Thursday, January 26, 2012

Hidup Tanpa Internet?



Dulu aku adalah pengguna internet tegar, means aku takleh hidup tanpa internet. Bahaya bukan? Internet bagi aku dah macam keperluan dan benda yang aku takleh tinggalkan. Time study dulu, aku tak mampu pakai broadband. Maklumlah, nak sara hidup pon bergantung sepenuhnya pada ptptn (mekasih ptptn bagi saya berhutang..huhu..) Nak makan lagi, bayar sewa umah lagi, bayar yuran universiti lagi, itu, ini, sume pakai duit tu. Aku ada gak kerja part time masa study. Tapi hasil yang aku dapat pon hanya cukup-cukup makan je. So, nak langgan broadband adalah keputusan yang paling berat untuk aku buat. So, camne aku nak guna internet? Tiap kali gi kelas, aku paling suka bila kelas kat lab, so leh guna internet secara percuma. Yahoo! Bila kelas bukan kat lab, aku sanggup usung laptop yang berat tu, (dulu aku pakai laptop acer lama dari diploma sampai aku habis keje..tapi pas 6 tahun laptop tu dah innalillah..T___T) ke sana ke mari. Umah aku umah flat tingkat 4, kelas aku pon atas menara, so memang kena panjat anak tangga beratus-ratus la tiap hari, tapi aku tak kisah. Biar pon bahu aku cam dah senget dah, demi untuk mendapatkan internet free, aku relaaa..haha! Kat uitm banyak port yang korang leh cucuk untuk dapatkan internet. Even korang leh guna wireless, tapi guna cable network tu lagi laju, and line internet tak hilang2..Lagi satu, kena bawa power adaptor tiap masa. So, bleh la surf dengan gumbira tanpa timbul masalah laptop kehabisan bateri. Port yang aku selalu lepak seperti surau, library, Bilik 24 jam dan fakulti. Aku leh hafal dah tempat2 yang ada power plug, so senang la aku nak beronline lama-lama..hehe…Bila tiba weekend, kadang-kadang aku rajin gak gi uitm kalau nak online. Bila tiba mood malas, aku sanggup menapak ke cyber café kat syeksyen7 tu..



Bila balik kampong, memang la takde internet. Tapi sanggup langgan mobile internet, yang kita leh langgan per hour, per day or per week tu. Tak pon, aku pegi je lah cyber café yang berdekatan. Actually, takde la dekat sangat pon. Kira jauh la gakk..

Bila dah bekerja, aku sangat gumbira bila hosmet aku sume melanggan internet fixed line kat umah (streamyx). Aku dengan senang hati turut sama join. Tapi bila derang decide nak terminate internet ni, aku dah start gelabah..Takkan la nak langgan RM135 tiap bulan sorang2..? Aku pinjam lak broadband member aku..Line slow lak..tak setanding ngan streamyx coz dia guna maxis. Tapi tu pon dah bersyukur coz ada gak tempat untuk aku beronline. Tak lama pastu aku langgan broadband sendiri guna Celcom. Bayar la tiap bulan RM68. Heavenn..Then aku rasa jumlah tu membebankan aku lak. Tapi faedahnya tak seberapa. Aku dah fikir nak business online je, guna blog ke, jual insurans ke, yang memerlukan internet. At least leh cover balik bil2 internet yang aku bayar tiap bulan.Tapi tu hanya dalam fikiran lah, tak menjadi realiti pon.


Kadang2 orang pelik..Apa aje yang aku buat time online sampai berjam-jam mengadap internet tiap hari? Jawapan aku, takde apa. Haha! Eh, betul..Even aku online hari2, tapi takde benda konsisten yang aku wat time online. Biasanya, just surf you tube, baca artikel untuk apa sahaja info yang aku nak tau, belaja bahasa jepun, france, haha! laman social cam facebook, iluvislam, download lagu, baca komik online kat mangastream, chatting kat ym, main game online, etc..tapi semua tu leh menghiburkan hati aku dan wat aku happy dengan internet. So, camne tibe2 aku leh stop dengan internet?



Bagi aku, mungkin kesedaran tu datang sendiri kot. Ye lah, bila umur dah meningkat, perasan diri dah makin tua, ahaks! dan tiba2 bosan nak menghadap internet lama-lama..Mungkin aku dah letih. Dan mungkin aku fikir, takkan la sampai dah kahwin, sampai ke tua aku nak camni kan? Berkurung kat bilik, online sampai pagi..Ish ish..tak bagusss..Bertambah bengkak la mata aku yang sedia gothic nih..hehee..So, aku kena STOP! Start time tu gak la, aku terminate terus broadband yang aku pakai. Dan aku gagahkan diri untuk tak melanggan mobile internet. Dan time-time tu gak la laptop aku wat hal. Huwahhh….T_T Maka sunyi lah hidup aku tanpa laptop dan internet. Apa nak buat? Apa nak buattt..??? (Menjerit dalam hati) So, aku cuba focus pada benda lain lak. Itu lah guna nya bila ada banyak hobi. Heheee…Aku sibukkan diri aku ngan membaca. Macam2 buku aku beli..dan aku menjinakkan diri menonton televisyen..(sila paham bahawa aku bukan peminat tv, kerana tv hanya membuatkan aku mengantuk..zzzZZZ…=_= ) Kalau bosan gak, aku ajak la hosmate aku jalan2 ke, dengar lagu ke, kemas umah ke..hahaa!



Now, dah hampir setahun aku hidup tanpa internet kat umah. Tapi still ada gak la internet kat ofis, just tu limited access. Kalau dulu hidup aku dengan internet 24 jam. Sekarang tidak lagi..Pe yang aku leh rumuskan, banyak kebaikan yang aku dapat. Kalau dulu, tiap kali gi ofis, ada saje yang tegur mata aku cam zombie, cam panda..huhuu..Mana tak nya, sehari bape jam je aku tido..Pukul3 pagi baru dapat lelapkan mata. Tu pon kadang2 tertido dengan laptop masih on lagi. Tapi sekarang, aku masuk tido lebih awal. Pukul 12 pon dah berlayar..Kadang2 pukul 11..hehe..Maka aku dapat bangun pagi dengan lebih segar dan ceria! Takde la rase mengantuk or letih lagi…Bila tengok tv, aku dapat luangkan lebih masa dengan housemate. Hehee..Tapi aku still takleh tahan kalau tengok tv lama-lama..Mengantuk! Aku juga dapat jimatkan duit. Yeay! No more broadband fees! Dapat gak jimatkan bil eletrik! Dapat gak lebih masa untuk buat perkara lain, solat on time, di awal waktu..Beribadat..Dulu kalau dah khayal sangat, kadang2 sampai terlewat solat. Nauzubillah. Jangan tiru perkara tak baik camni ye dan banyakkkk lagi benda lain. Sebenarnya internet tu still penting, coz kat situ la antara sumber utama untuk mendapatkan maklumat terkini. Kalau hanya bergantung pada paper atau berita di tv belum tentu100% tepat kan?


Internet atau tidak? Terpulang pada anda..;p Hidup biar bersederhana. ;)




5 comments:

  1. huhu pnting tu internet mmg xleh hidup tnpa internet..hai sy org bru dlm blogging nie..mintak kbnrn yer nk letak link blog nie kat page sy..jom exchange2 link..salam kenal..

    ReplyDelete
  2. dulu...aku pun cam ko juga.lagi2 bila study dalam bilik dah boleh surf internet.aku offkan laptop bila nak tido malam je.yang lain aku on kan je even aku ada kelas.
    bila dah kerja aku pun guna broadband.then bila aku rasa cam banyak komitmen baik aku gunakan duit byr broadband ke benda lain.dan lagi bestttt laptop aku yang 5 tahun pun sudah tamat riwayat.sejak tue lah aku xberonline lagi di rumah.apa2 nak guna internet time di opis jek.
    ermmmm aku rasa bila umur dah meningkat kita masih lagi perlukan internet tapii lebih ke arah yang penting jek.

    ReplyDelete
  3. nurul faizah: hai, salam perkenalan


    edura hanum : wahahh..betul2..bila laptop dah tamat riwayat, baru lah leh kurangkan internet addict tu. just surf untuk keperluan je.hehe

    ReplyDelete
  4. huwargh..aish pun tak leh idup tanpa tenett....sume info di hujung jari kot...sbb tu tenet ni penting!

    ReplyDelete
  5. Dni online pakai hp.. Tu jarang blogwalking. Hehe.. tambah2 sejak kawen, adoi liat nak online + update blog + bw.. Rasa cam xde tnet pn xpe. Tp dok guna gak kat henpon :D


    P/s: dear sorry dni br tgk komen d blogshop sbb dh lama x bukak. Mascara dgn lipliner tu available.. Nnt emel dni amni_shiro@yahoo.com.. Leh diskus detail :) tq

    ReplyDelete

Thank You!! ^_^

Labels

AGAMA (52) AWARD (2) BEBELAN KU (87) BERITA (6) CERITA (41) CINTA (13) COhttp://www.blogger.com/img/blank.gifNTEST (1) CONTEST (8) DIRIKU (33) DIY (8) EVENT (14) FAMILY (19) HANAN (5) I.N.F.O. (21) JALAN-JALAN (9) K.A.H.W.I.N. (9) KERJA (2) LAWAK (2) LUAHAN (18) LYRICS (5) M.A.K.A.N. (1) MAKAN (9) NUKILAN (10) OPINIONS (3) P.E.N.G.A.L.A.M.A.N. (15) PREGNANT (11) PRODUK (3) R.E.S.I.P.I. (1) SEDIH (7) TAG (3) TIPS (38)

Followers