Assalamualaikum..
Lama dah nak wat entry ni tapi asyik terlupa sajo..Time dah teringat, tak berkesempatan pulak + kemalasan melanda. Hehee..Sampai la ni, aku pon terlupa apa aku nak taip dah. Aiyakk..
Okey lah, aku seperti pasangan pengantin baru yang lain, of course mengimpikan bunting pelamin. Kira kalau boleh, harap sangat rezeki dikurniakan anak tu cepat. Ye lah, umur pon tak berapa nak muda lagi..Lain la kalau aku kahwin time umur baru 20 ke 21 ke, tentu takde terfikir sangat soal anak ni kan..Ditambah dengan keyakinan yang peyed aku tiap bulan adalah teratur, maka aku fikir insyaallah takde pape masalah...
Bulan pertama..
Time ni masih honeymoon lagi..Masih fasa mengenal diri pasangan. So tak kisah lagi..
Bulan kedua..
Time niorang dah start bertanya.."dah ada isi ke belum?" "dah ada isi ke belum" Isi pe ko nak? Isi wallet? Isi rumah..? ;p yang tu semua ada..Tapi tak kisah lagi sebab kira masih baru lagi kan..So anggap je la soalan-soalan tu derang tanya sebab caring sesangat.
Bulan ketiga dan keempat..
Masih belum ada rezeki..Time ni aku macam dah bersedih dah. Tak lama nak masuk bulan ramadhan dah, pastu raya..Time raya nanti mesti ramai jumpa sedara-mara yang tanya soalan sama..Aduhh..pedihnya nak menjawab. So, Plan B kita ambil langkah-langkah sepatutnya..time ni la aku baru start google info2 berkenaan kehamilan. Apa yang patut dimakan, apa patut dielak.
Orang kata banyak makan sayur kekacang, tauge.. benda tu la aku dok bedal hari-hari..Ada petua suh rendam kacang hijau, minum air nya, aku wat gak..
Pergi langkawi, minum air tasik dayang bunting, aku wat gak..Tapi time tu dah alang2 pergi honeymoon kan, ambil je la kesempatan yang ada..
Then, aku pon alert gak dengan cycle peyed aku tiap bulan. Time aku rase tempoh subur, jom hubby jom! Hahaa..Tapi masih tak berhasil..Kecewa bila tengok result UPT asyik 1 line je kua..huk huk..T_T so, aku beli lak OPK..Beli banyak sekaligus. OPK ni bentuk dia lebih kurang macam UPT je, tapi fungsinya lain. OPK atau Ovulation Predictor Kits digunakan untuk mengesan waktu subur.
Aku google, dapat yang jual murah..Dalam RM2 per strip. Tapi lupa lak nama website tu. Beli lagi banyak lagi murah. Fungsinya untuk mengesan Luteinizing Hormone(LH), dimana LH ni paling
tinggi dikesan (melalui ujian air kencing) ketika waktu subur. Jadi
bolehla kita tau waktu subur yang lebih tepat (99.9% kalau tak salah).
OPK ni bukan sahaja membantu pasangan mndapatkan cahayamata tapi boleh
digunakan untuk merancang keluarga..=) Tapi kalau peyed tak teratur, agak susah juga lah nak guna mendalah ni. Dalam set ni ada bagi jadual sekali, waktu bila yang sesuai untuk kita wat test tu. So takdela membazir nak wat test hari-hari..Untuk lebih maklumat lanjut berkenaan OPK, bleh tekan sini.
Selain tu, aku jaga gak pemakanan. Aku tak makan benda-benda masam macam jeruk, cuka, epal hijau dan asam-asam tu. Benda tu semua aku dah elak sejak sebelum kahwin lagi.
Aku pernah gak beli kapsul kacip fatimah. Mahal gak harga sebotol dalam RM100 tapi pastu baru perasan tu sesuai untuk orang peyed tak stabil. Rasa macam aku tak perlukan. So aku bagi je kat ofismate aku suh habiskan. Aku baru makan sebutir. Hahaa..
Haa..tak lupa gak untuk makan acid folic tiap-tiap hari..Acid folic ni bukan aku sorang je telan, aku suruh hubby telan sekali sebab katanya bagus untuk kesuburan kan? Memang tak skip lah..Sepapan dalam 10 biji tu leh beli kat farmasi or guardian, harga baru 80sen ke 90sen camtu..Tapi bila tau leh amik free je kat klinik panel hubby, amik la banyak2 terus wat stok. hehee..
Usaha-usaha lain juga perlu dibuat..Muhasabah diri..Tengok kekurangan diri kita, macam mana amal ibadat kita, macam mana kita jaga diri kita..Allahhh..Kalau sebelum ni kadang-kadang je buat, then start istiqamah wat amalan sunat..Solat sunat hajat hari-hari..solat sunat dhuha..baca al quran..Tengok pula pakaian kita? Betul-betul menutup aurat atau fesyen semata-mata? Dan lain-lain lagi yang kita selalu alpha dan terlepas pandang..Sentiasa fikir camni, kalau apa yang Allah suruh, kita tak laksanakan sesungguhnya, bagaimana pula Allah nak kurniakan apa yang kita pinta?? Cari ayat-ayat, doa-doa dan surah yang patut diamalkan untuk dikurniakan zuriat.
Aku ada gak pergi berurut..Dua kali pergi berurut dengan orang sama. Tapi memang best urut dengan akak ni, sebab dia ala-ala spa kan..Fuhh..mau tertidur dibuatnya. Dengan bau haruman aromateraphy lagi..Wangi..Mendamaikan..Dia ada sijil dalam mengurut dan refleksologi. So, aku lebih yakin. Mungkin stress sangat ke, or pernah terjatuh sebelum ni, so dengan mengurut dapat melancarkan kembali peredaran darah dan membetulkan balik mana-mana yang patut. Tapi tempat dia kat Johor, so time balik kampung je baru berkesempatan nak pergi. Tu pon kena set appointment dulu, sebab customer dia sangatla ramai.
Bulan keenam..
Masih belum ada rezeki..Walaupon dah bersama suami tiap kali result OPK menunjukkan 2 line (maksudnya waktu subur). Namun, usaha masih belum berhasil. Pasrah..kita cuba lagi..time ni aku dah redha je. Takmo stress2..Aku sentiasa gembira bersama suami tercinta. Dia la yang rajin pujuk dan bagi kata-kata semangat bila aku rasa down.
Aku gak start amalkan minum just Qaseh
Adinda dan Kekanda yang di propose oleh salah seorang officemate. Apa
salahnya mencuba kan? Nak amalkan kena istiqamah, kena displin tiap-tiap
hari..Takleh la kejap minum kejap tak..Hubby pon aku sentiasa ingatkan
dia bila time kena minum tu. Entry pasal Qaseh ni aku ada buat sebelum
ni. Korang search la sendiri, malas lak aku nak cari balik. Hahaha!
Sedap just ni, berasaskan madu, kurma dan habbatus sauda. So, takde
masalah la nak telan. Sedangkan yang pahit pon aku leh kunyah-kunyah dan
telan apatah lagi yang rase manis dan sedap macam ni. Memang laju je
lah. Hehe..
Bulan ketujuh..
Selepas 2 botol aku amalkan Qaseh, alhamdulillah..aku disahkan mengandung. yippee!! ^_^ Syukurnya ya Allah..Takkan aku lupa sampai bila-bila saat manis tu..;) So bagi yang belum dikurniakan rezeki, jangan terlalu bersedih. Rezeki itu ada, cuma lambat atau cepat je. Yang penting kita jangan cepat berputus asa..Dan bagi rakan-rakan lain, tolong lah tak payah tanya pengantin baru ke lama bila nak ada isi..bila nak ada anak..tu semua kan ketentuan Tuhan..camne la orang tu nak bagi jawapan. Ko tau tak, soalan tu walau cuma sebaris ayat, cukup untuk menikam hati tau..Aku pon tak pernah tanya soalan camtu kat orang, sebab aku pon taknak orang tanya benda sama kat aku camtu dulu..huhu..
Semua yang berlaku ada hikmahnya..Sebelum aku disahkan mengandung, memang masa yang ada tu kami habiskan berdua. Berjalan ke sana ke mari..Tiap minggu je keluar berjalan-jalan. Menikmati tempoh honeymoon katanya. Time ni la ko nak guna masa yang ada sebaik-baiknya. Ada member aku yang bunting pelamin, alhamdulillah rezeki dia..tak sempat pon nak pergi honeymoon coz cik bini asyik mabuk je kan.camne nye nak pergi berjalan.. Lagipon, bila dah ada anak nanti, rutin akan berubah dan tidak lagi sama..Alhamdulillah..Cukup cantik percaturan Tuhan..Syukur.. ;)
Tahniah dear...take care...
ReplyDeletecik mah : thanks ^_^
ReplyDelete