Thursday, January 31, 2013

Trip to Langkawi : Day 4



Assalamualaikum...

Mood sdey..T_____T
Sebab hari ni hari last di Langkawi..
Uhuk!


Aiceehhhh..
Ok, jom sambung cerita. Walau pon takde sape dengar cerita aku. Wahah..! Memang la takleh dengar, tapi leh baca je..ok, tak lawak. =_=. Pagi-pagi dah bangun, siap-siap nak gi mandi pantai..Yeayyy..! Berkobar2 ni nak mandi pagi-pagi, so leh la main air lama-lama sampai ke tengahari..Tapi...............

sedey...
Bila sampai pantai je air surut! Uwwahhhhh..! Nape suruttt..Aku cam teringat lirik lagu time kecik2 dulu..."air pasang pagi, surut pukul 5...nyonya bangun pagi, siram pokok bunga..bla..bla.." kan ke air pasang patutnye pagi? huhu..nampak sangat tak master geografi..air pasang malam, surut waktu pagi..huhu..So, bila dah kecewa tak dapat bermandi manda coz air surut, ombak pon kuat..dengan air yang penuh berkeladak dan berpasir..takleh la bermandi manda...Jalan-jalan amik gambar je lah. Aku dah terdiam and wat muka monyok..Ni dah hari last, bila lagi nak mandi? Detik aku dalam hati..Hubby mungkin perasan, terus dia pujuk2 aku..Hubby bab pujuk ni memang terer, sedaya mungkin dia nak wat aku sampai tersenyum. Aku je yang tak reti pujuk orang. Kalau dia majuk, aku diam je..Last2 dia yang kena pujuk aku balik..Nasib lah. Hahaa!


Hubby ajak naik bilik, siap2 apa yang patut.."Jom kita mandi air terjun" Yipeeee!! gi tengok peta, ada 2 air terjun yang cam menarik..So kitaorang pilih nak pergi Air Terjun Temurun...Tengok gambar cam cantekk..

Temurun Waterfall

Air terjun dia tinggi..Awal lagi ni, sempat lagi nak pergi..Dah jauh drive, tapi tak sampai2 gak..Takpe, perjalanan mesti diteruskan. Alhamdulillah, akhirnye sampai...Tapi tempat tu sunyi sangat..Macam kawasan pedalaman and dekat dengan hutan. Kenderaan pon tak banyak lalu lalang..Ada kedai2 tepi jalan pon kosong je. Parking memang kosong langsung la. Cam tak pernah ada orang datang je..Sebab kawasan tu macam scary, tak sempat turun kereta pon, kitaorang terus gerak ke tempat lain..Kang pape jadi dalam tu, takde sape perasan. Takut weiii..

Destinasi seterusnya, kami pergi air terjun Hutan Lipur Durian Perangin.air terjun ni dekat dengan kuah. Kawasan dia takde la ceruk sangat. Alhamdulillah kejap je dah sampai. Ada gak la kedai2 yang dah buka. Tapi pengunjung baru kami berdua je lah. Maybe sebab awal pagi, nak mandi air terjun sejuk woooo~ Terserempak gak dengan makcik2 cleaner yang baru nak memulakan tugas. Ok la tu, ada gak orang kan. Hehe..Pe lagi, air terjun depan mata..Yeayyy! Sejjjukkkk sangat..Segar bugar rasa tubuh ni bila terkena air..Menggigil wooo~ Rasa cam mandi kat ais batu..Ok ok terlebih sudey..hehe..Bila dah puas berendam, kami pon bergegas balik. Puas gak akhirnya dapat mandi air terjun, walaupon plan first nak mandi pantai. Hehee..Tenkiu hubby! Lebiu lah! ^___^



opss..cekci..;p

dah puas mandi..jom2 pulang~

Sampai challet, kami kemas2 barang untuk pulang..Actually, tadi malam pon dah siap kemas. Tapi beg tak muaatttt~ Aiyarkkk...So pagi ni plan nak jalan2 kat Rams lagi untuk beli beg. Kan dah cakap, Rams tu tiap hari kitaorang pergi sepanjang masa kat Langkawi ni..Hahaa! Bila dah pergi lagi kat sini, bukan beg je kitaorang beli..Aku sambar gak coklat banyak-banyak sebab tengok dah ada beg kan, banyak space lagi tu..Rugi weh tak isi..Haha! Then kitaorang gi Dataran Helang yang dekat dengan jetty. Tak lengkap la kalau pergi langkawi tapi tak amik gambar kat Datarang Helang nih..Tapi amboih panasnyee..Tak tahan den. Tu yang tiap masa kat Langkawi, kalau leh nak memanjang pkai spek gelap je. Silau mataku takleh nak buka. Hubby je leh tahan, tapi tengok dia terkedip-kedip gak mata menahan silau. Mata tu dah sepet, nak disepetkan lagi. Alahai~

 

eh...tetibe je kan ;p
 
Pas puas bergambar, berjalan-jalan kat jetty lak. Baru teringat lom makan lagi. Patutla lapo semacam. Makan kat mamak je. Nyam2..Alhamdulillah, kenyang.. Baru lah ada tenaga nak sambung berjalan.


Oleh kerana masa begitu mencemburui, pas zuhur tu kitaorang terus gerak ke airport. Takmo la nanti terkejar-kejar lak. Better sampai awal kan. Bila dah sampai awal, taktau nak watpe..Jalan-jalan je lah dalam airport tu sampai penat. Lepak jap kat sturbuck sambil minum ais blended dan baca paper free. Dapat gak tempat duduk yang selesa kan.

 

 

 Hehee..flight delay 3O minit. Nasib baik tak lama..Alhamdulillah, selamat sampai ke KL...
Opss..sekali lagi diucapkan terima kasih kepada penaja penginapan dan dinner. hehe

Rindu sangat kenangan time honeymoon. Memang teerrrbaikk~ ^___^














2 comments:

  1. airport langkawi kecik jek.aku pun smpai awal dekat airport last2 xtau nak ke mana.nak cuci mata lagi sebenarnya tapi xde kedai yang menarik hati.last2 lepak dekat starbucks.time balik flight aku xdelay...time nak pergi jek delay dekat sejam kot..banyak xduit keluar?hehehehe

    ReplyDelete
  2. pelangi chenta : boleh tahan~~ haha! ^_^

    ReplyDelete

Thank You!! ^_^

Labels

AGAMA (52) AWARD (2) BEBELAN KU (87) BERITA (6) CERITA (41) CINTA (13) COhttp://www.blogger.com/img/blank.gifNTEST (1) CONTEST (8) DIRIKU (33) DIY (8) EVENT (14) FAMILY (19) HANAN (5) I.N.F.O. (21) JALAN-JALAN (9) K.A.H.W.I.N. (9) KERJA (2) LAWAK (2) LUAHAN (18) LYRICS (5) M.A.K.A.N. (1) MAKAN (9) NUKILAN (10) OPINIONS (3) P.E.N.G.A.L.A.M.A.N. (15) PREGNANT (11) PRODUK (3) R.E.S.I.P.I. (1) SEDIH (7) TAG (3) TIPS (38)

Followers