Thursday, January 10, 2013

Preview : Inai

Walaupon takde majlis Malam Berinai, tapi aku tetap la nak pakai inai kan. Baru lah ada feeling pengantin baru kan? Tapi aku taknak la hubby aku pon pakai inai gak. Huduh aku rasa bila lelaki tu pakai inai. Dah la inai tu lambat ilang kan? Lagi pon aku pernah terbaca yang hukum lelaki berinai ni haram coz menyerupai perhiasan perempuan. Wallahualam..

Aku guna inai daun je. Makcik aku tolong petik dari umah mertua dia. Pastu blend guna blender kering, campur nasi cket and serbuk teh. Nasi tu supaya dia senang lekat. Tak payah tambah air pon takpe. Kalau nak letak air, buh sikitt je. Aku wat 2  hari sebelum nikah. Tapi inai tak merah la..Mungkin daun inai kot? So gi petik inai kat umah orang lain lak. Kali ni petik dari umah moyang aku. Abah yang tolong petikkan. Malam sebelum nikah aku blend lagi. Kali ni campur dengan gambir. Ala yang biasa orang letak dalam sirih tu. Terima kasih buat adik-adik ku yang rajin tolong pakai kan inai and balut dengan plastik kat tiap jari. Hehe..kalau tak balut, habis bersepah kang katil tu. Aiceh. Alhamdulillah, bila aku bangun esok pagi nye..inai cam oren pekat je..Tapi lama2 dia cam jadi merah cantik je. Tak pekat sangat, tak pudar sangat. So-so..Itu lah khasiat inai daun, warna jadi sekata. Hehe..

Teringin nak ukir2 bunga cket kat tangan kan. Actually mak ayah aku tak bagi coz cam tattoo kan. Tapi aku degil gi wat gak kat pekan. Sebelah tangan rm10. Agak mahal kan? Tapi tu je tempat yang ada. Aku wat design simple2 je pon. Lagi pon inai tiub camni tak tahan lama. 3-4 hari dah hilang...Sekarang bila tengok inai kat jari jemari makin hilang, rasa sayang je..tak puas lagi feeling pengantin baru. Hehehe..


2 comments:

  1. ko blend ke?aku tumbuk.tapi bukan aku yg watlah.pengapit yang tolong buatkan sehari sebelum nikah.mmg pekatlah sampai sekarang.cuma bila potong kuku makin lama tinggal sikit.aku pakai inai yang tiub dkt ibu jari kaki jek.mmg cepat benor ilang.

    ReplyDelete
  2. pelangi chenta : a'ah, blend kering sampai halus..mak aku ajar. hehe..gambar atas ni baru 1st time pakai..yg second time baru nampak merah.

    ReplyDelete

Thank You!! ^_^

Labels

Followers