Tuesday, November 11, 2014

Alamak..pedal clutch kereta tertanggal!

Assalamualaikum..

Pagi tadi gerak pergi kerja macam biasa..Selepas hantar hanan ke rumah pengasuh, ikut la jalan biasa nak ke highway silk tu..Entah camne lepas je bonggol terakhir tengah tekan clutch, tetibe bunyi "tek!" macam patah gitu, pastu clutch pon terus terkulai layu takleh naik balik dah..Aku terus signal ke tepi, bila clutch jammed, memang takleh tukar gear la kan, nasib baik la belum masuk highway lagi.

Time ni jenguk2 gak clutch tu, rasa tak patah, tapi macam tertanggal or jadi loose kot. Acener ni? Acaner ni? Terus call inicik penyelamat a.k.a. hubby even tau dia takkan angkat pon coz tengah bawa motor kan. Dengan harapan dia akan perasan la enpon dia vibrate and akan berhenti tepi untuk check. Huhu..Mesej bos siap2, bagitau masuk opis lambat even dah tau pon bos takde kat opis coz ada meeting kat luar.

Hubby sampai dalam 20minit pastu..Cian dia, dah nak sampai opis pon, pastu kena patah balik. Almaklumlah isteri mu nie tau bawa kereta dan isi minyak je, taktau nak repair2 kete..hihi..Hubby buka bonet depan dan suruh aku duduk dalam je coz kat luar kan panas, bising lagi kenderaan lalu lalang. Mula-mula aku dok menyibuk gak tepi dia, konon2 tanya tu apa, tu kenapa camtu, pastu dah taktau nak tanya apa, duduk dalam la diam2..haha..Tak lama pastu ada peronda yang bermotorsikal berhenti tengok kitaorang tanya perlukan bantuan tak, hubby kata leh wat, so dia pon sambung perjalanan..Pung pang pung pang, siap dahhh..Tadaaa..! Aku terkagum gak. Haha! Sebab dalam hati duk pikir - pikir je tadi..clutch patah ke? Kalau patah kena ganti berapa? Kalau kena tunda camne, kete takleh gerak ni? Kalau..kalau..kalau..macam-macam oii pikir! Tapi hubby ilek je lah sebab dia yang tau nak setelkan..Alhamdulillah, free of charge sebab hubby betulkan sendiri..haha..nasebbb baekk..Risau je kalau dia marah.;p

Silap aku maybe pagi tadi terbawa laju sikit kot kat jalan berbonggol, so maybe time naik bonggol aku tekan clutch ke tak sure la..tapi pasni kena lebih hati-hati la..Dah la hari tu hampir eksiden...huhu..



4 comments:

  1. dah time kena tukar auto tu... takyah clutch clutch...( nak mengeja pun payah ni haa)

    ReplyDelete
  2. Najib Ariyan : haha..akan difikirkan

    ReplyDelete
  3. Haha jangan tukar auto tak besh nak rempittt ;) hehe manual lagi besh kiki tp hadap jem sengsara la kan. Mcm kitorg balik kg jauh ni sedap manual.nak motong ke syiokkkk!!!

    ReplyDelete
  4. hi sis.. act baru terkena pagi ni.. errr.. di tgk dibahagian mana yer.. kereta jenis apa yer..

    ReplyDelete

Thank You!! ^_^

Labels

AGAMA (52) AWARD (2) BEBELAN KU (87) BERITA (6) CERITA (41) CINTA (13) COhttp://www.blogger.com/img/blank.gifNTEST (1) CONTEST (8) DIRIKU (33) DIY (8) EVENT (14) FAMILY (19) HANAN (5) I.N.F.O. (21) JALAN-JALAN (9) K.A.H.W.I.N. (9) KERJA (2) LAWAK (2) LUAHAN (18) LYRICS (5) M.A.K.A.N. (1) MAKAN (9) NUKILAN (10) OPINIONS (3) P.E.N.G.A.L.A.M.A.N. (15) PREGNANT (11) PRODUK (3) R.E.S.I.P.I. (1) SEDIH (7) TAG (3) TIPS (38)

Followers