Wednesday, January 30, 2013

Cerita Selepas Kahwin


Assalamualaikumm

dulu lain...sekarang lain...
dulu bujang...sekarang dah kahwin...
lalalaaaaa~


Teringat aku akan bait-bait lagu tu...Sememangnya dulu lain, sekarang lain, bila dah kawin, banyak la yang berubah..tu sebab sebelum kawen tu kena fikir panjang. Bukan fikir pasal majlis je, tapi kena fikir pasal masa depan, pasal akan datang. Kena la ada perancangan, persediaan mental dan fizikal, baru la dapat mengecapi kehidupan yang selesa.

Kadang-kadang cam tak caye aku dah selamat jadi isteri orang. Rasa cam masih budak-budak je lagi. ;) Alhamdulillah, sebelum kawen, hubby dah siapkan semuanya untuk aku...Rumah lengkap dengan isi nya, langsir pon dah pasang, kereta untuk aku pakai pergi kerja dan sebagainye..Time 1st day aku masuh rumah ni sebagai isteri, jenguk dapur, lengkap dah dengan kicap, sos, etc yang dia beli dalam botol besar. Nak buat kenduri ke apa? hahaaa..Tapi ok lah kan, memudahkan kerja aku. Kira masuk pon cuci kaki je lah. Alhamdulillah..

Banyak perkara yang berubah bila aku dah bertukar status ni. Kalau dulu, bangun lambat..hahaa..takdela lambat sangat dalam kul6.15 baru bangun, solat subuh..Pastu cam terlelap jap kan. Nak bersiap, awal lagi. Rumah belakang ofis je pon. Masuk kerja kul 8.30, kul 8.20 baru kua umah..Tu pon direct je sampai ofis..Takde lalu traffic light ke, high way ke..Heheee..Time rehat pon sempat lagi nak balik rumah kalau mau..Tapi sekarang, bangun dah awal sikit, kul 5.45 dah bangun. Walaupon kadang2 terlajak cket. Ahahaa..Takde masa dah nak lelap2 balik. Bangun je terus mandi, pastu kejut hubby and solat subuh berjemaah bersama. Siapkan breakfast yang simple2..Sandwich ke, goreng nugget ke, goreng nasi ke..Janji dapat isi perut. Actually hubby tak kisah pon kalau tak breakfast, tapi aku rasa macam tak lengkap lah kan kalau bukan aku yang sediakan untuk dia. Huhuu..Tapi kalau hubby kerja shift malam, pagi tu aku siap2 masak nasi and lauk untuk dia. Kang balik kerja or tengahari, hubby tinggal makan je.  Kena la rajin cket, baru lah suami bertambah sayang. Rajin la kununn~ Hahaha..

Masa mula-mula pindah umah ni, umah aku agak jauh dari ofis..Takde la jauh mana. Tapi disebabkan taktau nak bajet masa lagi. Mula-mula aku kua umah kul 6.30 pagi..haha! Memang clear lah jalan. Tapi kul7 dah sampai opis..Opis hour start 8.30! Dah termangu-mangu tatau nak watpe lak. Pastu aku try kua umah kul7 lak..Dah banyak kereta. Maby mereka yang kerja kl dah kua awal kan, plus yang pergi ke sekolah lagi. Tapi still tak jam sangat. Sampai ofis pon kul 7.20..Still awal! Aku gerak kul 7.15...Jammed merangkak even masih bergerak lagi..Maybe clash dengan mereka yang bekerja kat Putrajaya coz lepas exit Putrajaya je jalan clear. So leh la sampai opis kul 8..Bila aku gerak kul 7.30, ni paling paling kritikal. Kua tol je dah jam. Oh Tuhanku...Kul 8.15 baru sampai ofis..Kaki rasa cam nak patah je coz aku drive kereta lumba (manual). Takleh nak guna gear dua pon coz kejap gerak cikit pastu benti..gerak cikit lagi pastu benti...Kaki lenguh asyik pijak cluth. Tapi lama-lama dah ok, rasa cam jammed tu satu kebiasaan lak. Bila jalan clear terus rasa cam pelik..bole gitu?? Hehee..Tapi baru-baru ni aku teruskan research, kul 7.45 baru keluar rumah..alhamdulillah, jalan clear wehh! Tak la clear sangat. tapi still leh memandu dengan bahagia..Kul 8.20 camtu dah sampai opis..ok la tu kan. Still tak lewat and still ada masa lagi nak bermanje2 dengan hubby sebelum gi keje..Wakakaka..So, kita stick dengan 7.45 lah. Even sebenarnya ikut nasib gak. Kalau dah nak jammed, tak kira kul bape pon tetap lah jammmeeeddd~



Dulu time bujang, almost everyday aku balik lambat. Kata umah dekatt, tak risau la kalau balik dah malam pon. Kalau balik kul 6.30 or 7 pon aku rasa cam eh, awalnye? Kul8 tu adalah perkara biasa..and kadang2 kalau ada kerja nak siapkan, terlajak la gak sampai ke malam. Itu dah selalu terjadi. Tapi bila dah bertunang, takleh balik lewat sangat dah..Selalunye kul 6.30 or 7 aku dah gerak balik. Kalau takkk, bukan tunang aku je bising, mbe2 opis pon bising, darah manis katanya...Bila dah bergelar isteri ni, tengok je jam dah kul 5.30, berdesup aku kemas meja dan bergerak balik..Sebabnye yang pertama sekali tentulah nak elak jam..bercinta wehh mengadap jam hari-hari..time pergi..time balik..dan selalunye area sama je lah yang jam. Aku gerak 5.30 pon, kul 6.45 camtu baru sampai umah..Paling cepat pon 6.30, tapi jarang2 lah dapat sampai cepat..Kalau gerak lambat sikit cam penah one day tu aku gi la pasar malam dulu depan ofis, sedar tak sedar dah kul 6.10..gerak balik, dekat pukul 8 baru sampai umah..kah kah kah..padan muka. Nasib baik la ada orang nak tolong urutkan kaki yang lenguh bila tiba rumah. hehee..

 

Sekarang dah takde masa sangat nak update blog. Kadang aku taip kat umah, berkali-la save kat draft je. Kadang2 entry dah siap, malas plak nak edit gambar, bubuh watermark..Dah pending lagi.. Tu kadang2 aku uplod sekali banyak entry terus dalam satu masa. Sebabnye dah siap-siap taip just tunggu gambar je. Kadang-kadang sampai berminggu takde entry baru, sebabnye diserang penyakit malas nak update. Banyak sebenarnya yang aku nak share, tapi nanti lah. Kita slow-slow ye..hehe..

Then budget bulanan pon of course la naik. Dulu nek moto je gi keje, paling banyak pon untuk petrol aku spend RM5 seminggu..banyak tuuuu~ hahaha! Tapi sekarang, mau RM50 seminggu..Mana tak nye, mengadap jam hari-hari, petrol pon laju je jalan. Untuk tol lak, RM3 sehari..sebulan hampir RM80 gak..Dulu takde pon lalu tol. hehe..Then aku cakap dengan hubby, bill utilities kat umah tu biar lah aku bayar. Takkan sume dia kan, rumah, kereta, internet, maintenance..Kena la sharing is caring. Tapi bill bape je pon. and sejak hubby bujang sampai la kitaorang dah kawen, tak pernah kena bayar bil air. Tiap bulan free jek. Alhamdulillah..hehe..

Antara amalan yang aku cube istiqamah nak buat bila pas kahwin, tiap hari paling kurang pon, kena minta maaf dua kali dengan suami..Bukan time raya je, or time buat salah je tau..Aku minta maaf dengan dia time salam and cium tangan sebelum pergi kerja and malam time nak tidur. tapi kalau dah tau buat salah, cepat2 lah gi minta maaf. Ye lah, mana tau kan ada perbuatan or percakapan kita yang wat dia terkecik hati atau dia tak redha tanpa kita sedari..tak ke naye nanti. Syurga isteri kan di bawah tapak kaki suami. Means, sebaik mungkin ko kena jaga hati dia. Peh ayat...Ini semua phoyooo, bak kata awie. Hehe..Mungkin sesetengah orang cakap, time baru-baru kawen ye lah camtu, tengok pas setahun camne? Ishh..Tak baik ah korang. Cuba kalau benda baik tu kita ucaplah alhamdulillah, pastu doakan lah yang baik2 moga kekal je kan..Kena lah berfikiran positif kan. Haihh~ Nak condemn je tau.

Then, solat berjamaah tiap waktu suami ada kat rumah. Seeloknye suami berjamaah kat surau la kan. Tapi kalau dapat berjamaah dengan isteri kat rumah pon dah elok. Tak kurang pahala berjamaah tu. Kalau balik kampung ke, pergi mana-mana pon, still boleh berjemaah bersama. Tak semestinya time kat rumah sendiri je..


Makan sepinggan or sedulang. Kadang2 best gak wat camni. Kurang cket pinggan nak kena basuh. Haha! Tapi takde la buat selalu, kadang2 je...hehee..maybe kecik2 dulu pon mak aku dah terapkan. Adik beradik aku kan ramai. Time makan je kadang-kadang mak aku bubuh nasi and lauk terus dalam satu dulang and makan lah beramai-ramai..Sunnah katanya. Tapi time kecik2 mana tau tu sume, yang tau dapat makan je. Hehee..Seronok. Bole gurau2..Contoh pasangan ko dah cubit la lauk2 dia nak makan kan, then tibe2 ko amik..Hehee..Pastu dia cam merajuk, ko cubitla lauk lain dan suapkan dia..owwhh, suwittt..kikiki~ Bole try kalau nak. ;p

Jangan suka merungut or bermasam muka. Sentiasa senyum walaupon senyum cam dibuat-buat. hehe.. ;p Kalau suami kejut kul2 pagi suh urut bahu dia yang lenguh2, walau mengantuk pon kena buat gak. Kan pahala tu. Taknak ke? Balik kerja, dah sampai rumah lewat, tetap kena masakkan untuk suami..Time nak makan, sediakan air untuk basuh tangan sekali. Kan pahala tu? Kalau semua tu dibuat dengan ikhlas, insyaallah takde pon rasa penat or terpaksa..Tapi ko akan rasa puas and bahagia. Kat umah jangan comot2..Kena la wangi selalu..Pakai bedak or losyen biar suami suka belai. Biar dia rasa dapat layanan istimewa. 


"Ya Allah..
Sesungguhnya aku sangat bersyukur dengan kehidupan ku kini..
Kau limpahi lah hidup kami dengan kasih sayang, barakah dan rahmat Mu ya Allah..
Sesungguhnya aku merasa sangat bahagia..
Kau pelihara lah kami dari sebarang keburukan dan malapetaka..
Tetapkanlah iman kami dan pelihara lah akidah kami..
 Terima kasih ya Allah kerana menganugerahkan ku suami yang cukup menyayangi dan membahagiakanku.."

Amin ya rabbal alamin..




Ok la, panjang plak aku cerita. Kang bosan nak baca panjang-panjang..hehe..Tata.









3 comments:

Thank You!! ^_^

Labels

AGAMA (52) AWARD (2) BEBELAN KU (87) BERITA (6) CERITA (41) CINTA (13) COhttp://www.blogger.com/img/blank.gifNTEST (1) CONTEST (8) DIRIKU (33) DIY (8) EVENT (14) FAMILY (19) HANAN (5) I.N.F.O. (21) JALAN-JALAN (9) K.A.H.W.I.N. (9) KERJA (2) LAWAK (2) LUAHAN (18) LYRICS (5) M.A.K.A.N. (1) MAKAN (9) NUKILAN (10) OPINIONS (3) P.E.N.G.A.L.A.M.A.N. (15) PREGNANT (11) PRODUK (3) R.E.S.I.P.I. (1) SEDIH (7) TAG (3) TIPS (38)

Followers