Thursday, August 19, 2010

Baru Kahwin, Tup Tup Dah Cerai?

Sekarang kerap kali dengar berita tentang kahwin cerai nih..Dah macam trend plak. Kawin kejap, cerai...Kawin kejap, cerai..Macam anggap perkahwinan perkara yang boleh dibuat main-main plak.Kebanyakan kes adalah kawin suka sama suka..Kalau dah suka sama suka, nape pas kawin cerai gak? Kes terbaru, pemain badminton negara, Roslin Hashim yang baru bercerai buat kali kedua. Dah la time bulan puasa. Takde kerja lain ke? Perkahwinan pertama, bercerai selepas 12 hari bernikah..Perkahwinan kedua, pas sebulan bernikah. Aku rase baru je bulan lepas terserempak ngan dia and bini baru dia kat Wangsa Walk Mall, tup-tup dah cerai dah...? alahai..dunia oh dunia...Kadang2 bila fikirkan balik, macam gerun plak nak mendirikan rumah tangga ni..Tapi takleh la kan..Tamo la kat padang masyar nanti nabi tak mngaku umat plak. Huhuu...


Di antara garis panduan memilih calon isteri yang dianjurkan oleh Islam ialah supaya pemilihan yang dibuat benar-benar dapat menjamin kerukunan rumahtangga dan dapat menjadi aman damai serta diberkati Allah sepanjang masa. Cuba ikuti panduan di bawah nie..

Aspek yang utama ditinjau dari hadis Rasulullah SAW ialah dengan sabdanya, maksudnya :

"Dikahwini perempuan (dijadikan isteri) itu kerana empat perkara, kerana hartanya, kerana keturunannya, kerana kecantikkannya dan kerana agamanya. Maka utamakanlah perempuan yang mempunyai agama dan beruntunglah hidup kamu…”

Di antara yang disunatkan dan digalakkan memilih perempuan untuk dipinang ialah :

a. Zuriat yang banyak

Memilih perempuan yang boleh mendatangkan zuriat yang banyak memanglah digalakkan oleh Islam. Di sini boleh diperhatikan dari sudut keluarganya (keturunannya) di samping kesuburan tubuh badan di mana tidak menghalang ianya hamil. Selain itu, umur juga boleh diambil kira bagi mengekalkan zuriat yang banyak.

b. Anak gadis / bujang

Pemilihan anak gadis amat dititik beratkan kerana di mana usia gadis, kurang bebanan peribadi. Segalanya-galanya serba baru, dapat mengeratkan kasih sayang tanpa gangguan. Tenaga yang masih muda dapat memberi sepenuh masa untuk suami. Walau bagaimanapun, memilih seorang janda juga digalakkan sekiranya di sana ada tujuan yang baik untuk memilihnya.


c. Sedikit mas kahwin

Perempuan yang menjadi pilihan adalah sedikit belanja mas kahwinnya di mana mudah bagi pihak lelaki menjelaskannya dan sesuai dengan tuntutan Islam. Sekiranya terlalu besar mas kahwin itu, bukan sahaja menjadi keberatan bagi lelaki malah boleh memberi kesan yang negatif di masa akan datang.

d. Bukan hubungan keluarga

Pemilihan ini bagi meluaskan skop keturunan di mana keluarga akan bertambah ramai lagi dan mental sesebuah keluarga itu boleh mempengaruhi hidup. Lebih-lebih lagi perhubungan sebuah keluarga dengan keluarga dalam menemukan jodoh.

e. Baligh

Memilih perempuan biarlah ianya sudah cukup umur (baligh) di mana dapat memahami ertu perkahwinan, berfikir secara orang dewasa, kurang memberi tunjuk ajar, tidak mudah merajuk dan juga boleh hamil.

f. Akal yang sempurna

Memilih akal yang sempurna ialah berfikir secara seorang muslim yang soleh, gemar membaca Al-Quran serta memahaminya, mengetahui hala dan haram, banyak bersabar, bertindak dengan adil dan juga menghormati hak dirinya dan hak orang lain.

g. Sesuai (kufu)

Persesuaian adalah diperlukan untuk memilih pasangan hidup lebih-lebih lagi dalam dunia moden ini di mana wanita mempunyai kedudukan yang agak sama dengan kaum lelaki malah terdapat lebih dari lelaki. Hal ini kadangkala menjadi isu besar di kalangan ibu dan bapa hari ini, kononya anak perempuannya tidak sesuai berkahwin. Tetapi dalam masa yang sama juga mereka telah keluar dan bebas bergaul tanpa dilarang oleh ibubapanya.

Firman Allah Taala dalam surah Al-Baqarah ayat 235, ertinya :

“Tidak berdosa meminang perempuan (yang dalam idah lagi dengan kata sindirian)”

Sabda Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Ahmad dan Abu Daud, maksudnya:

“Apabila seorang dari kamu meminang perempuan, sekiranya dia dapat lihat perempuan itu hendaklah dia melihatnya sehingga bertambah keinginan kepada perkahwinan”.

Sebelum meminang, seorang lelaki harus melihat perempuan yang akan dipinang pada muka dan dua tapak tangan sahaja. Dan begitu juga sebaliknya dengan tujuan untuk mengetahui keadaan yang sebenarnya agar kedua-duanya dapat menepati kehendak dan maksud masing-masing.

Menurut pendapat jumhur ulamak, melihat pada perempuan dengan tujuan meminang hanya tertentu pada muka dan dua tapak tangannya. Kerana dengan melihat muka dapat diketahui kecantikan raut muka serta paras rupa untuk calon isteri atau sebaliknya. Sementara melihat kedua tapak tangan bertujuan supaya dapat mengetahui kesuburan badan.

Sabda Rasulullah SAW, ertinya :

Apabila salah seorang daripada kamu meminang perempuan maka tidak berdosa atasnya melihat perempuan itu asalkan sahaja semata-mata untuk meminangnya sekalipun dia tidak mengetahui”.

Keharusan pihak lelaki boleh melihat perempuan yang akan dipinang pada anggota-anggota yang telah disebutkan sebelum ini walaupun dengan tanpa keredhaannya, dan sebaik-baiknya kehadiran pihak lelaki itu hendaknyalah waktu melihat itu dilakukan sebelum meminang, Ini kerana seandainya ia tidak secucuk di hati pihak lelaki dengan sebab-sebab yang tertentu bolehlah ia mengundurkan diri tanpa akan menyakitinya.

Jika kedapatan pihak lelaki tidak berupaya melihat perempuan yang akan dipinang oleh sesuatu sebab, maka bolehlah ia mengutuskan orang tertentu yang dipercayai sebagai perantaraan untuk pergi melihatnya. Ini supaya orang tadi menerangkan sifat-sifat peribadi serta keadaan perempuan itu yang mana bertujuan untuk mengahwininya.




No comments:

Post a Comment

Thank You!! ^_^

Labels

AGAMA (52) AWARD (2) BEBELAN KU (87) BERITA (6) CERITA (41) CINTA (13) COhttp://www.blogger.com/img/blank.gifNTEST (1) CONTEST (8) DIRIKU (33) DIY (8) EVENT (14) FAMILY (19) HANAN (5) I.N.F.O. (21) JALAN-JALAN (9) K.A.H.W.I.N. (9) KERJA (2) LAWAK (2) LUAHAN (18) LYRICS (5) M.A.K.A.N. (1) MAKAN (9) NUKILAN (10) OPINIONS (3) P.E.N.G.A.L.A.M.A.N. (15) PREGNANT (11) PRODUK (3) R.E.S.I.P.I. (1) SEDIH (7) TAG (3) TIPS (38)

Followers