Tuesday, January 22, 2013

Trip to Langkawi : Day 2

pemandangan dari tingkap bilik hotel De Baron
13.01.2013

Assalamualaikum..

Kali ni nak bercerita tentang hari kedua plak ketika trip honeymoon kami ke Langkawi..Kot - kot la dah tua sok lupa, leh baca balik kat blog, pengalaman-pengalaman manis camni..ekeke~

Pagi nye lepas breakfast, kami terus check out dari hotel De Baron Resort. Destinasi seterusnye ke cable car! Kena pergi waktu pagi kalau nak elak beratur panjang. Walaupon hari Ahad bukan lah hari minggu di sini, tapi tourist sentiasa ramai. Lagipun waktu pagi kan cuaca sejukkk lagi. So, alhamdulillah, terus je dapat tiket. Oh ya, kalau nak beli mana-mana tiket, jangan lupa siapkan IC korang awal2 kalau nak dapat special price for Malaysia citizen. Kalau korang pergi 4 orang, keempat-empat IC la orang kat kaunter tu nak cek. Kalau tak, kena la bayar harga tiket mahal cket. Jangan dah depan kaunter, baru gelabah nak kutip IC sorang2..Kesian orang yang beratur belakang korang nanti nak tunggu lama.

Dah sampai puncak..Nampak cuaca cam redup, tapi panas ya ampunn~
Subhanallah..Maha suci Allah...Pemandangan kat atas ni cantik sangat-sangat...Hati tak henti-henti memuji kebesaran Allah and terima kasih sangat coz diberi peluang untuk menatap ciptaan Ilahi yang sangat indah ni..oh, terharuuu..T_T Rasa tamau turun pon ade..hehe..

    
cable car


naik kete kuda~
Bila dah turun dari cable  car, kitaorang round2 kat bawah tu..Ada banyak kedai-kedai jual cenderahati, pertunjukan ular, taman Korea, kereta kuda dan sebagainya. Kereta kuda tu bawa pusing-pusing keliling tu je..Bayar RM5 seorang. Tapi taktau lah kalau hari weekend kan, kot lagi mahal ke. Ok la gak coz nak merasa je. Hehee..

Mali Perdana Resort

Pastu kitaorang gi Pantai Cenang lak. Check in kat hotel seterusnya iaitu Mali Perdana Resort. Syookkkk sangat coz tempat kitaorang menginap betul-betul kat tepi Pantai. Means, turun challet on terus jejak pasir and leh berjalan terus ke pantai..Kalau tengok gambar atas tu, berjalan sampai ke hujung bangunan tu, terus jumpa pantai. Time tido malam pon leh dengar bunyi ombak kuat menghempas pantai. Lepas check in, kitaorang kuar balik berjalan-jalan sekitar pekan Pantai Cenang. Kawasan pantai kat sini "hidup". Means, banyak kedai-kedai, bangunan, chalet, hotel, restoren didirikan sepanjang jalan tepi pantai. So korang nak overnight pon still banyak kedai buka and masih ramai orang berjalan-jalan. aku rasa cam tengah berjalan kat oversea pon ada coz penuh dengan tourist and foreigner je. Hehee..Seterusnya, kami singgah di Underwater World Langkawi lak. Berjalan kaki je dari challet ke sini. tiket untuk seorang ialah RM28. Macam biasa, kena siapkan IC untuk dua orang. Agak mahal bagi aku coz datang nak tengok ikan je kot. Cam ko jalan-jalan kat Akuaria KLCC tu la. Tapi takpe, bukan selalu kan. Kalau nak berkira sangat, duk challet diam-diam sudey~ Hehee..

comel la awak! kikiki
Ok la gak coz tempat dia luas and banyak hidupan laut dan ikan-ikan yang korang leh tengok..Pinguin, ikan jerung semua ada..Anjing laut pon ada..Comel sangat. Pastu ada gak taman dalam ni. Sesuai la untuk menggedik amik gambar. Kikikiki~



   
bergambar depan bangunan Underwater World Langkawi


 
i love u!! ^_^

Balik nye kami berjalan kaki ke pantai lak...Nak tengok sunset lagik..Subhanallah..Cantik sungguh! Terpesona dengan suasana camni..Dengan angin sepoi-sepoi bahasa, langit yang berbagai warna, macam kat lukisan kanvas pon ada..Takleh nak mandi coz dah lewat sangat, kang kena tangkap dengan hantu laut lak..kikiki~ Aku sambung Day 3 di Langkawi untuk entry seterusnya.






2 comments:

Thank You!! ^_^

Labels

AGAMA (52) AWARD (2) BEBELAN KU (87) BERITA (6) CERITA (41) CINTA (13) COhttp://www.blogger.com/img/blank.gifNTEST (1) CONTEST (8) DIRIKU (33) DIY (8) EVENT (14) FAMILY (19) HANAN (5) I.N.F.O. (21) JALAN-JALAN (9) K.A.H.W.I.N. (9) KERJA (2) LAWAK (2) LUAHAN (18) LYRICS (5) M.A.K.A.N. (1) MAKAN (9) NUKILAN (10) OPINIONS (3) P.E.N.G.A.L.A.M.A.N. (15) PREGNANT (11) PRODUK (3) R.E.S.I.P.I. (1) SEDIH (7) TAG (3) TIPS (38)

Followers