Tuesday, March 26, 2013

Sijil Nikah

Alhamdulillah..

Setelah menunggu hampir 3 bulan, siap gak sijil nikah aku. Yeyy!! Ingatkan sijil nikah tu sekeping je, rupanya berkeping2 dan banyak muka surat..Kalau dah gini ghopenye, memang takleh la nak simpan kat wallet. Besar gedabak! Nak lipat2, sayang lak.

Time korang nak collect sijil nikah tu, jangan lupa bawa sekali sijil nikah sementara. Bila dah dapat sijil tu, check betul2 setiap maklumat yang tercatat dalam sijil tu. Jangan jadi cam aku punye, banyak spelling error. No. IC aku pon salah! jumlah wang hantaran, umur saksi, nama saksi pon salah..Mungkin time buat tu agaknya staf tu tengah mengantuk kot. Hehe..Takpela, human error. Yang penting, bleh betulkan balik.

Then, time amik sijil tu dia akan bagi sekali form untuk apply Kad Nikah Pintar. Isi form tu, dan sediakan perkara2 berikut, terus submit hari yang sama :

1. Copy IC suami dan isteri
2. Dua keping gambar isteri (wajib bertudung) dan suami (wajib bersongkok)
3. Borang permohonan
4. Buat bayaran RM50
5. Salinan sijil nikah asal

ni la borang nak kena isi tu..sekeping je..pastu kena tandatangan suami dan isteri

Masa hantar tu, hubby tanya kat staff yang kat kaunter tu

hubby : bila siap ye puan?
staff    : dalam 3 - 4 bulan
hubby : haa..??
staff    : Atau pon tunggu kitaorang call untuk datang collect.

aku yang dengar pon terkejut. Awat lama sangat?? Bukan benda tu sume pakai komputer je? Adeii..tunggu sijil nikah dekat 3 bulan..Tunggu kad nikah dekat 4 bulan..Terpaksa la mengusung sijil nikah original yang besar gedabak ni kesana kemari..Sabar...Sabar..

3 comments:

  1. bestnya dah siap.aku punya entah bila lah.weiii nak tunggu kad pintar tue lama nya.mau anak aku dah lahir kot baru aku blh ambik kad tue

    ReplyDelete
  2. pelangi chenta : tarikh nikah ko tak jauh beza dgn aku. Cer kol? kot2 dah siap..yang kad tu memang takleh wat apa la, terpaksa gak tunggu..huhu

    ReplyDelete
  3. ok.aku call balik nanti.diaorg janji hujung bulan nie siap

    ReplyDelete

Thank You!! ^_^

Labels

AGAMA (52) AWARD (2) BEBELAN KU (87) BERITA (6) CERITA (41) CINTA (13) COhttp://www.blogger.com/img/blank.gifNTEST (1) CONTEST (8) DIRIKU (33) DIY (8) EVENT (14) FAMILY (19) HANAN (5) I.N.F.O. (21) JALAN-JALAN (9) K.A.H.W.I.N. (9) KERJA (2) LAWAK (2) LUAHAN (18) LYRICS (5) M.A.K.A.N. (1) MAKAN (9) NUKILAN (10) OPINIONS (3) P.E.N.G.A.L.A.M.A.N. (15) PREGNANT (11) PRODUK (3) R.E.S.I.P.I. (1) SEDIH (7) TAG (3) TIPS (38)

Followers