Friday, March 29, 2013

Kek Lapis Sarawak dan Collagen Cappucino




 Assalamualaikum...

Hehe..Sebenarnya tatau nak tulis tajuk pe. So aku wat je la tajuk yang direct to the point. 

Aku nie sebenarnya penggemar kek. Tak kira la ko bagi makan kek apa, aku akan makan je. Rasanya kalau kek kat secret recipe tu semua flavor aku dah rasa. Hehe..So, tetibe terbaca sorang membe aku, si nad (Adeh, nama sama lak ;p)  post kat wall fb dia tentang kek lapis sarawak..Aummm..sedapnye~ Pastu siap uplod gambo lagi..Bertambah tak tahan la aku melihatnya. Kebetulan lak dia duduk Kuching and memang ada jual kek tu, terus je order. Sebuku RM10. Ok la tu kan, untuk aku sorang. Sebab hubby tak gemar kek2 ni..Manis katanya..Dia dah manis, watpe nak makan manis-manis lagi..Aiceh!


Pastu si nad ni pon ada jual kopi kolagen.Harga untuk 3 kotak, RM125..Agak mahal kan? tapi ada trial pek, 4 paket untuk RM10..Aku nak try trial pek dulu. Actually aku ni memang kurang sikit minum minuman 3 in 1 sebab tak elok kan..Tapi sekali sekali boleh la kot nak minum. So order sekali dengan kopi ni termasuk postage sume RM30...Senang berurusan dengan si nad ni. Jap je order dah sampai.

Gambar amik kat google la

Kek tu sedapppp sgt..Akak ipar aku stay kat Sarawak. Nanti dia balik kampung nak kirim la kek lapis banyak-banyak..Boleh tak? Hahaa..Yang aku beli ni perasa kendos kot. Eh, perasa ke perisa? Konfius jap. Hehe..Mula-mula cam pelik la dengar nama tu. Kondos? Apa tu? Pas google baru tau.."ooo..nama dia gini sebab ada letak coklat kecik2 brand kendos tu.."


 
 Haa..ni la coklat kendos

Time budak2 dulu memang suka makan coklat ni..Makan banyak berkeping-keping pon tak cukup. Hehee..Oh, kopi tu pon sedap sangat..Kalau harga dia murah sikit, mesti aku tak ragu-ragu nak beli lagi..Haha! Katanya bagus untuk kesihatan dan kurangkan berat badan..Aik? Aku yang dah sedia kurus ni, kang bertambah kurus lak..Hehee..Kurus kurus pon pas kawen terus naik 2kg kauuu~ ;D Kalau berminat nak order, leh la pergi ke blog dia --> Nadea Ramly




p/s: Cam teringin nak pakai set Miracle Beauty yang orang dok heboh2 sekarang ni..Ok ke eh?











No comments:

Post a Comment

Thank You!! ^_^

Labels

Followers