Friday, May 3, 2013

Bila Bahulu Cicah Air Teh Panas..Pehh!

Assalamualaikum...

Salam jumaat.
Dah breakfast? Aku dah breakfast nasi berlauk pagi tadi kat umah dengan hubby. Dah macam makan tengahari lak. Selalunya aku masakkan siap-siap untuk lunch dia nanti dan untuk aku bawa bekal ke ofis, tapi tengok cam sedap je, and perut pon lapar. Terus la lunch jadi breakfast. Hehe..Tiba di ofis, ofismate bagi kuih bahulu sepeket..ohh, yummy~ rezeki hari jumaat. Kuih bahulu memang feveret aku, lagi-lagi bila match kan dengan air teh panas..pastu celup-celup..sedapnye. Terus bergegas ke pantry untuk buat air teh. 

comel kan cup lid tu? dapat dari fedex..hehe

Aku yakin hari ni ramai yang akan balik kampung untuk mengundi pada 5 Mei ni kan? Konfem highway sesak malam nih. Aku balik kampung sok, after pergi majlis perkahwinan sorang member time blaja kat U dulu. Orang dah jemput kena la pergi kan. Untuk kurangkan jem, kita ikut highway LEKAS. Jem memang takleh elak pon, tapi leh la kurangkan sket. Bila ikut LEKAS, ko jangan terus sampai ke senawang coz kawasan tu ada construction, mby kena kua kat seremban, so dah skip kat jem area like Nilai tu..Tapi tu andaian je la..Kalau jem gak, kita redhooo je lah. Macam tak biasa kan? Hari-hari pergi balik kerja kan tempuh jem gak. hehe..

Tahun ni aku leh rasa semangat mengundi lebih cket. Dia punya berkobar-kobar tu lain cket. First time mengundi dulu takde la rasa camni, mengundi pon ikut kata mak je..ekeke..kantoi. Tapi sekarang dah dewasa, dah tau berfikir, tau mengkaji serba sedikit, tau membuat penilaian sendiri, so mengundi la ikut pilihan sendiri. Setiap parti pon ada kelemahan dan kelebihan masing-masing, tapi kita kena la nilai sendiri mana yang terbaik. ye dak?

So, semoga selamat balik kampung dan selamat mengundi! ;)


1 comment:

  1. aku balik petang nie.ambik half day.xlaratlah nak balik lepas kerja.psti jem dekat tempat biasa.selamat mengundi =)

    ReplyDelete

Thank You!! ^_^

Labels

AGAMA (52) AWARD (2) BEBELAN KU (87) BERITA (6) CERITA (41) CINTA (13) COhttp://www.blogger.com/img/blank.gifNTEST (1) CONTEST (8) DIRIKU (33) DIY (8) EVENT (14) FAMILY (19) HANAN (5) I.N.F.O. (21) JALAN-JALAN (9) K.A.H.W.I.N. (9) KERJA (2) LAWAK (2) LUAHAN (18) LYRICS (5) M.A.K.A.N. (1) MAKAN (9) NUKILAN (10) OPINIONS (3) P.E.N.G.A.L.A.M.A.N. (15) PREGNANT (11) PRODUK (3) R.E.S.I.P.I. (1) SEDIH (7) TAG (3) TIPS (38)

Followers