Sunday, January 20, 2013

Trip to Langkawi : Day 1

Assalamualaikum...

Kali ni entry berkisar pasal honeymoon lak..Actually dah pegi pre-honeymoon kat Melaka sebelum bertolak ke langkawi. Tapi yang tu kira cam reunion hubby dengan geng2 kerja dia and kami pergi berenam..Tu aku cite next entry eh.

Sepanjang 27 tahun hidup kat dunia (eh, kantoi umo) ni baru first time aku menjejakkan kaki ke Langkawi..Aduh, kasihan kan? Orang lain dah pergi berkali-kali termasuk lah hubby aku..Trip adalah selama 4 hari 4 malam..kejap je..kalau dapat seminggu kan best. Amboih! Kami bertolak dengan menaiki bas dari Kajang hingga ke Alor Setar. Maklumlah nak merasa naik ferry dari jetty, kena lah naik bas. Kalau naik flight, terus je sampai ke pulau, tak merasa nak naik ferry. Lagipun hubby rindu nak naik bas, dah biasa sangat drive katanya. Kita layankan je..Tiket pon murah RM40 seorang. Kami bergerak jumaat malam dan sampai ke bus stand sabtu pagi awal subuh. Pas solat subuh, naik teksi ke jeti dengan bayaran RM20 untuk satu kereta. Aku bagitau harga siap-siap, kot2 sape2 ada plan nak gi langkawi pasni, leh wat rujukan..hehe..Feri pertama bertolak kul7 kot. Tapi kami amik yang kul8 pagi coz nak pegi bekfast dulu. Tiket feri ialah RM23 seorang.

dalam bas...

brekfast kat mamak sambil menunggu feri tiba

dalam feri..ramai org nak gi langkawi gak..weekend katanya~
Perjalanan dari jeti Kuala Kedah ke Langkawi mengambil masa lebih kurang 2 jam..Lama kan? Sampai tertido2 dalam tu, tapi tak sampai2 gak..Hehe..Takpela, bukan selalu..Lagi pon dalam feri sejuk berecon, tu yang sedap tido..Tak pon cuci mata pandang laut dengan ombak2 yang bergelora. Sampai ke langkawi dalam kul10 pagi, terus menuju ke luar jeti. Abg Nan yang usahakan perkhidmatan kereta sewa dah tunggu kat situ. Senang berurusan dengan abg nan ni. Kita banyak songeh pon dia layankan je. Lagipun leh tawar menawar harga kereta. Kalau nak no. dia, ni dia 019-4424309. Mula-mula kitaorang sewa kereta kancil je. RM50 sehari. tapi tak tahan ohh..panas...Terus kol balik abg nan untuk tukar kereta. Kat langkawi, Sabtu kan kira weekend, so tak banyak kereta yang ada. Syukurlah dapat gak tukar dengan Myvi. Abg nan kenakan sewa RM270 untuk 4 hari sampai ke hari Selasa termasuk la caj transport hantar kitaorang balik ke Airport nanti. Ok la tu kan. Selesa and berbaloi-baloi.


Dah dapat kereta, kitaorang pusing-pusing dulu. Nasib la bawa GPS dari rumah, so nak cari jalan tu bukan masalah. Nak check in hotel awal lagi coz bleh check in pukul3. So kitaorang terus menuju ke destinasi pertama iaitu Kompleks Kraftangan. Besar bangunan ni and ada Muzium Warisan pon terletak dalam ni. Banyak kraftangan dijual termasuk la dari batik, lukisan dan sebagainya. Kitaorang tak beli apa pon coz macam agak mahal. Pelancong warga asing suka la beli. 


langkawi craft complex


Then pergi lunch and check in hotel. Kami stay di hotel yang terletak kat bandar Kuah tapi tepi laut. De Baron Resort. Senang nak shopping barang2 nanti coz dekat je dengan bandar. Jalan kaki pon boleh. Kalau nak pergi Rams pon jalan kaki je turun hotel. Untuk pengetahuan, penginapan kami selama di Langkawi di ditaja termasuk lah dengan duit poket sekali. Alhamdulillah..Murah rezeki pengantin baru. Mula-mula tu, aku dapat baucer penginapan kat Mutiara Hotel, tapi time nak pergi tu boleh pulak hotel tu tengah renovate and tutup buat sementara waktu. Nasib baik lah baucer tu ditukar dengan tajaan penginapan lain lak. Pastu terpulang kepada kita nak stay hotel mana. Hehee..Aku stay hotel De Baron ni untuk semalam je coz esoknye kitaorang gi check in tempat lain lak yang berdekatan pantai. Dah puas shopping, kena la romantik2 kat tei pantai lak..Kata honeymoon~ Hahaa!



Petangnye gi belakang hotel untuk dinner dan melayan sunset. Tapi tak sunset sangat lah coz time kitaorang turun, matahari dah hampir terbenam keseluruhannya. Best duk hotel ni. Lengkap dengan fasiliti. Terletak lak kat tepi laut, pastu ada gak cam taman tema air kecik untuk korang mandi-manda and taman yang dipenuhi kehijauan dengan bunga-bunga dan pokok-pokok. 

bangunan belakang tu, hotel tempat kami menginap
Sebab nye jalan berdua je kan, maka nak amik gambar pon bergilir-gilir..kalau tak, kena aim la kat tong sampah ke, meja ke, kerusi ke, pape yang leh letak kamera tu and set timer. Tak pon minta tolong sape2 yang berdekatan kitaorang untuk amik kan gambar. hehee

candle light dinner kununnye..wakaka~

menu


Makanan dia pon sedap and sambil2 makan leh layan tengok laut. Perhh..Memang asyik. Terasa angin menampar-nampar pipi..Hehee...Habis dah cerita hari pertama, sok aku sambung cite hari kedua lak.







2 comments:

  1. aku pun 27thn nie baru 1st time pergi langkawi.tapi disebabkan dua2 masih belum jejak kaki dekat sana so excited sikit.

    ReplyDelete
  2. pelangi chenta : teringin pegi cameron lak sebab blom pnh sampai. huhu..

    ReplyDelete

Thank You!! ^_^

Labels

AGAMA (52) AWARD (2) BEBELAN KU (87) BERITA (6) CERITA (41) CINTA (13) COhttp://www.blogger.com/img/blank.gifNTEST (1) CONTEST (8) DIRIKU (33) DIY (8) EVENT (14) FAMILY (19) HANAN (5) I.N.F.O. (21) JALAN-JALAN (9) K.A.H.W.I.N. (9) KERJA (2) LAWAK (2) LUAHAN (18) LYRICS (5) M.A.K.A.N. (1) MAKAN (9) NUKILAN (10) OPINIONS (3) P.E.N.G.A.L.A.M.A.N. (15) PREGNANT (11) PRODUK (3) R.E.S.I.P.I. (1) SEDIH (7) TAG (3) TIPS (38)

Followers