Friday, March 1, 2013

DIY : Hantaran Nikah Tema Maroon + Peach + Pink


Assalamualaikum...

Kali ni sambung cite pasal kawen lagi..Dah lama entry ni tersimpan dalam draft. Pe kata aku publish je kan?

Memandangkan time nikah takde hantaran, tersimpan sikit masa aku..Just dua dulang je lah untuk aku hias iaitu dulang barang kemas untuk acara batal air sembahyang dan dulang duit mas kahwin. Tu pon siapkan 2-3 hari sebelum majlis.

1. Dulang Barang Kemas.
Seriously aku memang takde beli apa-apa lah untuk menghias, aku just recycle balik barang-barang yang ada. Amik cket barang-barang time tunang dulu and makcik aku ada bagi bunga-bunga hantaran anak sedare dia yang dah taknak pakai dah. So, aku pakai la balik mana yang elok. Cucuk tang situ, cucuk tang sini, siap...Ada dua bekas untuk rantai dan gelang tangan.


 

2. Dulang Mahar.
Untuk mas kahwin ni mula-mula aku nak gubah cam sejambak bunga tu..Dah siap tukar sume duit dengan duit baru. Tapi duit baru ni dia cam licin sikit kan. Cam plastik. So cam susah nak lipat-lipat, maka terpadam lah hasrat tu. Then, macam nak letak dalam frame je, tapi duit kertas banyak-banyak, bape frame lak nak guna? Album? Old skul sgt...Ok cancel..so, timbul idea. Aku gulung-gulung je then ikat reben. Masuk dalam bekas baldu. Bekas ni akak ofis bagi time besday aku. Akak ni memang ada jual barang-barang english deco and vintage. Cantik lagi. Kan bagus kalau dimanfaatkan? Hehe..Sampai skang masih utuh lagi duit2 dalam ni..



Hubby : Simpan la duit ni sampai anak-anak kita besar nanti.
Aku     : Takleh. 
Hubby : Nape?
Aku     : Nanti duit ni mereput. Rugi tak sempat wat shopping. Hihii..;p

Pekata tukar dengan sepasang subang emas ke? Aci tak? Ekeke..




6 comments:

  1. duit mas kahwin aku pun masih ada lagi.tuelah cadang cam nak nilaikan dengan barang kemas.hehehehe.nampaklah sikit kan.nie kalau x...habis gitu je

    ReplyDelete
  2. pelangi chenta : baik sangkut kat benda yg tahan lama kan ;)

    ReplyDelete
  3. wit mas kawen aku wat beli telekung...dpt pahala..hehe

    ReplyDelete
  4. Anonymous : Bagus gak idea tu..saham akhirat kan? tapi telekung hantaran pon ada lagi..

    ReplyDelete
  5. tak pe...telekung kn tiap2 minggu tukar. ataupon, wat telekung utk kita bwk jln2...letak je dlm kete.so..lau g jln2..bole guna telekung y ada..so,takla mengharap telekng surau atau masjid y kadang2 blum tau kebershnnya.

    ReplyDelete
  6. Anonymous : yup, mmg kalau keluar mmg lg suka bawa telekung sendiri..kat umah kg tinggal, kat umah sndiri, kat kete..mmg kena ada simpanan telekung sndiri. hehe..kat umah pon kene ada lebih sebab kalau ada sedare mare dtg leh guna.

    ReplyDelete

Thank You!! ^_^

Labels

AGAMA (52) AWARD (2) BEBELAN KU (87) BERITA (6) CERITA (41) CINTA (13) COhttp://www.blogger.com/img/blank.gifNTEST (1) CONTEST (8) DIRIKU (33) DIY (8) EVENT (14) FAMILY (19) HANAN (5) I.N.F.O. (21) JALAN-JALAN (9) K.A.H.W.I.N. (9) KERJA (2) LAWAK (2) LUAHAN (18) LYRICS (5) M.A.K.A.N. (1) MAKAN (9) NUKILAN (10) OPINIONS (3) P.E.N.G.A.L.A.M.A.N. (15) PREGNANT (11) PRODUK (3) R.E.S.I.P.I. (1) SEDIH (7) TAG (3) TIPS (38)

Followers