Monday, May 16, 2011

Penat.

Kadang-kadang rasa penat..letih...lesu...
Nak menghadapi perangai setiap orang..
Nak menjaga hati setiap orang..
Walau perilaku, gerak geri dan wajah terpamer senyum ceria.
Hati menjeruk siapa yang tau.
Terima kasih ya Allah.
Kerana selalu ada untukku.


Aku jenis tak suke pamerkan kesedihan dan kelemahan diri.
Aku tak suke orang anggap aku lemah.
Aku tak suke orang bersimpati dengan aku.
Aku tak suke orang persoalkan apa aku buat.
dan aku tak suke cerita perihal diri pada orang lain.
So, bagi sape2 yang ada dengar cite pasal aku,
sila tanya pada tuan empunya diri sebelum pandai-pandai nak judge aku.
Mind Your Own Business!


Sape2 nak share cite or masalah dengan aku.
Meh, aku leh bagi pinjam bahu.
Aku leh bagi pinjam telinga.
Aku leh bagi pinjam masa.
Maybe aku takleh tolong solve, tapi aku leh tolong simpan.
Tapi aku harap kamu dan kamu, kamu, kamu juga boleh tolong.
Tolong jangan sampai jatuh hati kat aku.
Tolong jangan sampai pedih hati kerana aku.
Tolong jangan buat benda bodoh kerana aku.
Tolong jangan paksa diri.
Tolong...
Jangan gugurkan air mata itu.
Hanya untuk mendapatkan hati ini.
Aku takleh bagi pinjam hati aku.
Penat aku jaga hati ni, mana leh senang2 bagi orang.
Dulu hati nie penah patah, remuk, berderai.
Aku kutip balik sorang2.
Aku cantum balik satu persatu serpihan tu.
Sampai bercantum, terbentuk jadi hati balik.
Walau pon dah tak lawa cam dulu, masih ada bekas-bekas luka tercalar.
Tapi aku sayang hati aku.
Sebab aku cume ada satu je hati.
Aku taknak hati ni ilang lagi.
Terima kasih ya Allah.
Di atas kurniaan Mu.


Aku hanya manusia biasa-biasa.
yang banyak kekurangan dan keburukan.
Kesabaran aku pun ada batas nya.
dan aku harap kesabaran aku masih bersisa.
Untuk menghadapi hari-hari muka yang penuh pancaroba.


Hati ini aku simpan.
dan hanya akan aku serahkan kepada yang berhak.
Terima kasih ya Allah.
Ku titipkan hatiku hanya untuk Mu.
Moga akan ada insan yang ikhlas menerima hati ini untuk mendapatkan keredhaan Mu ya Allah.
Sesungguhnya hanya kepada Mu ku berserah.







6 comments:

  1. semoga tabah menghadapi cabaran hidup ini, amin

    ReplyDelete
  2. tahniah kerana berjaya mengutip balik hati yang jatuh berderai2 tu sorang2...bukan senang tau..hanya org yg ade kekuatan boleh lakukan..pesan ku padamu..jaga dirimu baik2..apa2pun masalah jgn lepaskan pegangan pada tali Allah..mudah2an apa2pun rintangan dan halangan berjaya diharungi..jgn lupa kat DIA..hehhe n take care..

    ReplyDelete
  3. Ardini Humaira: terima kasih

    IbuDhira: terima kasih..insyaAllah

    ReplyDelete
  4. Pesanan Buatmu..
    ingat kita dicipta atas dasar tiga tanggungjawab..al imarah,al khalifah dan al ibadat.cinta kepada allah lebih tinggi darjatnya,lebih hakiki dan menjamin kebahagiaan mutlak dunia dan akhirat.jadi,bukalah pintu hatimu untuk cinta ALLAH RABBUL’IZzati..innallahama’aka….

    ReplyDelete

Thank You!! ^_^

Labels

AGAMA (52) AWARD (2) BEBELAN KU (87) BERITA (6) CERITA (41) CINTA (13) COhttp://www.blogger.com/img/blank.gifNTEST (1) CONTEST (8) DIRIKU (33) DIY (8) EVENT (14) FAMILY (19) HANAN (5) I.N.F.O. (21) JALAN-JALAN (9) K.A.H.W.I.N. (9) KERJA (2) LAWAK (2) LUAHAN (18) LYRICS (5) M.A.K.A.N. (1) MAKAN (9) NUKILAN (10) OPINIONS (3) P.E.N.G.A.L.A.M.A.N. (15) PREGNANT (11) PRODUK (3) R.E.S.I.P.I. (1) SEDIH (7) TAG (3) TIPS (38)

Followers