Friday, November 26, 2010

Mimpi.

Kita hanya boleh bertemu mimpi bila kita tido. ..Tapi leh gak bertemu ngan mimpi time kita berjaga. Camne tu? Tu yang dikatakan mimpi di siang hari. Berangan lebey la tu..!;p


Ada orang cakap, mimpi selalunya terbalik. Ada gak yang cakap mimpi mainan tidur. Ada yang cakap setiap mimpi tu ada firasatnya. Tapi camne hal nya kalau kita tak ingat apa yang kita mimpikan time tidur? Hehehee..Aku selalu gak gitu. Lagi-lagi bila tidur dah lena kan..Tau-tau je dah pagi, pastu tak ingatlah mimpi pe..Orang tua2 kata, salah satu cara nak menajamkan ingatan ialah dengan cuba mengingat kembali apa yang kita mimpikan time tidur. Camne nak wat? Lepas je ko celik mata bangun tidur, kerah otak ko untuk ingat kembali pe yang ko mimpi time tidur tadi..Cuba lah!


Ada orang kata, kalau kita mimpi orang tu meninggal dunia, maksudnya umur orang tu panjang...Kalau kita mimpi panjat bukit or gunung, maksudnya kita bakal memperoleh kejayaan dalam apa yang diusahakan...Ada gak orang cakap, kalau mimpi kena belit ular tu maksudnya ada orang nak masuk meminang. Jangan silap! Aku pernah dengar ustaz cakap, kalau kita bermimpi rumah kita atau diri kita didatangi binatang buas seperti ular ke, kala jengking ke, dan yang sewaktu dengannya, tu petanda ada orang dengki or busuk hati ngan kita..and mungkin orang tu berniat tak baik dengan kita. So, berwaspadalah!


Kalau nak tau lebih lanjut tentang tafsiran mimpi, gi la tanya encik google. Apa yang penting, sebelum tido jangan lupa amik air sembahyang..Basuh kaki je tak cukup. Dan jangan lupa baca doa masuk tidur. Barulah leh mimpi indah...InsyaAllah~



p/s: Habit aku sebelum tido, mesti nak pakai stokin..Huhuu...



1 comment:

  1. sama ar, akak pun pakai stokin. umm slalu penyakit masuk kat kaki nak nak sbb angin...ahaahah dan akak paling takot sbb duk terpengaruh ngn cite antu yg isap jari...sbb tu akak slalu pakai stokin masa tido...

    ReplyDelete

Thank You!! ^_^

Labels

Followers