Wednesday, November 12, 2014

Makin Manja


Assalamualaikum..

Masih cerita berkisar tentang anak..Maklum lah anak sulung kan, macam-macam pengalaman baru la bila dah jadi seorang ibu ni kan..Umur hanan dah 6 bulan lebih. Makin bertambah akal nya, dan makin bertambah juga lah manja nya. Memandangkan hanan lebih banyak berkepit dengan aku, tidur pon kat ketiak aku, hahaa..Maka dia manja lebih dengan aku berbanding ayah nya.

Amboi sekarang, bila dah kenal orang ni kan..Kalau aku tengah dukung dia, orang lain ambil, terkebil-kebil dia pandang orang tu, pastu melalak..uwaaa...Kalau ayah dia pegang ok je pulak. Pernah one day, kitaorang pergi makan stemboat kat picc dan ada seorang akak tu duk agah-agah hanan, suka la dia ketawa mengekek, pastu akak tu dukung la hanan kejap je, terus melalak..cet.

 

Bila kat rumah lagi lah, pantang nampak kelibat aku, nak suruh teman dia..Kadang dah duduk sebelah dia pon still merengek, nak suruh dukung or pangku dia je, alahai, manja nya anak ummi nih...Kalau kejap-kejap boleh la, kalau tiap masa camtu, 24 jam, camne ummi nak wat kerja lain..Kalau ada hubby, terselamat lah aku coz hubby leh temankan hanan sementara aku nak masak ke, kemas rumah ke, buat kerja lain ke, janji jangan lalu depan dia, kalau tak start la merengek..Bila aku berseorangan, nak taknak time memasak pon sambil dukung dia, kalau letak kat baby rocker tu kejap je, pastu melalak bila dah bosan. Hanan ni dah la takut blender, bila bunyi blender je, automatik badan dia meronta macam kena karen, hahahaa..Kadang-kadang kalau dah terpaksa sangat macam nak mandi ke, nak pergi toilet ke, nak solat ke, aku terpaksa biar gak dia menangis camtu. Hanan ni jenis menangis takde nak slow-slow nye, terus menjerit kuat macam kena apa. Orang yang tak biasa dengar mesti terkejut tengok apasal la anak aku terjerit-jerit ni. Kadang-kadang sampai serak suara. Tapi kalau nak solat, hampar toto dan letak la sebelah kita, merengek jap je pastu diam la dia main-main sendiri sebab dia tau kita dekat dengan dia kot. Kadang-kadang pasang video kat enpon, dia khayal la jap, ikut mood dia dah bosan, teriak gak..huhu

Sekarang hubby pon dah banyak luangkan masa dengan hanan. Tiap pagi sebelum hantar ke pengasuh, husband la yang tukarkan pampers hanan sementara aku siapkan bekal untuk hanan. Bila weekend, kadang-kadang hubby la yang mandikan hanan, tukar pampers, suapkan makanan sume, sebab nak tighten bond antara ayah dan anak, dan supaya hanan tak la manja dengan aku seorang je, tapi dengan mak ayah nya gak, baru lah adil. haha..

 

Kadang-kadang menjaga anak ni memang meletihkan, tidur kejap-kejap terganggu, bila anak meragam dan kita taktau apa yang dia nak, kadang-kadang aku diamkan je..Hubby faham la tu, aku macam dah fed-up, terus dia ambil hanan dari aku dan berbual-bual dengan hanan,  

"hanan noty ye..nape melalak je..tengok muka ummi dah jadi ketat tu" 

"hanan nak apa...kalau taknak bagitau ummi, meh bagitau ayah..apa? nak adik??" 

dan macam-macam lagi la dia bebel macam la si hanan tu boleh faham (tapi kot dia memang faham, mana la tau kan..hihi) sampai aku yang muka dah ketat tadi jadi tergelak-gelak lak. Hehe..alhamdulillah, syukur sangat dikurniakan suami yang memahami dan rajin memujuk, aku ni dah la jenis cepat terasa, serius hubby memang orang yang pandai sangat memujuk, even aku terdiam ke, tak senyum ke, terus dia pujuk-pujuk sampai la mood aku datang balik..hihi..Tapi aku jenis kalau orang merajuk aku takut nak tegur dan tak reti pujuk, so biar je la sampai mood dah ok baru konon-konon tanya pasal tu la, pasal ni la...hahaa!


Eh, entah apa aku bebel ni. Daaa ;p




4 comments:

  1. makin besar makin byk akal, dan makin bertambah manjanya.. larat dengan tak larat je lah nak layan keletah dia t.. :)

    ReplyDelete
  2. masa dia membesar ni lah masa yg indah... kalau lah dia tak manja tak menangis... resah jugak kita kan... ibu bapa sentiasa ada rasa ingin diperlukan oleh anak2nya...

    ReplyDelete
  3. Cik Sal : kadang2 tgh malam dia terbangun ajak kita main, kalau kita pejam mata nak tidur and tak layan, dia tepuk2 muka kita suh bangun..aduhai ;p

    ReplyDelete

Thank You!! ^_^

Labels

Followers