Wednesday, January 23, 2013

Trip to Langkawi : Day 3


14.01.2013

Assalamualaikum..

Pagi ni bangun agak terlewat coz malam tadi tido lewat teman hubby layan game bola kat kedai makan depan challet kitaorang. Game Man Utd katanya..wajib lah tak miss. Game team lain leh lagi, kalau man utd No No No..Time bercinta dulu, kalau time berdating ada game man utd..Separuh masa tu habis kat kedai makan je la layan bola. Bersuamikan peminat bola, hadiah pon dapat jersey bola. Kalau kat umah tu, 24 jam kalau boleh hubby nak pasang channel sport je. tak pernah bosan tengok bola. Even bola dah habis pon, tak kisah la tennis ke, lumba lari ke, janji channel sport. Hehe..Layankan je.. Nasib la aku bukan kaki tv. Eh, termelalut cite lain lak kan. sori..sori..

Pagi ni aktiviti kami adalah Island Hopping!! Yes! Yes! Suka sangat dapat meredah pulau-pulau..Tips untuk korang eh.Kalau gi langkawi, make sure survey dulu betul-betul harga kete sewa, harga island hopping, harga challet or hotel. Coz at the end, korang dapat jimat banyak. Jangan main beli je mana orang offer. Cam kitaorang, masa tibe kat jetty Kuala Kedah, kat situ banyak travel agent offer macam-macam kan. Pakej siap penginapan and aktiviti pon ada. Pakej island hopping dari harga RM45..RM40..Tapi kitaorang tak berminat pon. Bila berjalan-jalan kat Pantai Cenang, jumpa yang offer RM25, pe lagi? Rasanya tu yang paling murah dah. Terus booking.Untuk trip Island Hopping ni, derang akan ambil korang kat hotel or challet masing-masing menaiki van ke tepi pantai, then korang akan naik bot merentasi 3 pulau. Pulau pertama ialah Tasik Dayang Bunting.

dalam bot..

Laut nan membiru...

Dayang Bunting Marble..

Pulau Dayang Bunting

Oh, kalau naik bot nanti, duduk seat depan sekali tau. Baru lah feel cam korang berdua je dalam bot tu sebab pemandangan kiri kanan dan depan takde orang lain, terus je nampak laut..Tapi pandang belakang, ada la orang lain..hehee..Cantik sangat pulau ni..Tapi make sure datang sini hati-hati cket dengan monyet yang berkeliaran. Korang bawa air mineral pon derang akan rampas tau. Biasa terjadi dah adegan jerit-menjerit coz makanan kena rampas dengan monyet. Nasib baik la aku bawa beg siap-siap coz kalau letak dalam plastik pon monyet-monyet tu nak amik gak.

Penghuni lain di pulau ini..

kayuh dan kayuh...

Masa diperuntukkan untuk trip ke satu pulau hanya lah satu jam. So kalau sempat nak mandi, korang mandi lah. Kalau tak sempat, just lepak-lepak or jalankan aktiviti lain yang disediakan kat situ. Kitaorang men yang kayuh-kayuh tu. Pe nama dia ntah dah lupa. RM20 untuk 30 minit sorang termasuk sewa jaket keselamatan tu. Ada yang murah cket, tapi kena manual kayuh sendiri. Yang ni mahal cket coz guna tenaga solar. So kalau dah penat kayuh, benda ni leh gerak sendiri, haa gitu.Air mineral kat sini RM3..Mahal gak..Tapi sebab nak guna botol tu kan. Nak isi air tasik dayang bunting. Ada kawan hubby kirim. Orang kata air tasik ni elok la untuk diminum bagi mereka yang berkeinginan untuk menimang cahaya mata. Baca selawat banyak2 dan minum. Kita taktau khasiat atau rahsia yang tersimpan dalam air tu kan, just berusaha, selebihnya tawakal kepada Allah...


Seterusnya, kami dibawa ke tempat Eagle Feeding. Kat sini la tempat berkumpul burung helang...Besar-besar kau..Laju je terbang then menyambar ikan dalam laut. Kan helang jadi mercu tanda Langkawi, maybe sebab burung ni memang banyak terdapat kat sini.

Then, perjalanan diteruskan ke pulau terakhir iaitu Pulau Beras Basah..Tatau la nape nama dia gitu coz aku tengok takde pon beras kat pesisir pantai. Hehe..Tapi beware la kalau gi sini coz takde toilet! Adeii..Camne la kat tempat awam pon takde toilet disediakan. Kat situ aku tengok ada banyak challet, tapi kawasan persendirian lak. Siap berpagar bagai. Maybe orang kaya beli kawasan tu kot, untuk derang bercuti. Wallahualam. Kitaorang tak mandi. tak puas lah nak mandi kalau check point cepat2...Just menikmati keindahan alam..Pasir dia putih bersih, halusss~ Laut pon membiru..Memang jiwa tenang je tak pikir pe masalah or hal kerja kat opis. Orang pon takkan boleh nak kol or sms coz enpon takde line. Kikikii~



panas wehh~ tebako kulit

 kami...^_^

 LOVE
Subhanallah..Cantiknye...


Dah penat berisland hopping, petangnya lepak kat bilik...Still dapat sun burn gak even dah sapu tangan and muka dengan sun block sebelum pergi tadi. Maklumlah kulit dah la tak bape putih, nak berjemur la plak. Langkawi panas oh!! Terik!! Nasihat aku, antara barang penting korang kena bawa kalau berkunjung ke sini ialah sun block, GPS, spek itam (ray-ban) and topi. Topi tu optional lah. Sepanjang jalan nampak orang jual topi and hati meronta-ronta nak beli tapi sabarkan hati..Jangan membazir, dah balik semenanjung nanti bukan guna ponnn~ Phew..


Pas solat asar, kiraorang pergi makan laksa tepi pantai. Sedap sangat..Dua kali aku pergi makan kat sini. Hehee..Pastu pekena cendol pulut. slurrppp...ngan rojak buah. Dengan angin kuat lagi...Layan betul. Kedai ni dekat dengan airport..depan mata pandang laut, kalau toleh belakang nampak la airport atau kapal terbang lalu..Tiap kali ada kapal terbang lalu je, hubby cakap "haa..tu flight kita balik nanti.." kalau semua pon flight kita, bape kali sebenarnya kita balik ni syg? hehee...

Laksa Pulau

Sedapppp~ slurpp..slurrppp..

dah kenyang, kita jalan-jalan tengok laut lak.
Pastu kitaorang gi Pemandangan Indah...Mula-mula aku pon cam tertanya-tanya gak amende tempat nama gitu? Indah sangat ke? Then hubby ajak pegi. Rupanya dia cam puncak bukit la..Dari atas tu korang leh tengok suasana langkawi and pemandangan airport. Tapi pegi petang-petang gini panas, rasa cam matahari duk bertenggek atas kepala. Huhuu..Pe pon, yang penting kita amik gambo dulu ;p

Pemandangan Indah

Pastu kami pergi Rams. Salah satu tempat yang wajib pergi. Boleh katakan hampir tiap hari sepanjang kitaorang kat Langkawi, kitorang berkunjung ke kedai ni. Survey-survey barang pe nak beli. Last day nanti baru lah beli..Cari gak tshirt-tshirt and fringe magnet. Cenderahati wajib yang kitaorang akan beli bila berkunjung ke mana-mana.

 


Kedai Hj Ismail ok gak. Tapi tak la sebesar Rams. Banyak pilihan. Apa yang aku aim nak beli pon ada..Nak tau pe dia..Pemanggang Ajaib..!


Murah hoi...Masa aku pergi time hari pertama di Langkawi, ada banyaakkk lagi..Aku pegi lagi hari ni dah tinggal satu! Ada gak la yang saiz kecik, tapi takmola..Nak yang besar gini, baru puas..Ada gak brand lain cam Vintage, tapi mahal la..Kualiti sama je pon..Nak tau berapa harga yang ni?? RM69..Tapi sebab dah last kan, cashier bagi diskaun lagi..RM60!! Oh my God..*sujud syukur* Memang time tu hepi sangat..Mulut tak henti-henti bebel kat hubby sampai la keesokkan harinye.."Murah kan kita beli pan ni..urah kan..Murahkan..?" Hubby senyum jek. Hehee..Pastu segala coklat dan souvenir lain pon kita orang borong sekali. Dalam hati dah cuak, muat ke bag nanti..Takpe, malam karang kita pack siap-siap..






3 comments:

  1. untung dapat pergi..aku tasik dayang bunting jek yang xdapat pergi coz kesuntukan masa

    ReplyDelete
  2. pelangi chenta : takpe..yang penting dpt gi honeymoon kan..;)

    ReplyDelete
  3. lady d'yot:aah.lepas nie nak plan utk babymoon pulak.huhuhu.aku pergi 3hari 2mlm memang terkejar-kejarlah nak ke semua tempat

    ReplyDelete

Thank You!! ^_^

Labels

AGAMA (52) AWARD (2) BEBELAN KU (87) BERITA (6) CERITA (41) CINTA (13) COhttp://www.blogger.com/img/blank.gifNTEST (1) CONTEST (8) DIRIKU (33) DIY (8) EVENT (14) FAMILY (19) HANAN (5) I.N.F.O. (21) JALAN-JALAN (9) K.A.H.W.I.N. (9) KERJA (2) LAWAK (2) LUAHAN (18) LYRICS (5) M.A.K.A.N. (1) MAKAN (9) NUKILAN (10) OPINIONS (3) P.E.N.G.A.L.A.M.A.N. (15) PREGNANT (11) PRODUK (3) R.E.S.I.P.I. (1) SEDIH (7) TAG (3) TIPS (38)

Followers