Pada 4 Januari 2014 yang lepas, kami adik beradik berkumpul ramai-ramai untuk makan bersama di luar. Time masing-masing masih bujang dulu selalu gak la wat camni terutama bila ada event seperti hari ibu ke, besday ahli keluarga ke, tapi bila masing-masing dah ada komitmen sendiri, jarang dapat berkumpul sama-sama..huhuu...rindu saat-saat tu..yang ni pon last minute abg sulung aku tak dapat join coz dia kena kerja keesokan hari nya..Jauh plak nak berpatah balik dari Melaka ke Johor kan. Takpela, maby next time kita arrange lagi.
Plan asal just nak pergi makan-makan je, then adik lelaki aku baik hati lak nak sponsor kek sempena besday kami yang lahir pada bulan januari ni iaitu hubby 8 jan, aku 18 jan dan adik perempuan aku 20 jan..Jimat dah beli kek sebiji je potong sesame..hihi..Thanks nasrud. Kek tu adalah sangattttt sedapp..aku leh makan separuh dari kek tu sorang diri je..Haih, kalau tak teringat yang paras gula dah naik, memang lagi banyak la aku bedal. Maklumlah kek kan feveret aku, lagi-lagi yang fresh cream or original cream. Yummehh!
Kitaorang pergi tak jauh sangat pon dari umah. Saje nak try tempat baru iaitu Polkadot Steambot & Grill terletak di Pura Kencana, Seri Gading, Batu Pahat, Johor. Sebelum datang tu, dah book dulu untuk 8 orang. Ok lah tempat dia, makanan sedap-sedap dan banyak gak pilihan, harga pon berpatutan iaitu RM20 je untuk dewasa dan RM15 untuk warga emas (berusia 55tahun ke atas), kanak2 rm8..Makan lah sampai puas..Tapi jangan la bandingkan dengan Johny's dan sebagainya yang dah ternama, memanglah tak sama kan. Owner nya adalah melayu dan makanan dijamin halal.
ni untuk grill..dah siap marinate pon.
kek yang super sedap! |
Haaa..kalau berminat nak makan kat sini, leh la contact no.dia . Facebook dia pon ada. Cawangan dia ada kat skudai dan segamat.
Sanah helwah untuk anda bertiga :)
ReplyDeleteUntunglah sambut besday masa januari..time kami nanti..bulan puasa .. sambut kat masjid t :)
bawak juadah..
Tambahan lagi, kat Melaka pun ada gak.. api-api stimbot..
ReplyDeleteCik Sal : memang banyak tempat ada steamboat..bleh kata tiap negeri..tapi steamboat tu tak penting, yg penting peluang makan dan kumpul bersama..uhuhu..
ReplyDelete