Monday, October 31, 2011

Derma Organ


Derma darah tu mungkin dah biasa..Tapi...Korang pernah terpikir tak nak derma organ?


Apa?


Takut?


Tapi derma organ tu hanya dijalankan bila penderma dah meninggal dunia je..Nape nak takut?


Mungkin ada yang risau, bila kita derma organ, nanti kita mati, badan kita jadi tak sempurna..Takde jantung, takde paru-paru, etc..Dari perspektif Islam, pemindahan organ diharuskan dengan syarat tidak ada alternatif lain yang boleh menyelamatkan nyawa pesakit. Di samping itu, kaedah rawatan ini juga diharuskan sekiranya tidak mendatangkan mudarat yang lebih besar kepada penerima organ atau penderma organ (sekiranya penderma masih hidup). Islam juga mensyaratkan pendermaan organ dilakukan secara ikhlas dengan niat untuk membantu orang lain semata-mata kerana Allah s.w.t. dan bukannya bagi tujuan untuk mendapatkan ganjaran, habuan, populariti atau glamor. Organ dan tisu juga tidak boleh diperniagakan kerana Islam melihat jual beli organ dan tisu sebagai suatu perkara yang haram. Pendermaan organ juga perlu mendapat izin dan persetujuan penderma, yakni pendermaan organ tidak boleh dilakukan kerana dipaksa. Pembedahan pendermaan organ dijalankan seperti pembedahan biasa yang dilakukan ke atas pesakit yang masih hidup dalam keadaan steril dan dengan penuh hormat dan tidak akan menjejaskan rupa tubuh penderma. Apa yang ketara hanyalah kesan luka pembedahan yang dijahit dengan teliti dan sempurna.


Aku pun rasa takut sebenarnya. Orang kata rasa sakit sakaratul maut tu cam kulit direntap dari badan. So, bila kita mati luka-luka kat badan leh bayangkan camne, cume tak nampak dari mata kasar. Sebab tu orang cakap, bila nak uruskan jenazah, buat dengan lemah lembut, kerana setiap inci badan jenazah dah cedera. Hatta kalau ada sehelai rambut tercabut pon, rasa nya macam nak tercabut otak dari kepala. So, aku bayangkan camne plak sakitnya bila wat operation nak pindah organ tu? Uhuhu...Ok, sekarang dah pikir lebih2. =.= Tak baik camtu kan? Kita beramal biar ikhlas. Kalau niat dan tujuan kita baik, insyaallah dipermudahkan oleh Nya. Even masa tu kita dah meninggal dunia, mungkin dengan jasa kita tu, kita dapat bagi peluang untuk manusia lain teruskan hidup. Ada kawan-kawan aku yang dah daftar untuk derma organ ni. En.tunang cakap dia pon nak daftar. Aku, insyaallah...Dah kena tarbiyah ngan dia, "Semua lepas kita dah takde kat dunia..Even pon sakit..Kalau organ yang diderma tu dapat bagi orang lain kehidupan..Rase nya dah tak kisah pasal sakit tu..Lagipun organ2 kita hak sementara je, yang Allah amanahkan kita untuk jaga..Kita cume jaga time kita hidup je..Kita dah rasa nikmatnya time hidup..Apa salahnya bagi orang lain guna plak untuk teruskan kehidupan diorang.." Sob..sob..T_T


Bila dah decide nak daftar untuk derma organ nih, jangan lupa berbincang dengan waris atau ahli keluarga korang dulu. Ye lah, untuk mengelakkan timbulnya masalah di kemudian hari. Kang ada yang bergaduh lak tak bagi organ anak dia di ambil, itu juga untuk mengelakkan waris dari terkejut tak tentu pasal. Sebaik nya, bincang dulu elok2 k.


Untuk keterangan lanjut, leh refer kat website nih = Derma Organ

Nak daftar online pon boleh ;)






3 comments:

  1. Awesome entry... Terima kasih! =3

    ReplyDelete
  2. Awesome entry... Terima kasih! =3

    ReplyDelete
  3. memang dah lama plan nak daftar tapi tatau saluran dia.... thanks!!!

    ReplyDelete

Thank You!! ^_^

Labels

AGAMA (52) AWARD (2) BEBELAN KU (87) BERITA (6) CERITA (41) CINTA (13) COhttp://www.blogger.com/img/blank.gifNTEST (1) CONTEST (8) DIRIKU (33) DIY (8) EVENT (14) FAMILY (19) HANAN (5) I.N.F.O. (21) JALAN-JALAN (9) K.A.H.W.I.N. (9) KERJA (2) LAWAK (2) LUAHAN (18) LYRICS (5) M.A.K.A.N. (1) MAKAN (9) NUKILAN (10) OPINIONS (3) P.E.N.G.A.L.A.M.A.N. (15) PREGNANT (11) PRODUK (3) R.E.S.I.P.I. (1) SEDIH (7) TAG (3) TIPS (38)

Followers