Thursday, May 21, 2015

Kehilangan Yang Pasti Dirasai

Assalamualaikum..

Tanggal 17 Mei yang lepas, kami dikejutkan dengan berita pemergian adik kepada ayah aku (bapa saudara aku)..Kita orang panggil dia cik cil je..Ayah aku cakap sebab masa kecik2 badan dia kemetot je kecil tak besar2..Tapi bila dah membesar, normal je..hehe..Keluarga aku memang rapat la dengan cik cil dan keluarga dia ni sebab dia ni jenis ramah tamah, tak sombong, suka berborak..Selalu gak jalan-jalan umah dia..Kadang2 dia la datang umah kitaorang. Aku selalu gak tempah kerepek pisang kat wife dia tiap kali balik kampung. Wife dia punya kerepek memang sedap dan fresh, so kalau jual kat opis pon memang laku lah.

Masa kami sekeluarga tengah lepak2 kat umah ahad tu, tibe2 farah, akak ipar aku kol. Dikhabar kan nya cik cil dah meninggal dunia sebab sakit dalam perut. Aku macam..hah??? bile?? yeke??? macam tak percaya pon ada sebab takde berita pon cik cil sakit sebelum ni..dan dia memang seorang yang sihat dan ceria sepanjang masa. Lepas dapat berita tu terus lah menangis tersedu-sedu sebab memang rasa tak percaya sangat..Terus packing barang dan balik kampung dengan hubby. 

Arwah dikebumikan malam tu juga selepas isyak..Time aku sampai baru siap disembahyangkan. Sempat lah nak tatap wajah arwah buat kali terakhir. Putih bersih muka nya dan seakan tersenyum. Seakan tak percaya dia dah tiada..T____T Rupanya dia start sakit petang Jumaat tu, bila makan je terus muntah, bila bawa klinik doktor cakap gastrik. Sabtu tu rumah dia ada kenduri. Even sakit, masih lagi boleh berbual2 dengan orang yang datang. Ahad tu nak bawa ke hospital, tapi time tengah mandi, arwah terjatuh, wife dia jumpa dia tengah nazak..Dan meninggal dunia tak lama pastu.

Isnin tu aku ambil emergency leave dan hari selasa kerja macam biasa. Tapi hari selasa tu dah start rasa tak sedap badan. So aku balik on time, sharp kul 5.30 petang dah punch out. Selalunya kul6 or 6.30 baru balik..Malamnya dah start tak larat, hubby bawa ke klinik. Makan nasi pon tak lalu dah. Malam tu tidur menggigil2 berlanjutan sampai esok nye..Rabu tu memang aku dah apply cuti coz pengasuh ada hal. Nasib baik lah hanan tak buat perangai. Kalau tengok umi nye tidur, dia pon tidur sama. Kalau tak, dia main sendiri. Aku masih berselubung dengan selimut tebal, pakai stokin semua..Suhu dah 38.8 tapi aku still rasa sejuk teramat. Nak mandi pon mandi air suam..Aku dapat berita yang mak ayah aku kat kampung pon tengah demam. Maybe masing-masing demam terkejut.

Alhamdulillah hari ni khamis dah beransur lega sikit. Even masih pening pening lagi tapi suhu badan dah ok. Selera pon belum ada. Tapi boleh la pergi kerja. Mak aku suruh mandi air basuhan beras, semalam terus buat..

Kadang-kadang masih terngiang-ngiang suara cik cil..gelak tawa nya..gurau senda nya..Memang banyak kenangan dengan arwah..Semoga arwah tenang di sana..

Alfatihah
Allahyarham Jamari bin Salihon

No comments:

Post a Comment

Thank You!! ^_^

Labels

Followers