Tuesday, March 19, 2013

Demam






 Assalamualaikum...

Minggu lepas aku baru baik dari demam. Aku kalau demam, start dengan sakit tekak, selesema, bersin2 dan demam..Pastu batuk lak..Makanya sepanjang masa tu gak aku tak ke dapur. Tak larat..Huk huk..Tau2 je hubby dah siapkan makanan. Dia beli la, bukan masak. Hahaa..

Aku kalau jatuh sakit, memang payah nak makan ubat. Tak suke. Sebab aku memang jenis tak reti makan ubat. Dulu aku time skola, bila demam je, paling2 terer pon aku makan panadol kaler merah yang manis tu. Leh la gigit2..Dah nak habis skola menengah, baru aku reti makan panadol kale putih tu..Hahaa..Sebab pahit kan. Aku kalau makan ubat macam panadol, aku kunyah2 je pastu telan dan minum air. Kalau ubat pahit, nasib lah. Kalau ubat kapsul, aku buka kapsul tu, kuarkan isi dia, kacau2 bagi larut dalam air, pastu minum. Rasa dia? Ko cuba la sendiri kalau nak tau rasa camne. Aku gak takleh makan panadol soluble tu. Alergik. Mau ruam satu badan. Dulu aku taktau, so aku bantai dua biji panadol soluble tu. Sebab senang kan. Terus minum je air tu, tak payah kunyah2 panadol yang pahit tu. Pastu terus muntah2 dan demam makin teruk. Kuar ruam2 merah satu badan. Bila gi klinik, doktor cakap aku alergik ubat. Huuu..

Memandangkan aku tak suka makan ubat, maka berbotol2 air 100plus la aku minum bila demam. Alhamdulillah, baik.Time demam jangan minum air tu sejuk2..Bagi kuar semua gas dia pastu minum camtu je. Seronok bila time sakit ada orang jaga kan.Ada orang kemas rumah..Ada orang siapkan makanan..Ada orang hantar dan amik pegi kerja..Ada orang urutkan bila lenguh..Ada orang picitkan kepala bila pening..Ada orang selimutkan bila tidur..Hahahaa..Nak berjalan dalam umah pon kunun tak larat, minta dukung. Mengade sangat. ;p Padahal time kerja kat ofis ok je..;D

Bila aku dah sembuh, hubby plak berjangkit. Sebelum tu aku dah warning, jangan dekat2 sangat dengan aku, nanti jangkit. Nak kiss pon aku bagi pipi je..Hahaa..Kejam. Now sekarang memang dah berjangkit. Tapi dia degil, suruh makan ubat pon takmau. "takpe, abg kuat..", katanya. Last2 bila tak tahan sangat, dia pegi klinik sendiri. Hehee..Tapi still tamau amik MC, cukuplah amik ubat je katanya. Ok lah, layankan. Apa dia nak, kita cuba tunaikan. Bila tak selera makan, aku wat kan bubur ayam. Licin. Hehee..Gi kerja pon, aku siapkan sapu tangan dengan sebotol air 100plus untuk dia bawa coz asyik selesema je kan. Bagi minum air suam campur madu dan limau nipis untuk legakan sakit tekak dan batuk. Sekarang dah sembuh. Alhamdulillah.

Bila dah berumah tangga ni, kena selalu give and take..Hidup saling bergantung antara satu sama lain. Bila kita susah, dia ada..Bila dia susah, kita ada..;)
 










2 comments:

  1. kes kau sama dgn aku.bab makan kapsul mmg aku akan buka ubat tue then larutkan dalam air.tue pun klu dah terdesak.kalau masih lagi okay..mmg idaklah aku mkn ubat kecuali ubat tue bersaiz kecik yang mudah utk aku telan.

    ReplyDelete
  2. pelangi chenta : wahh...tak sangka ada geng! hehe..yg aku leh telan kalau saiz kecik cam acid folic tu..hehe

    ReplyDelete

Thank You!! ^_^

Labels

Followers