Tuesday, August 9, 2011

Cinta Tak Selalunya Berakhir Bahagia

Pehhh...tajukkkk...hehe.


Bile bace blog jejariruncing dan cik epal tadi...Jadi sebak dan terharu..Ramai gak rupanya ada masalah dalam percintaan ek. Kesian..Ye lah, tak semestinya apa yang kita harapkan leh jadi kenyataan kan. Aku tau pe yang cik elia rase tu memang perit, memang besar dugaan tu..Dengan kata-kata orang sekeliling yang taktau cite sebenar tapi tau mengomen je..Dengan tekanan time study lagi..


Apa pon, terpulang kepada diri masing-masing camne nak hadapinya. Memang tak mudah. Tapi kita tetap kena bangkit dari kekecewaan. Jangan terlalu bersedih coz semua tu ada hikmahnya, sama ada lambat atau cepat. yang penting bila terjadinya putus cinta, putus tunang, putus kasih, cuba jangan blame each other..jangan kuar kan apa2 statement. kalau dulu time bercinta dan bahagia, dia lah yang ko sanjung-sanjung, sayang-sayang, puji-puji...takkan la bila dah putus, dia ko nak keji-keji, kutuk-kutuk..tak baik camtu. walau apa dia dah buat, biar apa pon dah terjadi, anggap je lah tu dah takdir. Tak semestinya apa yang kita pikir tu betul, tak semestinya apa yang orang lain pikir tu salah..Apa pon, memang itu dah ditakdirkan untuk kita. so kita kena lah redha. Diam lebih baik dari berkata-kata.. Kalau nak luahkan perasaan pon, hanya pada orang yang betul2 korang leh percayai and leh simpan rahsia. Bukannya apa. Kita taknak things get worse kan..coz apa yang korang kata, apa yang korang tulis akan jadi bahan untuk orang lain bercerita. So, seeloknya kisah tu biar la korang berdua je tau. Benda dah jadi kan. Biar lah berlalu. Hidup masih perlu diteruskan. Ada beribu lagi cabaran mendatang yang perlu korang hadapi, masalah cinta tu hanya salah satu je darinya. Cinta tu tak buta, tapi jangan jadi buta kerana cinta. Wake up!

Terkenang tu biasalah. Kalau ko dah biasa hidup dengan dia, dah berbulan-bulan, bertahun-tahun..Mesti terkenang gak kan kadang-kadang. Tapi jangan layan sangat perasaan tu..Ok?
Boleh gak refer pada entry aku yang nie -> sini

Kuatkan semangat. Senyum walau dilanda masalah. yang penting, ingat Allah banyak-banyak..Biar lah orang nak kata apa, yang rasa, yang alami hanya diri sendiri dan Allah je yang tau. Orang kalau dah penat mengata, dia akan diam sendiri. Luka akan sembuh walau mungkin ambil masa yang agak lama..Kadang-kadang dengar masalah cinta orang lain pon leh wat diri sendiri lebih bersyukur dan menghargai pasangan masing-masing. Alhamdulillah.


Oh, hari nie blog aku dah berusia 1 tahun, 1 bulan, 1 minggu dan 1 hari...hehe..

6 comments:

  1. sebak gak bace kisah elia..kuat juge die kan tempuhi semua ni..
    tp sesedih mane beliau,ramai lg kat luar sane tempuh hari2 yg lagi sedih..
    sume pnah rase sedih yg teramat termasuklah sy..nak wat cmne,takdir Allah utk uji hambanya...:( :( :(

    nak type pun terkenang n rse sedih :( huhuhu

    dan utk kamu,semoga peroleh kebahagiaan duniawi dan ukhrawi nadia bersama si dia tersyg~

    ReplyDelete
  2. hi...i folo u k...hit me back...salam perkenalan n samat berpose:-)

    ReplyDelete
  3. Boleh tak buat ruangan comment ni tak pop up? Mekasih :)

    ReplyDelete
  4. semua tak kan berakhir dengan kebahagian...sebab kematian tak buatkan orang ketwa dan gembira tapi sedih..apa2 pun setiap yang bertemua akan berpisah sama ada pisah hidup atau mati

    p/s : lady dyot, ruangan komen masih tak pop up windom :)

    ReplyDelete
  5. hawa: memang dah set tak jadi popup, coz ada org komen kat atas tu jgn popup..;) insyaallah, kalau mati kita dalam keadaan bersedia menghadap Pencipta, kita akan beroleh kebahagiaan..;)dan org yg ditinggalkan juga akan redha..

    ReplyDelete

Thank You!! ^_^

Labels

AGAMA (52) AWARD (2) BEBELAN KU (87) BERITA (6) CERITA (41) CINTA (13) COhttp://www.blogger.com/img/blank.gifNTEST (1) CONTEST (8) DIRIKU (33) DIY (8) EVENT (14) FAMILY (19) HANAN (5) I.N.F.O. (21) JALAN-JALAN (9) K.A.H.W.I.N. (9) KERJA (2) LAWAK (2) LUAHAN (18) LYRICS (5) M.A.K.A.N. (1) MAKAN (9) NUKILAN (10) OPINIONS (3) P.E.N.G.A.L.A.M.A.N. (15) PREGNANT (11) PRODUK (3) R.E.S.I.P.I. (1) SEDIH (7) TAG (3) TIPS (38)

Followers