Tuesday, September 28, 2010

Kita Takkan Tau

Mungkin sifat aku yang pendiam (eh, pendiam ke??) okay, mungkin agak perahsia menyebabkan orang sekeliling or kenalan rapat aku rase slesa untuk share masalah peribadi derang kat aku. Aku hanya bertindak sebagai pendengar setia. Maybe tak dapat nak tolong, at least dapat gak membantu mengurangkan beban yang ditanggung dan dipendam dalam jiwa. Citer ni hanya sekadar untuk dijadikan pengajaran. Dulu time study, aku ada member baik. Aku rase dia memang baik hati, lembut, rajin, cantik yang bagi aku sape dapat kawen ngan dia konfemmm bahagia lah! Tapi tu hanya pendapat la kan. Then aku tau dia bercinta ngan pakwe dia hampir 10 tahun, pastu derang mendirikan rumah tangga. 10 tahunnn bercinta..Lama kan? Pe dia suke? Perangai dia? Dia bangun tido kul bape? Dia suke kaler pe? Even bau kentut dia pon ko dah leh cam kot? Muahaha..Masa yang cukup untuk kenal hati budi masing-masing..Iyer ke?? Kalau itu yang korang fikir, memang lah tak tepat.


Mula-mula kawen, memang bahagia..tapi pas sebulan, 2 bulan...Nampak dah belang. Dia menangis2 mengadu kat aku yang laki dia nih panas baran. Oke fine. Aku nasihatkan, maby lelaki memang macam tu, ego, and dia sekadar nak menasihati Tapi sekadar bagi nasihat memang la oke. Kalau tangan dah naik ke muka, kena sepak terajang sume, apa kess?? Aku cukup tak respek kat laki2 or suami2 yang suke mendera isteri..C'mon la beb, ko kawen ngan dia sebab ko cintakan dia...Bila ko dah dapat dia, cinta apakah yang ko cuba buktikan dengan sepak terajang dia?? Kesalahan besar mungkin boleh diterima, tapi kalau hanya sebab kesalahan kecik je macam makan tak habis, tu pun ko nak mengamuk? Takkan la ko nak paksa bini ko makan sampai termuntah kot? Tau lah beras tu ko yang beli, tapi nasihat elok2 takleh ke? Haduuu...Aku plak yang emo.


Oke. Mungkin aku agak bias coz hanya mendengar citer dari sebelah pihak. Kita tak alami, so kita tak berhak nak judge sape2. Aku pon tak tau citer sebenar. So, takleh nak komen lebih2..Tapi aku memang kenal hubby member aku ni. Seorang ustaz ye. Yela, selagi nama nya manusia, memang takde yang sempurna. Ko alim camne pon, kaya camne pon, pasti ada gak kekurangannya di mana2..Tapi skang nie masalah rumah tangga memang makin menjadi2..Kan..? Kan..? Tak payah citer artis la, orang biasa pon ntah bape banyak kes tertunggak kat mahkamah syariah tu. Bila pikey pasal nih, wat aku cuak lak nak kawen..Uhuhuu..Jangan la. Taknak la nanti kat padang mahsyar nabi takkan ngaku umat. Ish, nauzubillah...


Even bercinta suka sama suka, even dapat restu orang tua, even kenal pon dah cukup lama...Even ko dah cuba buat sehabis baik. Kita takkan tau apa yang berlaku di masa akan datang. Jangan la ko expect pe ko ada skang akan selamanya milik ko dan janganla ko expect pe yang berlaku skang akan kekal selamanya macam tu. Jangan hanya tau mengata, mengutuk, menyalahkan..buat bising macam kera kena belacan. Pot pet pot pet..Menjaja citer ke sana ke mari. Kerana semua tu ko nilai dari lahiriah je. Dari pe yang ko nampak je. Hakikat sebenar yang tau hanya orang yang alami dan tuhan yang Maha Mengetahui..Kita hanya mampu merancang, tapi Tuhan yang menentukan. Bersyukurlah dengan apa yang ada.






Sekian.


1 comment:

Thank You!! ^_^

Labels

AGAMA (52) AWARD (2) BEBELAN KU (87) BERITA (6) CERITA (41) CINTA (13) COhttp://www.blogger.com/img/blank.gifNTEST (1) CONTEST (8) DIRIKU (33) DIY (8) EVENT (14) FAMILY (19) HANAN (5) I.N.F.O. (21) JALAN-JALAN (9) K.A.H.W.I.N. (9) KERJA (2) LAWAK (2) LUAHAN (18) LYRICS (5) M.A.K.A.N. (1) MAKAN (9) NUKILAN (10) OPINIONS (3) P.E.N.G.A.L.A.M.A.N. (15) PREGNANT (11) PRODUK (3) R.E.S.I.P.I. (1) SEDIH (7) TAG (3) TIPS (38)

Followers