Friday, January 24, 2014

Pengalaman Trimester Kedua

Assalamualaikum..
Kali ni nak story berkenaan fasa kehamilan. Fasa kehamilan terbahagi kepada tiga iaitu Trimester Pertama (Minggu 1-12), Trimester Kedua (Minggu 13-28) dan yang terakhir iaitu Trimester Ketiga (Minggu 29-40).Alhamdulillah...dah lepas Trimester Pertama dan Kedua..Sekarang dah masuk Trimester Ketiga..Tapi nak cite dulu pasal Trimester Kedua..
 
Baby dah menendang!
Moment ni paling syiokkk dan syahdu lagi..Biasanya penghujung kandungan berusia 4 bulan tu dah leh rasa baby gerak-gerak dalam perut. Takdela tendang kuat kan, rasa macam geli-geli gitu..Macam rama-rama berterbangan dalam perut..Kadang-kadang tergelak sendiri sebab tak tahan..tapi bila kandungan makin besar, tendangan pon makin padu..Sampai bergegar perut dibuatnya..Agaknya nak ajak main bola sepak kot dalam tu.
 

Nafsu makan membuak-buak
Time Trimester Pertama dulu aku takde la muntah-muntah atau alahan teruk..Tapi still ada loya manja-manja tu dan kurang selera makan..Masuk je Trimester Kedua, amik kau semua benda pon nak makan..Kejap je dah lapar..Kejap je dah lapar..Maka nya tiap masa asyik pikir makannnn je..Tapi takdela makan nasi or berat2 tu, mulut aku at least nak sentiasa mengunyah..Stok kudapan dan buah pon memang sentiasa la aku topup. Huhu...Nampak gambar makanan sedap je terus nak beli. Tengok iklan kat tv, terus teringin nak rasa. Pernah aku tengok drama Mr.Arrogant kot, ada part wife dia pergi pasar malam beli chicken wing, hati aku terus meronta-meronta.."sedapnyeee chicken wing...nak..nak..nakkk..." Esok nya terus singgah pasar malam beli chicken wing gak..hahahaaa..


Pertambahan Berat Badan
Bila dah asyik keje makannnn je..Maka berat pon bertambah la dengan mendadak nya. Dalam masa 2 minggu berat aku naik sampai 3kg!! Dah kena minum air gula plak..huhu...Maka aku cuba sedaya upaya gak la nak diet and kontrol makan walaupon susah..Nasi makan separuh..Malam2 makan buah..Tapi kadang-kadang dah lapo sangat aku bantai je makan, dekat nak check up baru la kontrol cket..mih mih..;p Kadang-kadang time timbang kat klinik tu, kita kena baca sendiri angka tercatat kat mesin penimbang dan bagitau nurse. Kot agak terlebih cket, aku adjust2 la balik bagi ngam2..Takmo kena bebel ngan nurse or minum air gula lagi..hehe..


HB rendah
Bila nak hujung-hujung trimester kedua ni, hb aku manjang rendah..HB yang normal ialah 11 ke atas..aku pernah drop sampai 10.1..naik cket..10.6..pastu turun balik..dah kerja naik turun je..huhu..bila HB rendah ni, risiko kat baby. takut baby tak dapat khasiat yang cukup dari kita..Kurang zat besi dan sebagainya..dan baby boleh deliver awal..huuu..takmo...so, even dah bermacam-macam cara aku wat untuk tingkatkan HB macam makan kerang hari-hari..(walaupon tak suka), sayuran hijau, makan iberet dengan oren..takde sentuh dah teh, kopi dan milo..still HB tak cecah 11 gak.paling tinggi pon 10.9..Sudahnya tiap 2 minggu kena datang klinik wat check up, sepatutnya sebulan sekali je..Huhu..takpela, demi anak.


Actually takde apa sangat la untuk trimester kedua..Semua ok ok je..alhamdulillah..next time aku cerita pengalaman trimester ketiga lak.


1 comment:

  1. Bestkn moment bl bby tendang..dlu bby aku sgt aktif bl mlm time aku nk tdo..bab hb tue depends pd nurse jg.cm aku 10 pun dh ok.jgn smpi 9 sudahlah

    ReplyDelete

Thank You!! ^_^

Labels

AGAMA (52) AWARD (2) BEBELAN KU (87) BERITA (6) CERITA (41) CINTA (13) COhttp://www.blogger.com/img/blank.gifNTEST (1) CONTEST (8) DIRIKU (33) DIY (8) EVENT (14) FAMILY (19) HANAN (5) I.N.F.O. (21) JALAN-JALAN (9) K.A.H.W.I.N. (9) KERJA (2) LAWAK (2) LUAHAN (18) LYRICS (5) M.A.K.A.N. (1) MAKAN (9) NUKILAN (10) OPINIONS (3) P.E.N.G.A.L.A.M.A.N. (15) PREGNANT (11) PRODUK (3) R.E.S.I.P.I. (1) SEDIH (7) TAG (3) TIPS (38)

Followers