Tuesday, March 8, 2011

Apabila Bersahabat.

Apabila bersahabat, kita dan sahabat harus mempunyai tanggungjawab dan harapannya sendiri. Antaranya ialah :-

1. Ketahanan bergurau senda
-Di dalam bersahabat, kadang2 adat bergurau itu terlebih usik. Jadi pastikan kita dan sahabat saling boleh menerima gurauan. Oleh itu berfikir dahulu sebelum ianya berlaku. Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata dan perbuatan buruk padahnya. Kadangkala kita anggap perkara itu kecil, tapi berbeza dengan sahabat kita yang mungkin tidak dapat menerimanya.

2. Jangan terlalu celupar atau mengkritik
-Jika ingin menjadi sahabat yang baik, janganlah terlalu celupar atau suka mengkritik kerana kita sendiri tidak semestinya bagus dan betul.

3. Jangan terlalu mengambil tahu hal peribadi
-Adalah menjadi adab kita, tidak terlalu mengambil tahu hal peribadi org terdekat dengan sahabat kita seperti tunang, isteri/suaminya atau kaum keluarganya. Kadangkala sahabat kita berasa tidak selesa apabila kita cuba mengambil tahu hal hidupnya kerana kita bersahabat dengan dirinya bukan dengan orang lain yang berkaitan dengan hidupnya.

4. Jangan bertanya perkara sensitif
-Perkara2 sensitif seperti gaji, kenaikan pangkat & hutangnya usahlah ditanya. Ia akan menyebabkan sahabat kita berasa rendah diri.

5. Pandai menyimpan rahsia
-Sebagai seorang sahabat, kita haruslah pandai menyimpan rahsia sahabat kita terutama hal peribadi seperti rumahtangga atau hubungan suami isteri sahabat.

6. Terima kekurangan & keburukan sahabat seadanya
-Cuba lihat nilai positifnya dan lihat diri sendiri. Sebenarnya diri kita tidak tentunya baik. Tiada manusia yang sempurna. Mungkin ada perangai nya yang sangat kita sukai tapi pasti ada juga perangai nya yang lain yang sangat kita benci. Cuba bertolak ansur dan terima sahabat seadanya sebagaimana dia menerima kita seadanya.

7. Jangan membuat muka berlagak dan sombong.
-Jangan sesekali membuat muka berlagak dan sombong atau menghentak-hentakkan kaki dan barang bila kita membuat kesalahan supaya kesalahan itu dapat menutup kesalahan kita.

8. Bijak menyesuaikan tutur kata dengan emosi sahabat
-Jangan sesekali kita bercakap mengikut sedap mulut tanpa memikir perasaan sahabat kita dan kesannya kepada sahabat kita. Ia akan membuatkan sahabat kita berkecil hati dan akan bermulalah bibit2 kerenggangan hubungan persahabatan.


9. Berita baik atau berita sedih sahabat
-Berita baik atau berita sedih sahabat kita biarlah dia sendiri memberitahu rakan lain walaupun kita sudah mengetahui. Ini tanda kita menghormatinya. Jangan terlalu 'busy body' dengan cerita kehidupan sahabat kita tanpa memikir kesannya kepada sahabat kita. Jangan cuba mencungkil rahsia nya sebaliknya tunggu sahaja dia sendiri memberitahu kita.

10. Menghormati hak dan kehidupan peribadi sahabat
-Kita mestilah menghormati hak dan kehidupan peribadi sahabat kita. Tidak salah sekiranya kita beri peluang sahabat bersendiri. Jikalau terlalu berdampingan, mungkin menjemukan dan kita hanya menyekat perhubungan dengan insan lain dan ruang peribadi untuk dirinya sendiri. Jangan menyekat apa pilihan yang sahabat anda ingin buat sebaliknya hanya tuturkan kata-kata nasihat dan biar dia sendiri membuat keputusan.

11. Beri peluang sahabat melepaskan amarah
-Jika salah seorang marah, beri peluang sahabat kita melepaskan amarah di hati. Jangan dibalas. Berdiam dan tunggu hingga dia reda dan sejuk adalah lebih baik. Pasti hubungan akan kembali seperti biasa. Manusia harus menerima hakikat setiap orang ada lautan hati yang pasang surut.

12. Berdiam diri ketika sahabat marah
-Sewaktu sahabat sedang marah, elok mendiamkan diri. Jikalau dia mengomel, dengar &
angguk. Itu lebih baik daripada membuat komen kerana ia boleh memburukkan lagi keadaan.

13. Jangan memburukkan sahabat di hadapan orang lain dan berbangga diri
-Jangan sesekali memburukkan sahabat kita di hadapan orang lain dan membanggakan diri dengan mengadakan cerita seperti kekayaan, kecantikkan dan sebagainya. Bangga diri tidak membawa kita ke mana-mana sebaliknya haruslah bersyukur dengan apa yang dikurnia oleh Allah s.w.t. Bersifat bersederhanalah dan jangan melampaui batas kerana Allah tidak suka orang2 yang melampaui batas.

14. Jagalah hati sahabat
-Jagalah hati sahabat kita sebagaimana kita mahu sahabat kita menjaga hati kita. Kalau kita pandai menjaga hati orang lain, begitulah sebaliknya orang lain akan lakukan kepada kita dan begitulah sebalik nya. Kadang2 kerenggangan dalam hubungan persahabatan berpunca dari diri kita. Kita perlu faham sifat sahabat kita dan cuba jaga hatinya. Jangan ego untuk melafazkan maaf andai tahu diri sudah melukakan hati sahabat.

Cuba check diri kita, adakah hari ini kita merupakan sahabat yang baik untuk sahabat kita. Adakah kita sentiasa senang sama2 dan susah sama2 dengan sahabat kita? Apa yang kita lakukan ketika sahabat kita ditimpa musibah seperti kemalangan, kematian orang tersayang dan menghadapi dugaan hidup yang bisa menggugat keimanannya? Di mana kita tika itu? Adakah kita bersama2 sahabat kita? Adakah benar tujuan kita bersahabat dengannya adalah kerana Allah atau kerana yang lain?

Atau hari ini kita dapati sahabat kita makin menjauhkan diri dari kita? Apa puncanya sahabat kita makin berjauhan dengan kita? Mungkin ada yang dia tidak suka akan tindakan dan perilaku kita. Pernahkah kita bermuhasabah dengan sahabat kita tentang apa yang disukai dan apa tak disukainya, atau mungkin kita lebih gemar mengambil keputusan sendiri yang kita rasa betul. Tepuk dada tanya iman, di mana kita sebenarnya........

Rasulullah s.a.w. bersabda:

"Sesungguhnya hati manusia akan berkarat sebagaimana besi yang dikaratkan oleh air." Bila seorang bertanya, "Apakah caranya untuk menjadikan hati-hati ini bersih kembali?" Rasulullah s.a.w. bersabda, "Selalulah ingat mati dan membaca Al Quran."


Sumber: Ifa


2 comments:

Thank You!! ^_^

Labels

AGAMA (52) AWARD (2) BEBELAN KU (87) BERITA (6) CERITA (41) CINTA (13) COhttp://www.blogger.com/img/blank.gifNTEST (1) CONTEST (8) DIRIKU (33) DIY (8) EVENT (14) FAMILY (19) HANAN (5) I.N.F.O. (21) JALAN-JALAN (9) K.A.H.W.I.N. (9) KERJA (2) LAWAK (2) LUAHAN (18) LYRICS (5) M.A.K.A.N. (1) MAKAN (9) NUKILAN (10) OPINIONS (3) P.E.N.G.A.L.A.M.A.N. (15) PREGNANT (11) PRODUK (3) R.E.S.I.P.I. (1) SEDIH (7) TAG (3) TIPS (38)

Followers