Thursday, July 5, 2012

Daiso Akan Dibuka di JJ Equine..Yeay!

Assalamualaikum...

Korang pernah dengar Daiso? Daiso ye bukan Denso...huhu...Dulu aku pon taktau, tapi sejak En.tunang ni lah suka sangat cuci-cuci mata and beli barang kat Daiso, aku pon terikut-ikut gak..Daiso ni adalah kedai serbaneka yang berasal di Jepun. Dulu en.tunang suka pergi yang kat ioi mall, puchong. Aku ingat satu tu je la kedai nya. Rupa-rupanya ada banyak cawangan kat Malaysia. Baru-baru ni baru tau kat The Mines Seri Kembangan pon ada..Mungkin lokasi nya yang agak tersorok, tu yang aku tak pernah terperasan sebelum ni.



Daiso menjual pelbagai barangan seperti barang2rumah, pakaian, alat berkebun, mekap, perabot, alat tulis dan sebagainya bermula dari harga serendah RM5...Derang tak letak harga RM kat setiap barangan coz barang2 import dari Jepon kan, so semua pon harga dala matawang Jepun, yen. Tapi ada disediakan panduan untuk convert harga dari Yen ke Ringgit Malaysia. Don't worry lah coz kebanyakan barangan yang dijual memang berharga RM5. Murahhhh...



Baru-baru ni aku ada beli handbag hanger yang memang dah lama tercari-cari. Nak beli online, mahal..Paling murah aku pernah tengok pon berharga RM10, tu pon kena jadi ahli..Aku malas betul kalau nak beli barang mahal-mahal ni. Membazir...Membazir amalan sape???Syaitoonnn...Biarlah tak branded dan tak mahal, janji aku suka. Hehee..Kat Daiso aku dapat beli dengan harga RM5. Yeayy...


Minggu lepas jalan-jalan kat JJ Equine, macam biasa akan singgah kat kedai DIY. Sesiapa yang tinggal area sini mesti dah cukup familiar dengan kedai DIY tu..Tak dapat beli pape, cuci mata pon dah cukup..Then aku nampak signboard yang Daiso akan dibuka di JJ Equine..yeayyy! Tak payah jauh2 gi ioi mall atau the mines yang asyik jammed je tu...Tapi kedai still under construction. Derang wat sebelah Pejabat Pos JJ Equine tu..Syok! ^_^



Banyak barang-barang mekap...



Pilih...pilihh...

Camni la rupa handbag hanger yang aku beli tu...cantik kannn..






5 comments:

  1. kat melaka pun ada. best sgt sbb sume barang 5 hengget je

    ReplyDelete
  2. bila daiso nk bukak di miri. uwaaa :'(

    p/s: hanger tu sbijik cam dni. dni beli kat avon hehe

    ReplyDelete
  3. Asfaliza : Ada lagi satu kedai jepun iaitu Hinode Shop tu..tapi kedai tu tak banyak pilihan cam daiso kan.

    Ardini Humaira : yeke? Bape harga kat avon?

    ReplyDelete
  4. mmg best sbb sume rm5 ... tp klu dah rambang mata .. sume nak beli last2 puluh2 jgk total nya ... hehehh

    ReplyDelete

Thank You!! ^_^

Labels

AGAMA (52) AWARD (2) BEBELAN KU (87) BERITA (6) CERITA (41) CINTA (13) COhttp://www.blogger.com/img/blank.gifNTEST (1) CONTEST (8) DIRIKU (33) DIY (8) EVENT (14) FAMILY (19) HANAN (5) I.N.F.O. (21) JALAN-JALAN (9) K.A.H.W.I.N. (9) KERJA (2) LAWAK (2) LUAHAN (18) LYRICS (5) M.A.K.A.N. (1) MAKAN (9) NUKILAN (10) OPINIONS (3) P.E.N.G.A.L.A.M.A.N. (15) PREGNANT (11) PRODUK (3) R.E.S.I.P.I. (1) SEDIH (7) TAG (3) TIPS (38)

Followers