tak tahan mengantuk sangat la tu..Selepas selesai, dibekalkan ubat galak batuk dan ubat cairkan kahak. Doktor ada gak ajar cara-cara wat tepuk precussion tu kat rumah.
Alhamdulillah, malam tu hanan tidur dengan lena, takde terjaga-jaga lagi.. 2-3 hari pastu hanan dah beransur sembuh dan kuranglah bunyi kahak dia.Syukurrr..;)
semoga membesar dalam keadaan sihat sentiasa, singgah sini :)
ReplyDeletePERMANENT DOCTOR NEEDED - URGENT !!!
ReplyDeleteWe are Owner and Operator a General Practice (GP) Clinic in Bandar Sungai Long, Bangi and Putrajaya (Presint Diplomatik - Klinik Pakar KASIH).
We are looking for a dedicated Medical Officer Requirements at Bandar Sungai Long Clinic:-
Lady doctor
MBBS or equivalent from a recognized institution approved by Ministry of Health Malaysia
Possess valid Annual Practicing Certificate
Registered with Malaysia Medical Council
Minimum 2 years working experience in Obstetric & Gynecology
Attended an Obstetric Life Saving Skill
Attended A Neonatal Resuscitation Program
Working hours negotiable with minimum on-call
Very attractive salary
Kindly please send to recommend CV to: aznial@gmail.com
Clinic information:-
PUSAT RAWATAN SUNGAI LONG
NO. 12 JALAN SL 1/13
BANDAR SUNGAI LONG
43000 KAJANG
SELANGOR