Pagi tadi gerak pergi kerja macam 
biasa..Selepas hantar hanan ke rumah pengasuh, ikut la jalan biasa nak 
ke highway silk tu..Entah camne lepas je bonggol terakhir tengah tekan 
clutch, tetibe bunyi "tek!" macam patah gitu, pastu clutch pon terus 
terkulai layu takleh naik balik dah..Aku terus signal ke tepi, bila 
clutch jammed, memang takleh tukar gear la kan, nasib baik la belum 
masuk highway lagi.
Time
 ni jenguk2 gak clutch tu, rasa tak patah, tapi macam tertanggal or jadi
 loose kot. Acener ni? Acaner ni? Terus call inicik penyelamat a.k.a. 
hubby even tau dia takkan angkat pon coz tengah bawa motor kan. Dengan 
harapan dia akan perasan la enpon dia vibrate and akan berhenti tepi 
untuk check. Huhu..Mesej bos siap2, bagitau masuk opis lambat even dah 
tau pon bos takde kat opis coz ada meeting kat luar.
Hubby
 sampai dalam 20minit pastu..Cian dia, dah nak sampai opis pon, pastu 
kena patah balik. Almaklumlah isteri mu nie tau bawa kereta dan isi 
minyak je, taktau nak repair2 kete..hihi..Hubby buka bonet depan dan 
suruh aku duduk dalam je coz kat luar kan panas, bising lagi kenderaan 
lalu lalang. Mula-mula aku dok menyibuk gak tepi dia, konon2 tanya tu 
apa, tu kenapa camtu, pastu dah taktau nak tanya apa, duduk dalam la 
diam2..haha..Tak lama pastu ada peronda yang bermotorsikal berhenti 
tengok kitaorang tanya perlukan bantuan tak, hubby kata leh wat, so dia 
pon sambung perjalanan..Pung pang pung pang, siap dahhh..Tadaaa..! Aku 
terkagum gak. Haha! Sebab dalam hati duk pikir - pikir je tadi..clutch 
patah ke? Kalau patah kena ganti berapa? Kalau kena tunda camne, kete 
takleh gerak ni? Kalau..kalau..kalau..macam-macam oii pikir! Tapi hubby 
ilek je lah sebab dia yang tau nak setelkan..Alhamdulillah, free of 
charge sebab hubby betulkan sendiri..haha..nasebbb baekk..Risau je kalau
 dia marah.;p
dah time kena tukar auto tu... takyah clutch clutch...( nak mengeja pun payah ni haa)
ReplyDeleteNajib Ariyan : haha..akan difikirkan
ReplyDeleteHaha jangan tukar auto tak besh nak rempittt ;) hehe manual lagi besh kiki tp hadap jem sengsara la kan. Mcm kitorg balik kg jauh ni sedap manual.nak motong ke syiokkkk!!!
ReplyDeletehi sis.. act baru terkena pagi ni.. errr.. di tgk dibahagian mana yer.. kereta jenis apa yer..
ReplyDelete