Tuesday, July 10, 2012

Panduan Menukar Pinjaman PTPTN kepada Biasiswa

Assalamualaikum..

Rentetan daripada entry aku sebelum ni berkenaan PTPTN, kali ni aku nak share lak dengan korang cara-cara atau panduan untuk menukar pinjaman PTPTN kepada biasiswa. Korang boleh gak refer pada pekeliling ni--> KLIK atau pon blog nih--> KLIK


Firstly, kena la tau syarat2 nye kan:
1. Mengikuti kursus secara sepenuh masa. Means, bukan part time dan sebagainya.
2. Berjaya menamatkan pengajian dalam tempoh yang ditetapkan. Means, takde extend2 or repeat paper sampai 7-8 semester.
3. Pembiayaan PTPTN tak bertindih dengan tajaan lain. So, kalau ko dah ditaja dengan Petronas ke, Shell ke, biasiswa negeri ke..Tak payah ngade2 nak mohon lagi.
4. Permohonan mestilah dihantar sebelum tarikh tutup iaitu 30 Jun 2013
5. Kursus yang diikuti mestilah dapat pengiktirafan dari Lembaga Akreditasi Negara (LAN/MQR)


Okey...Kalau dah cukup sume syarat2 tu, kita move on ke langkah-langkah seterusnya.


1. Salinan Ijazah Sarjana Muda dan Transkrip yang disahkan oleh Bahagian Akademik Universiti.
- Kalau kat UiTM, korang pegi je bangunan canseleri kat atas bukit tu. Yang berhadapan dengan pintu masuk utama UiTM tu. Cakap je dengan staf tu nak minta pengesahan untuk PTPTN. Terima kasih aku nak ucapkan kat sorang brader baek ati yang sudi tolong aku dapatkan cop pengesahan ni..;))


2. Salinan perakuan dari Lembaga Akreditasi Negara (LAN/MQR)
- Keutamaan salinan ni adalah untuk IPTS2 di Malaysia coz biasanya kursus2 dalam IPTA dah di sahkan oleh MQA. Tapi untuk lebih selamat, korang print la gak salinan ni. Bukan susah pon, cari je kat internet. Atau boleh gak refer kat sini---> MQR


3. Borang akuan pelajar.
- Borang ni korang boleh download dari PTPTN dan isi je butiran mengenai diri korang. Ni link untuk download -->Borang Akuan Pelajar


4. Surat rasmi
- Surat rasmi atau cover letter ni penting. Alamatkan kepada PTPTN, dan tulislah tujuan korang untuk memohon penukaran pinjaman PTPTN kepada Biasiswa. Tak perlu ayat berbunga-bunga, straigt to the point je.


Kalau dah lengkap semua dokumen di atas, boleh la masukkan ke dalam sampul surat, letakkan setem singgit, dan alamatkan ke PTPTN:

Dengan lafaz bismillahirrahmanirrahim...Masukkan dokumen ni ke dalam peti pos. Selawat banyak2, moga permohonan berjaya. Amin.. ;)



12 comments:

  1. whoaaa boleh eyy... Nanti nak cuba :D

    ReplyDelete
  2. Ardini Humaira : Cubalah, insyaallah ada rezeki kan. ;)

    ReplyDelete
  3. safiah ibrahim : yup...same batch with your hubby.

    ReplyDelete
  4. kalau yg ambik dipoma boleh tak nak tukar pinjaman kpd biasiswa?

    ReplyDelete
  5. Anonymous : tak boleh..coz terbuka untuk degree holder je. Peminjam diploma kena bayar mcm biasa.

    ReplyDelete
  6. Dah dpt result blom? Syu pun buat pos jugak. Then after bbrp bulan x dpt result, call n tnya dorg. N know what? Surat tu x sampai pun kt pihak PTPTN. Sedeh, kena buat lain, bg by hand terus.

    ReplyDelete
  7. Dah dpt result blom? Syu pun pos jugak. After bbrpa bulan, still xdpt result, terus call tnya bila boleh dpt result. N know what, surat tu x sampai pun ke dorg. So kena buat lain, pergi hantar by hand :(

    ReplyDelete
  8. Hi, bolehkah saya tanya macam mana tulis surat akuan rasmi? Bolehkah bagi saya satu contoh? Thank you.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi Ong Bee Chuin, boleh bagi email address awak? Nanti saya pos kan contoh surat.

      Delete
  9. Syuhada : Memang lambat..After beberapa bulan saya kol dia kata tengah proses..tengah proses..Then tibe2 saya dapat balik sume form yg saya hantar tu, rupanya staff dia tersalah pos..So kena hantar yang baru, skrg ni tgh tunggu surat confirmation dari ptptn..huhu

    ReplyDelete
  10. trikh tutup abis dh ke? kalu wt lg boleh ke

    ReplyDelete

Thank You!! ^_^

Labels

AGAMA (52) AWARD (2) BEBELAN KU (87) BERITA (6) CERITA (41) CINTA (13) COhttp://www.blogger.com/img/blank.gifNTEST (1) CONTEST (8) DIRIKU (33) DIY (8) EVENT (14) FAMILY (19) HANAN (5) I.N.F.O. (21) JALAN-JALAN (9) K.A.H.W.I.N. (9) KERJA (2) LAWAK (2) LUAHAN (18) LYRICS (5) M.A.K.A.N. (1) MAKAN (9) NUKILAN (10) OPINIONS (3) P.E.N.G.A.L.A.M.A.N. (15) PREGNANT (11) PRODUK (3) R.E.S.I.P.I. (1) SEDIH (7) TAG (3) TIPS (38)

Followers