Assalamualaikum...
Ok, lepas selamat amik keputusan HIV minggu lepas. And confirm2 la result nye lulus kan? Alhamdulillah...then terus balik kampung untuk proceed interview dan hantar borang kebenaran berkahwin kat Pejabat Agama Batu Pahat.
Memandangkan aku dan en.tunang berasal dari daerah yang sama, so senang la cket urusannya. Leh pegi pejabat agama sama2..
Hari isnin tu amik cuti then terus gerak gi Pejabat Agama. Sekarang kan musim hujan kan, so pertengahan perjalanan tu ikut jalan Seri Gading..Jalan raya dah ditenggelami banjir and jammed. Yela, pagi isnin orang sibuk nak pegi keje lagi. Kete lain duk tepi je tapi en.tunang aku slumber je redah. Kang lambat lak sampai kalau nak tunggu2 kan...Alhamdulillah selamat sampai. Ada lak doc yang aku terlupa nak wat copy iaitu surat akuan bujang..Nasib baik kat pejabat agama tu memang ada sediakan servis potostat. Sekeping dia caj 20sen. Then terus naik tingkat atas, ambil no. and submit borang. Ambil 1 nombor je untuk sepasang bakal pengantin. Lepas submit borang and cek dokumen, proceed dengan interview kat tingkat bawah. Biik sebelah receptionist je. Tapi bilik tu cam ofis la, and tempat interview tu kat depan derang. So time ko interview tu ramai la yang memerhati. Malu je kalau tak dapat jawab wei..Alhamdulillah, senang je soalan. Markah penuh dapat. Kalau datang dengan pasangan, masuk sekali la time interview. Dia akan tanya bakal pengantin laki dulu, so yang perempuan dah tau jawapan, kurang la sikit nerves nye. Hehe..Alhamdulillah..Lepas setel interview, pegi balik tingkat atas, serahkan borang interview tu kat Kaunter 1, wat pembayaran RM17 untuk proses, then staf tu akan bagi satu dokumen untuk korang serahkan kepada pak imam@kadi yang akan menikahkan korang nanti. Tapi kat pejabat agama ni memang sume borang pon kena bayar kan? nasib baik la murah. coz member2 aku wat tempat lain, derang ambil borang pon free je. Kadi ni pon bukan sebat ambil sape2..Setiap mukim ada kadi masing2..Yang tu, aku minta tolong ayah aku uruskan. Tapi pas settle sume tu memang rasa LEGA! Yey, dah leh kawen!! Huh huhh..Kurang sikit rasa beban kat bahu and kepala ni coz tinggal majlis akad je nanti, walaupon ada lagi benda2 kecik lain yang kena setelkan, at least perkara penting ni dah selamat...Alhamdulillah...
Nak tau soalan bocor? Ni diaaa..hehe..sama je untuk semua bakal pengantin di kawasan Pejabat Agama Batu Pahat..pejabat agama lain aku taktau la plak..Tapi soalan lebih kurang je and ada yang tak payah interview pon.
turn aku next week pulak
ReplyDeleteAku dulu takde pulak kena interview. Negeri lain kut..Item no 4 dengan 5 tu aku tak tahu la pulak..boleh gagal aku..wakaka..
ReplyDelete