Tuesday, May 14, 2013

Burger Burn Abang Bakar

Assalamualaikum..

hihi..sesuke hati aku je mentranslate nama berger dan owner dia.
Ok lah, still ada meaning yang sama kan? Burger Bakar Abang Burn.
Sekian lama tengok orang dok menguplod gambar derang makan berger bakar ni, cerita tentang kelazatannya, eishh..tak leh jadik ni! Kena pergi try gak. 

Walaupon ada cawangan berger bakar ni yang dekat je dengan area rumah aku, tapi kemalasan la nak menjengah kat situ sebab kawasan jemmmm...Udahnya hasrat yang tersimpan itu, tertangguh buat sekian lama. Kebetulan semalam ada appointment kat area tu pas balik kerja, so apa lagi, mari la kita mengambil kesempatan untuk mengorder berger sekali. Mana lagi kalau bukan di Ramal Junction Food. Selalunya aku kalau pergi sini, akan order sate willy yang sedap tu, tapi kali ni kita order berger bakar lak.



Time nak order tu aku tanya dulu bape lama nak siap. Sebab tengok daging dia cam tebal-tebal kan..Dia kata kejap je. Ok lah proceed. Coz aku nak tapau bawa balik umah je. Sementara aku berborak-borak jap, tunggu la berger tu siap. Memang betul tak lama. Kejap je berger dah sampai. Then kita balik lah makan kat umah. Nasihat aku kalau nak makan berger ni pastikan perut memang tengah lapar la sebab isi dia memang padat dan memuakkan. Hahaa..Ada gak order meat ball. Bagi aku gravy untuk meatball tu kurang pedas. Maby kena tambah dengan blackpepper sikit. Daging dan blackpepper baru lah masyukkk kan. Berger dia ok la. Daging tu rasa fresh dan juicy..Sedap gak sebab first time aku makan berger type camni kan. Takleh nak compare coz berger seumpama ni yang lain aku tak pernah rasa lagi. Eh, paham ke ayat aku tu? Puas hati la dapat rasa. Tapi nak beli lagi mungkin akan berfikir dua kali dan tunggu time betul-betul teringin sebab sangat muak aku rasa pas makan tu. Sampai ke malam kenyang..Berbaloi la dengan harganya. Hehe..


6 comments:

  1. mmg kalau nak mkn time perut betul2 kenyang.baru puas hati dapat makan sampai licin

    ReplyDelete
  2. pelangi chenta : betul2 lapar la anum..hehe..klu dh kenyang, tk lalu nak makan ;)

    ReplyDelete
  3. nadia hari tu sebiji ni dua hari baru boleh habiskan. huhu

    ReplyDelete
  4. Hey! I simply saw another message in another blog that seemed like this.
    How do you know all these items? That’s one cool post.


    my homepage - trying to conceive tips

    ReplyDelete
  5. eh ehh dah tinggalkan komen dekat entry nii, :P
    tak pe kan datang lagi. hikhik

    ReplyDelete
  6. Salam sister.. jemputlah berkunjung ke blog Hijab Valley. Banyak tudung dan shawl2 yang menarik dari HV collection.Jangan lupa follow juga ye.. =)

    Terima kasih
    http://hijab-valley.blogspot.com

    ReplyDelete

Thank You!! ^_^

Labels

Followers