Wednesday, July 25, 2012

Contest : Cerita Sedih






Kali ni aku nak join contest yg dianjurkan oleh seorang blogger. Syarat-syarat dia mudah je, tapi ada 1 syarat je yang buat aku menopang dagu dok berfikir camne nak buat. Syarat itu ialah kena buat cite sedih....Susah tu. Sebab aku bukan penyedih orang nye. Tapi tengah dok berangan tibe2 dapat idea camne nak wat..hehehe...

Bawah ni syarat2 nye:

1. Letak banner Sepet Shop kat sidebar blog korang, dengan ber-link kan http://sepetshop.blogspot.com. Banner tu mestila ada kat blog korang sehingga 10 Ogos 2012. Tak lama pun, tak sampai sebulan. Tapi kalau nak letak lelama apa salahnye..Hehe! Copy gambar ni


2. Lepas tu korang kena Like facebook SepetShop

3. Buat satu entry, entry yang sangat sedih. Aku nak tau cerita sedih korang, kenapa korang nak beg tu sangat-sangat.

4. Dan di akhir entry korang tu, suruh readers korang Like Sepet Shop , dan suruh dorang join contest ni sekali =) Maklumat lanjut boleh ke Blog Sepet The Gojes, haha!





____________________________________________________________________________

OKEY NI UNTUK PARA AHLI-AHLI FACEBOOK PULAK. (terbuka juga kepada blogger yang ada facebook)

Aku tau korang takde blog, tapi korang nak jugak merasa handbag free. Ok boleh la. Tapi korang pun ada syarat-syarat jugak. Biasalah syarat nya simple aje ke. Jangan ragu-ragu untuk join k

1. Like Sepet Shop di facebook, boleh klik kat link yang aku highlight kan tu.

2. Share gambar-gambar beg yang aku upload kat facebook tu. Kalau nak tag kawan-kawan korang pun boleh. Sebab aku kan pemalu nak tag orang. Kihkihkih!

So aku akan cabut undi, sapa yang bertuah akan dapat la beg tu. mungkin lagi banyak korang share lagi senang korang nak jadi bertuah kan...hikhik!

Tarikh akhir untuk korang adalah lebih sikit, sampai 10 Ogos 2012.

Pemenang akan diumukan pada 13. Ogos 2012.
____________________________________________________________________________


CERITA AKU......


Ahhh...malu sebenarnya nak cite..lagi-lagi bila teringat muka-muka yang tengah membaca entry nih..takpela, nak beg punye pasal, malu tolak ke tepi..Alkisahnya begini, aku ni seorang yang berjimat cermat..Sangat berjimat dan suka saving. Aku sangat berkira bila nak beli keperluan diri sendiri, tapi aku tak berkira sangat dengan orang lain. Dengan diri sendiri je..Sebab tu lah sampai sekarang aku tak pakai kereta, tak pakai barang mewah2, sebab aku tak suka membazir. aku pegi keje pon pakai motor je, sebab aku rase tu dah lebih dari cukup. Kang ada kereta lagi la gatal tangan nak berjalan ke sana ke mari...Kan dah membazir lagi banyak duitt..Bagi aku lebih baik duit tu disimpan dari beli benda2 yang hanya menurut hawa nafsu je, pada hal bukan keperluan sangat pon..tak kisah la kalau orang nak kata aku kedekut, coz duit tu dapat dari hasil titik peluh aku, hasil susah payah aku bekerja, so aku la yang kena pandai2 manage..Bila susah nanti, takde la aku gabra sangat kan. Aku bukan orang senang, bukan orang berada..anak dato’ ke apa..Habis duit, kol mak bapak, terus “ka-ching!” duit masuk dalam akaun…Aku takde camtu. Selagi daya aku takkan minta duit mak abah aku. Coz derang banyak lagi tanggungan time tu. ..Eh, panjang plak intro nye kan?


Aku start keje tahun 2009. Tu bukan la pekerjaan pertama aku, coz sebelum tu pon aku banyak wat keje part time. Time study kat university, bila cuti sem je aku jadi minah kilang..Time blaja lak, aku part time jadi kerani. Jadi student banyak guna duit, nak bayar sewa rumah lagi..Tambang bas lagi..makan minum..hanya bergantung pada ptptn semata-mana mana cukup.. Tahun 2009 tu dikira kerja pertama selepas grad dari UiTM. Seronok oooo pas grade je terus dapat keje. Convo pon tak lagi. Hehe…Berkat kerja part time masa study and amalan suka berjimat cermat, first day kerja aku dapat beli motor by cash. Motor second hand je pon harga dekat 3k. Boleh la kan wat pegi ulang alik kerja..Lagipon time interview kerja tu, aku dah bagitau kat bakal majikan aku, yang aku ada kenderaan sendiri..kikiki…Last2 dapat kerja tu..Seronokk..Lagi seronok time first2 dapat gaji..Walau pon gaji aku time tu standard fresh grade je, tapi aku bersyukur. Dapat gak bagi kat mak abah hasil titik peluh sendiri. Then ada balance cket, aku terfikir-fikir nak nak wat pe dengan duit tu..Then aku decide amik RM250 untuk reward diri sendiri. Time tu dekat nak raye dah, aku ngan sepupu aku berjalan-jalan ke sogo. Macam biasa kat sogo ni memanjang la ada sale kan. Aku pusing-pusing dalam sogo tu, berkenan la plak kat satu beg nih..Brand valentino kaler coklat. Masa tu tengah sale, harga asal dekat rm400 kot, pas sale jadi rm199 je. Aku dah berfikir-fikir nak beli ke tak...nak beli ke tak..maklum lah, orang sayang duit memang camtu. Apatah lagi orang yang jarang2 beli benda mahal ni. Harga 100 lebih pon dah berkira tau! Aku pusing-pusing balik kat sogo tu tenang kan fikiran, tapi dalam otak masih duk terbayang-bayang beg tu...Aihhh...kena beli gak ni, kalau tak, tido malam kang termimpi-mimpi...Lagi pon aku memang tengah mencari-cari handbag untuk gi keje kat opis. Takkan la nak pakai beg sandang je kot, tak pon back pack je..Tu time gi kuliah ke, balik kampung ke leh la kan. Maka, setelah berfikir panjang, aku beli gak beg tu. Ok lah kan, dari takde. Heheee..



Aku happy tak terkata bila dapat beg tu. Baru berapa kali je sempat aku pakai..time raye..jalan-jalan.. and ada gak time pegi keje. Dek kerana sayang sangat kat beg tu dan rasa cam mahal (masa tu mana ada duit sangat, baru keje kan), aku bungkus balik beg tu dalam beg kain dia and letak bawah almari. Beg nak gi keje, aku beli je yang murah2..harga RM30 kot..huhu.. Kalau rindu2, aku belek2 balik beg tu, then simpan balik...Rasa nak pakai, aku pakai..Then simpan balik..Camtu je la seterusnya...Setelah dekat 2 tahun....Bila aku dah jarang pakai handbag tu.. Then aku geledah balik bawah almari. Alangkah sedihnya bila tengok keadaan beg tu, still cantik, tapi kulit dia cam dah tertanggal-tanggal..Uhuhuu..Tak berkualiti btul..Atau pon memang standard kualiti dia cmtu? Aku duduk termenung and usap2 beg tu "Baru bape kali je sempat aku pakai kau..kan beg kan..." Sentap kejap..Rasa cam bukan beg yang terkoyak, tapi duit yang aku laburkan untuk beli beg tu terkoyak-koyak…begitu juga perasaan aku…alaaa…korang yang gaji besar and suke bershopping memang la tak heran. Cam aku ni, mesti la rasa sedih tau. Tak puas lagi melaram, last-last dah rosak camtu…huk huk…

Muka hepi pakai beg baru...tinggal kenangan...sob..sob..T_T

Aku gi amik gam uhu, gi gam balik kulit dia yang terkopek-kopek tu..Esok nye try bawa gi keje. Hehe..gigih kan? Tapi makin lama makin teruk lak. Dah macam apa pakai beg terkopek-kopek. Dengan berat hati, aku lepaskan beg tu pergi. Barang kalau dah takleh nak pakai, watpe simpan lagi kan? Aku ingatkan selama ni simpan dia elok2, bubuh dalam kain, leh terpelihara, tapi lain jadi nya..Tunang aku cakap, barang kalau kita beli tapi tak dipakai, lagi cepat la rosak. Sama dengan rumah, kalau ditinggal lama, lagi la semak samun dan nampak scarry..ooooo...camtu ek? Tapi apa nak buat, nasi dah jadi bubur. Tu la handbag pertama yang aku rase mahal harganya dapat aku beli dengan duit gaji pertama aku kerja lepas habis belajar. Serik..huk huk ;( After peristiwa tu, aku takmo dah beli handbag mahal2 lagi..Serik..Handbag yang aku pakai sekarang pon, handbag yang tunang aku bagi.

Sempat gak bawa gi jenjalan...


and melaram...

Aku harap sangat dapat handbag dari cik Sepet supaya aku dapat melupakan perasaan serik tu. Huhuu..Kalau aku menang handbag dari sepet, tu la handbag pertama yang aku menang sebagai hadiah contest. Hadiah paling mahal..Wah.. gitu! ;) Sebenarnya banyak sebab nape aku harap dapat menang contest ni..Beg tu leh gak guna sebagai hantaran time majlis perkahwinan aku yang akan berlangsung beberapa bulan je lagi ni..Jimat belanja. Hehe. Allah suka orang yang membantu orang nak mendirikan masjid ni. Lagi pon perkahwinan yang berkat, yang lagi jimat belanja nye. Hehe..Cik sepet jemput datang ye. ;) Rasa ralat nak beli handbag mahal-mahal sebagai barang hantaran. Rasanya memang takkan beli pon kot..Huhuu..Kesian kat cik tunang. Dia yang banyak keluarkan belanja. Lagipon, kan membazir tu amalan syaitan. Rasa macam banyak lagi keperluan lain perlu didahulukan. Maklumlah, belanja kahwin bukan nya murah. Lagi pon kami decide untuk guna simpanan yang ada. No loan loan...Dugaan time bertunang ni macam-macam..Duit mengalir macam air..Dengan kereta en.tunang yang bape kali dah eksiden, aku pon tak paham..Pernah tak sampai sebulan, 2 kali eksiden..Baru je repair, kena repair lagi..So, ko pilih la eh..Nak handbag baru ke repair kereta? Sebagai tunang yang penyayang, mestilah kena dahulukan keperluan dia kan..Jangan terlalu ikutkan keinginan hati...Sedih memang sedih..Tapi apa leh buat..Mungkin bukan rezeki kali ini..Huhuu..


Lagi...


dan lagi....T_T

Aku ingat pasangan bertunang je berdarah manis, rupa-rupanya dengan kereta sekali ek jadi manis..eh? hehe..Takpela. Pe pon, syukur alhamdulillah takde kejadian lebih buruk berlaku..So, kalau cik sepet sudi bagi handbag tu, saya amat lah berterima kasih kerana telah merealisasikan impian saya dan membantu meringankan beban kami..;) Nanti saya siap post special entry and gambar beg tu sebagai barang hantaran lagi..hehe..verangan dahhh~

Kalau tak pon, dapat gak guna pegi keje..Lebih bersemangatlah nak pegi keje dengan beg baru kan.? Hehe..Selain tu, dapat bergaya di pagi raya..Wahhhh~ Indah nya dunia…Tapi semua tu angan-angan je..Ye la, takde angan-angan pon mana mungkin jadi kenyataan kan..Saya redha je kalau tak menang..Sob..sob…T_T Tapi kalau menang, syukur Alhamdulillah…^_^ Kira macam angan-angan jadi kenyataan la kan? ^_^

Kepada kawan-kawan sekalian, yang berminat nak join..Mari-mari, sangat-sangat dialu-alukan…Kalau rezeki tak berpihak pada aku, mungkin rezeki korang kan?

Klik sini untuk join --> Contest Sepet
Jangan lupa gak untuk like facebook --> Sepet Shop

2 comments:

  1. UIIIII ni mmg betul2.kereta pun nak berdarah manis juga

    ReplyDelete
  2. good luck.

    :)

    singgah sini dan follow.

    http://dengarisaya.blogspot.com

    ReplyDelete

Thank You!! ^_^

Labels

AGAMA (52) AWARD (2) BEBELAN KU (87) BERITA (6) CERITA (41) CINTA (13) COhttp://www.blogger.com/img/blank.gifNTEST (1) CONTEST (8) DIRIKU (33) DIY (8) EVENT (14) FAMILY (19) HANAN (5) I.N.F.O. (21) JALAN-JALAN (9) K.A.H.W.I.N. (9) KERJA (2) LAWAK (2) LUAHAN (18) LYRICS (5) M.A.K.A.N. (1) MAKAN (9) NUKILAN (10) OPINIONS (3) P.E.N.G.A.L.A.M.A.N. (15) PREGNANT (11) PRODUK (3) R.E.S.I.P.I. (1) SEDIH (7) TAG (3) TIPS (38)

Followers