Tuesday, February 1, 2011

Banjir di Kampung Halaman

Sejurus mendapat email dari seorang sahabat berkenaan banjir yang melanda selatan tanah air, hati terus terdetik untuk menghubungi ibu tersayang. Setakat nie sudah tiga terkorban, dua di Johor dan seorang di Melaka. Risau juga dengan keadaan di kampung walaupun rumahku terletak di kawasan yang agak tinggi. Sayup-sayup suara ibu menjawab salam. Alhamdulillah, kawasan rumahku tidak dilanda banjir walaupun kampungku sudah dinaiki air. Ibu menjelaskan sebilangan penduduk terpaksa dipindahkan ke balai raya sebagai pusat perpindahan sementara kerana kawasan rumah mereka sudah dinaiki air dan tidak selamat untuk didiami. Aku bersyukur, walaupun rumahku tidak sebesar mana, namun setakat nie kami bahagia tinggal di situ, ia terletak di kawasan tanah yang agak tinggi dan terhindar dari air bah yang kehadirannya tidak terjangka. Ibu menjelaskan, "kalau rumah kita banjir, rumah-rumah kat hujung kampung tu dah tenggelam sampai ke bumbung.." melihat kepada keadaan geografi di tempat kami.


Terkenang sewaktu aku masih kanak-kanak, jambatan di hadapan rumahku hanya dibina dari kayu, yang selalu orang gunakan untuk membina rumah. Selama itu kurasakan jambatan itu sudah cukup kukuh, namun malang tak berbau, sekitar tahun 1995, kampungku dilanda banjir, walaupun kawasan rumahku masih selamat, namun sungai di hadapan rumah yang mengalir deras telah menghanyutkan jambatan tersebut. Kerana tidak mahu peristiwa lama berulang, ayah membina jambatan yang lebih besar dan diturap dengan tanah merah. Alhamdulillah, jambatan itu masih kukuh sehingga kini.


Semoga hujan sudah reda dan keadaan adalah selamat kerana esok aku akan berangkat pulang ke kampung halaman. Cuti sempena Hari Raya Cina akan kuhabiskan bersama ahli keluarga di rumah. Oh, alangkah seronoknya.

2 comments:

  1. malam tadi pun aku dah roger kat kampung
    belakang uma aku air dah naik.biasalah belakan tue tanah rendah.ermmmm kalau ar banjir berlaku..susah juga nak angkat2 barang kat rumah atas.
    cny nie nak balik uma..tapi kalau ujan dan banjir alamatnya short vacation terpaksa dibatalkan

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah, terhindar dari bencana..
    dapat bayangkan sudah rumah de sungai depan umah..huhu
    hurmm,ur dad de bakat wat jambatan ni, nnt klu ur dad bukak company contractor,jgn lupe pggl sy bekerje ye..ngee~~

    ReplyDelete

Thank You!! ^_^

Labels

AGAMA (52) AWARD (2) BEBELAN KU (87) BERITA (6) CERITA (41) CINTA (13) COhttp://www.blogger.com/img/blank.gifNTEST (1) CONTEST (8) DIRIKU (33) DIY (8) EVENT (14) FAMILY (19) HANAN (5) I.N.F.O. (21) JALAN-JALAN (9) K.A.H.W.I.N. (9) KERJA (2) LAWAK (2) LUAHAN (18) LYRICS (5) M.A.K.A.N. (1) MAKAN (9) NUKILAN (10) OPINIONS (3) P.E.N.G.A.L.A.M.A.N. (15) PREGNANT (11) PRODUK (3) R.E.S.I.P.I. (1) SEDIH (7) TAG (3) TIPS (38)

Followers