Wednesday, December 21, 2011

Perlukah Mahar yang Tinggi?

Di hujung tahun sebegini sememangnya para 'bujang senang' mahupun 'bujang belum terlajak' mengambil kesempatan untuk mengadakan hari yang mungkin paling bahagia dalam sejarah hidup iaitu perkahwinan.

Mudah-mudahan dengan harapan sanak saudara dapat menjadi saksi akan pernikahan mereka disamping mengeratkan silaturrahim. Maklum lah masing-masing sibuk, menjadikan sanak saudara jarang bertemu. Setidak-tidaknya setahun sekali di kala hari raya. Itu pun seandainya ada cuti.

Walau bagaimanapun tidak ketinggalan masih ada yang tidak berkesempatan untuk meraikan hari bahagia tersebut dek kerana ketidakcukupan dana yang terkumpul untuk merealisasikannya. Mahu tidaknya sekarang semua barang naik. Kenapa barang naik? Saya tidak mahu jawab. Masing-masing tahu sebabnya. Masih belum terlambat untuk menurunkannya pada masa akan datang.

Kini mahar atau belanja perkahwinan menjadi bualan.

"Anak mak cik Limah tu SPM je, RM10k."

"Anak pak seman pulak RM1k je, murah kan. Tak patut betul ustaz tu."

"Anak saya kawin RM7k, tu pun dekat sepuluh kali minta diskaun."

Macam-macam orang cakap. Macam mahu jual barang. Hukum adat dan sifat berlumba-lumba di kalangan masyarakat hari ini semakin menjadi-jadi. Masing-masing ingin mengumumkan dan mengisytiharkan.

Anak Aku Paling Mahal

"Anak aku la paling "mahal" setakat ni dalam kampung kita, " dengan penuh bongkak dan takabur berbicara, tanpa menyedari hakikat mahar yang disyariatkan.

Masyarakat menjadikan Islam itu semakin sukar untuk diamalkan. Menyukarkan untuk melaksanakan tuntutan Islam sekali gus membuka pintu maksiat yang dilakukan oleh pasangan kerana sukar untuk berkahwin. Inilah barah yang kian melanda dewasa ini.

"Mak tak payah la letak mahal-mahal sangat, dia bukan keje tetap lagi," kata Lina.

"Hang gila ka apa? Aku bagi hang belajaq sampai MA, hang nak bagi kat dia RM2k jer. Baik hang cari orang lain yang lebih kaya kalau macam tu," balas Mak Andak pada Lina.

Anak hanya menunduk diam. Tidak berani membantah cakap ibu. Dikhuatiri akan terderhaka.

Kadang-kadang si anak memahami apa yang dikehendaki dengan perkahwianan, namun niat terhenti atas keinginan ibu bapa.

Macam-macam tanggapan masyarakat tentang belanja, mas kawin mahupun mahar. Terkadang seperti menjual anak pula. Kita lupa akan hakikat diri seorang insan yang bergelar wanita. Yang mana nilainya tidak ternilai dengan RM10k, RM100k dan sebagainya.

Martabat Wanita Di Sisi Agama

Sesungguhnya nilai seorang wanita itu tidak dapat dinilai dengan wang ringgit. Islam meletakkan martabat seorang wanita itu terlalu tinggi. Tidak dapat dibeli dengan segala jenis harta. Mahar yang diberikan hanyalah sebagai penghargaan dan kehormatan dari pihak lelaki kapada wanita tersebut kerana sudi menjadi teman hidupnya, berjanji berkongsi suka duka bersama hingga ke akhir hayat.

Mazhab Syafie dan sebahagian ulama tidak menetapkan kadar yang terendah dalam meletakkan nilai mahar. Selagi mana mempunyai nilai ia diterima sebagai mahar.

Kita kembali kepada sejarah yang mana Rasul s.a.w bertanya kepada sahabat yang ingin berkahwin berapakah mahar yang mampu diberikan kepada pihak perempuan. Kerana apa, kerana ia mengikut kemampuan si lelaki. Seandainya ditanya kepada pihak perempuan, sudah pasti ia akan menyukarkan pihak lelaki.

Suami Akan Lakukan Yang Terbaik

Kepada kaum muslimah tidak perlulah risau, kerana bakal suami anda akan memberikan yang terbaik untuk anda.

Pemberian yang lahir dengan penuh keikhlasan dalam hati lelakilah sebenarnya membawa keberkatan dan kebahagian dalam sesebuah keluarga.

Bilamana lelaki memberikan mahar yang diminta oleh pihak perempuan dalam keadaan tertekan, penuh bebanan dan sebagainya, inilah yang akan membawa kemudaratan di masa hadapan, nauzubillah min zalik.

Mungkin dengan mahar yang tinggi itu, si lelaki akan mengungkit itu dan ini di masa hadapan.

"Aku bayar sampai RM11k, ingtkan serba boleh. Goreng ikan pun tak masak betul, lipat baju pun tak pandai., masak kari pun masin dan bla bla bla...."

Pelbagai perkara yang tidak diingini berlaku.

Pesan Rasulullah s.a.w.

Kita lupa akan pesan Nabi s.a.w yang mana nabi menyebut,

"Pernikahan yang paling berkat adalah yang paling mudah perbelanjaannya."

"Sesungguhnya semulia-mulia perempuan itu ialah yang paling mudah urusan maharnya."

"Sebaik-baik mahar adalah yang paling mudah."

"Berilah mahar sekalipun sebentuk cincin daripada besi."

Ini menunjukkan Islam tidak mahu menyusahkan umatnya dalam melaksanakan syariat kerana dengan itu akan timbul pelbagai masalah yang lain.

Sedarlah kita bahawa kita perlu mengubah kembali persepsi masyarakat yang mengatakan, lagi tinggi harga mahar lagi tinggi darjat seseorang wanita. Ini salah sama sekali.

Saya masih ada seorang kakak yang belum berkahwin dan insyaAllah akan melangsungkan perkahwinan pada tahun hadapan. Sempat saya berpesan kepada mak sebelum kakak bertunang.

"Kakak nanti, mak jangan letak mahal-mahal. Ikut pihak lelaki tu nak bagi berapa. Kita bukan nak jual anak. Kalau mahal-mahal pun menyusahkan pihak lelaki je nanti, lagi masalah."

Pelbagai alasan dan sebab serta hikmah tentang perkahwinan sempat diceritakan kepada mak saya.

Alhamdulillah sekurang-kurangnya saya telah melaksanakan tanggungjawab yang sepatutnya. Selebihnya terpulang kepada mereka untuk melaksanakannya.

Semoga hubungan kakak saya dengan bakal suaminya berkekalan selamanya dan mendapat reda dari Allah. Amin.

- Artikel iluvislam.com (Penulis:Ustaz Muhammad Isa)


Majoriti pasangan yang bakal berkahwin sekarang meletakkan jumlah wang hantaran minimum sekitar 10k atau 11k dengan alasan harga barang dah naik dan kos perbelanjaan yang semakin meningkat. Seekor lembu je dah 3k. Katering untuk jamuan tetamu satu kepala around RM10, kalau tetamu 1k, dah keluar 10k untuk makan saje..Woww....Banyak tu...Kesian orang lelaki...Salah sorang kawan aku mengeluh, untuk berkahwin je, dia buat personal loan 40k, lepas kahwin baru nak cari rumah, itu ini, nak isi perabot lagi, banyak belanja nak keluarkan. Tapi duit dah habis time majlis hari tu. Sekarang pening kepala pk nak bayar hutang. Tu belum ada anak lagi..Kalau ada anak nanti, perbelanjaan pastinya meningkat. Mungkin bagi mereka risau akan "cakap-cakap orang" kalau wat majlis kecik2 je. Biasalah, orang hanya tau mengata tak kira buat majlis kecik ke, majlis besar ke.."Sikit nya jemput orang, kahwin sekali je seumur hidup, kedekut betul.." "Keciknya cincin dia bagi ko..." "Pelamin tak cantik lah, simple sangattt.." Apa nak dipeduli sangat dengan suara-suara sumbang begitu. Mulut tempayan boleh lah ditutup, mulut orang susah la plak kan. Yang penting kita tau apa kita buat dan yang keluarkan perbelanjaan pon kita, bukan mereka semua. Orang mengumpat, banyak lah pahala yang kita dapat.


Alhamdulillah, mak ayah aku tak mensyaratkan berapa wang hantaran yang pihak lelaki nak bagi. Semampu dan seikhlasnya. Wang hantaran hanya sebagai hadiah, takkan la kita nak minta2 plak orang nak bagi hadiah kan? Yang wajib adalah mas kahwin. Bagi mak ayah aku, apa yang penting adalah persediaan selepas kahwin. Kat mana nak tinggal? Kereta dah ada? Keperluan asas? Persediaan nak jadi suami isteri? Nak jadi imam dan ketua keluarga?


Aku pon tak mengharapkan majlis yang grand2, mungkin aku lebih utamakan yang wajib, akad nikah. Kad kahwen potostat pon boleh kan, mungkin lebih jimat guna facebook je..Hehehe..Gurau je. Mungkin majlis aku nanti pun buat secara sederhana je dan mungkin juga serentak dengan majlis abang aku sekali. Jimat masa jimat duit jimat tenaga. Ikut bajet dan rezeki yang ada. Apa pon, harap-harap segalanya dipermudahkan dan diberkati oleh Nya..Amin.



4 comments:

  1. Wedding Card? Tq tag? Sticker?
    Smua ada d utusanpengantin.com (^.^)Y

    ReplyDelete
  2. aiyo nad..ko mcm phm2 je dilema aku skg ni kan...wakakaka...

    hmm...tu la kan..kdg2 skg org lbh pntngkan pd majlis perkahwinan tnpa melihat apa yg akan blaku slps majlis tu..

    kahwin nt jgn lpe jemput plak ye..wakaka

    ReplyDelete
  3. razy san: bukan ko sorang je..kawan2 aku ramai yg camtu..tak wat loan, alamat tak kawen...uhuhuu..insyaallah aku jemput. lama lagi, tahun depan.hehe

    ReplyDelete
  4. aku takde la smpai nk buat loan..hutang ptptn pn hbis byr..ni lg nk tmbh hutang kan..wakakka..ala nad tahun dpn tggl bpe hri lgi...wakakaka

    ReplyDelete

Thank You!! ^_^

Labels

AGAMA (52) AWARD (2) BEBELAN KU (87) BERITA (6) CERITA (41) CINTA (13) COhttp://www.blogger.com/img/blank.gifNTEST (1) CONTEST (8) DIRIKU (33) DIY (8) EVENT (14) FAMILY (19) HANAN (5) I.N.F.O. (21) JALAN-JALAN (9) K.A.H.W.I.N. (9) KERJA (2) LAWAK (2) LUAHAN (18) LYRICS (5) M.A.K.A.N. (1) MAKAN (9) NUKILAN (10) OPINIONS (3) P.E.N.G.A.L.A.M.A.N. (15) PREGNANT (11) PRODUK (3) R.E.S.I.P.I. (1) SEDIH (7) TAG (3) TIPS (38)

Followers