Thursday, May 2, 2013

Laksa Redup Rimba


Assalamualaikum.

Semalam kan cuti. Maka nya wajib la keluar dating dengan incik hubby. Hehe..Dia dah gaji plus bonus lagik..Ini lah masanya . ^_^

Mula-mula gi Nilai dulu, coz nak beli kain baju raya untuk mama (emak hubby) dan aku pon nak usya2 tudung gak. Sebenarnya minggu lepas pon dah pergi Nilai, borong kain untuk baju raya. Bajet aku adalah RM450 sahaja. Tapi dapat sambar 9 pasang kain untuk satu family dengan tema purple, total cost baru RM336. Tu pon pas puas pusing-pusing and survey kedai. Memang banyak pilihan, tapi bila dah terlampau banyak, jadi makin pening nak pilih. Syukurlah akhirnye jumpa juga..Kerana bajet ada lebih, beli lagi sepasang untuk baju raya aku lak. Hihi..

Berjalan-jalan kat nilai ni kena pandai cari kedai and tawar sehabis mungkin. Untuk kain bagi baju perempuan yang aku beli tu, harga asal 60++ kot, dapat la harga 40 pas tawar2 and aku nak beli banyak kan. Then kain untuk baju lelaki, kena la plain, kat kedai tu takde jual, aku cari kat kedai lain. Harga semeter RM13.50, aku minta kurang sampai RM9..Pastu apek tu baik hati bagi aku harga RM8.50 semeter. Then aku nampak sepasang kain corak digital printing kan. Harga asal RM85, dapat kurang RM45..Syok nyee..Kalau pergi hari biasa mesti lagi best, sebab tak ramai orang kan. Lagi la kau boleh tawar harga kaw-kaw punye..Tau tak frame yang ada tulis kalimah Allah yang ada 3pcs untuk satu set tu? Kat luar aku nampak harga RM100++, kat situ ko leh dapat harga RM30 je..Sesuai gak beli kalau nak buat hadiah kawen kan. Hehe..

Untunglah rumah aku tak bape jauh kalau nak pergi situ. So, rasa berbaloi gak. Kalau kau duduk jauh, semata-mata je datang situ. Kena kira gak kos minyak, tol dan sebagainye..

Oh, panjang plak citer. So, semalam dapat la sambar baju raya untuk mama kaler purple gak and shawl untuk aku. Pastu tatau nak beli pe dah. Terus cari tempat makan. Hubby bawa gi makan laksa kat Bangi Lama. Kedai tu tepi jalan je, jalan menghala ke Lembaga Atom dan Pusat Nuklear Malaysia. Alaa, jalan yang banyak selekoh cam ular kena palu tu..Bila lalu kat jalan ni, aku rasa cam pergi genting highland lak sebab selekoh dia memang tajam. Jangan la ko ngade2 nak bawa kete laju-laju kalau taknak nahas.

New hair cut...emcem! ^_^
Nama kedai ni, Laksa Redup Rimba..Memang redup dan nyaman je la makan kat sini coz tepi hutan kan. Bleh dengar lagi bunyi cengkerik *krik krik*..Kedai ni memang jual laksa dan cendol je. Tapi orang punye la ramai. Patutlah meja dia banyak..Aku kadang2 terfikir gak, kenapa selalu orang jual laksa, mesti matching kan denngan cendol..Tak pon jual rojak manis, mesti ada jual cendol gak..Nape eh? Mungkin sesuai kot combination tu. So, makan punye makan, tak cukup lah semangkuk. Aku minta hubby order lagi. Hihiii..Alhamdulillah, licin laksa 2 mangkuk. Yummy~ Tapi takleh lawan la kelazatan laksa kat langkawi..Sampai sekarang teringat-ingat lagi. Sobss~

yummy!

kawasan sekitar kedai
Ooo...kat area ni ada gak kedai jual keropok lekor yang sebijik rasa cam kat terengganu punye tu..ye la, selalu kalau kita beli kat sini kan keropok dia lembik je, banyak tepung kan. Kalau beli dari terengganu, banyak ikan..Sedapp..Tapi mahal cket la coz sebatang RM1.20. Aku selalu beli yang 1 pek ada 10btg terus. Kejap je dah habis. Hehe..Kot yang tengah mengandung, mengidam nak makan kopok lekor terengganu, boleh la beli kat sini. (Sori, lupa lak nak snap gambar kedai tu)

2 comments:

  1. sedap x?aku kalau husband datang sini suka juga jalan2 cari makan.owhh sebut bab laksa langkawi aku pun terbayang juga.entah bila boleh pergi sana lagi pekena laksa kan

    ReplyDelete
  2. pelangi chenta : Sedap juga..kuah agak masam and kurang pedas. boleh la coz rasa ikan blend kat kuah dia. Ada sesetengah kedai, kuah dia agak cair. Tak sedap..

    ReplyDelete

Thank You!! ^_^

Labels

Followers