Friday, March 4, 2011

Penceraian Berlaku Setiap 15 Minit Di Malaysia!

PUTRAJAYA: Amat mengejutkan apabila kadar penceraian di kalangan pasangan suami isteri di negara ini berlaku dalam tempoh setiap 15 minit, kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Mashitah Ibrahim.

Mashitah berkata, beliau tidak menafikan ada peningkatan kes penceraian di negara ini setiap tahun, malah statistik pada 2009 menunjukkan setiap perkahwinan yang didaftarkan setiap hari pasti akan ada perceraian yang berlaku.

Beliau berkata, ada banyak faktor yang menyumbang ke arah penceraian pasangan suami isteri, antaranya suami atau isteri yang mengabaikan tanggungjawab dan tidak menjaga solat.

“Kita tidak dapat menafikan kelalaian menjaga solat menjadi punca kepada suami isteri mengabaikan tanggungjawab lain.

“Kalau tanggungjawab kepada Allah yang secara istiqamah (tetap) patut dilaksanakan lima kali sehari tidak dapat dilakukan, sudah tentu kita dapat membayangkan sukar untuk melaksanakan peranan mereka sebagai suami dan isteri,” katanya ketika ditemui selepas menghadiri seminar sempena Maulidur Rasul bertajuk Bagaikan
Cinta Khadijah di Hati Rasulullah s.a.w, di sini, semalam.

Hadir sama, Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Datuk Wan Mohamad Sheikh Abd Aziz.


Lebih 1,200 peserta dari pelbagai kementerian menghadiri seminar, termasuk pakar motivasi terkenal tanah air, Datuk Dr Fadhilah Kamsah dan pendakwah, Datuk Dr Fatma Az Zahra.

Mashitah berkata, sehubungan itu pihaknya mempelbagaikan usaha dengan memperbanyakkan program ke arah memantapkan keluarga terutama kepada suami isteri ketika melayari rumah tangga.

“Selain itu, kita meningkatkan usaha dengan memberi pelbagai maklumat untuk memperkasakan lagi peranan suami isteri,” katanya.

Risau nye bila terbaca berita camni kan..Perkahwinan bukan lah perkara yang boleh dibuat main-main..Sebelum mendirikan rumahtangga, fahami terlebih dahulu apa tujuan untuk kita berumahtangga. Memangla jodoh pertemuan di tangan Tuhan, tapi kita sebagai manusia yang dikurniakan akal yang waras tau untuk berfikir mana yang baik, mana yang buruk.


Time nak kawen, berpuluh ribu habis, then rumahtangga yang dibina tak mampu bertahan lama, amat menyedihkan. Semoga kita semua terhidar dari perkara-perkara yang tidak diingini. Aminn..

No comments:

Post a Comment

Thank You!! ^_^

Labels

AGAMA (52) AWARD (2) BEBELAN KU (87) BERITA (6) CERITA (41) CINTA (13) COhttp://www.blogger.com/img/blank.gifNTEST (1) CONTEST (8) DIRIKU (33) DIY (8) EVENT (14) FAMILY (19) HANAN (5) I.N.F.O. (21) JALAN-JALAN (9) K.A.H.W.I.N. (9) KERJA (2) LAWAK (2) LUAHAN (18) LYRICS (5) M.A.K.A.N. (1) MAKAN (9) NUKILAN (10) OPINIONS (3) P.E.N.G.A.L.A.M.A.N. (15) PREGNANT (11) PRODUK (3) R.E.S.I.P.I. (1) SEDIH (7) TAG (3) TIPS (38)

Followers