Monday, May 16, 2011

Dunia yang Mempersona.

Indah dunia yang mempesona
Bagai dian terang menyala
Sehingga terlupa ?kan padam akhirnya
Dunia ini hanya pinjaman
Untuk menguji keimanan
Akhirat nanti yang menentukan
Balasan syurga ataupun neraka


Mengapakah dunia yang dikejari
Sedangkan ia kan ditinggal pergi
Apalah gunanya harta di sisi
Tika jasad terkubur terkaku mati


Bayangkanlah jika di dunia ini
Bekalan terhenti mudah dicari
Bagaimana pula di sana nanti
Tanpa bekal pahala kita yang rugi


Bersyukurlah sentiasa
Dengan apa yang ada
Adakala harta dunia
Belum tentu membantu kita
Menjadi bebanan dan menyusahkan




2 comments:

  1. Dunia memang mempersona dengan keindahan alam semulajadi tapi telah di nodai dengai nafsu serakah manusia

    ReplyDelete
  2. kejarlah serta seimbangkan harta, hal duniawi & ukhrawi~

    ReplyDelete

Thank You!! ^_^

Labels

Followers