Thursday, July 15, 2010

Bazir.

Jangan membazir..


Tak elok membazir..


Membazir itu amalan syaitan..


Daripada membazir, baik bagi orang yang lebih memerlukan tu..


Mesti selalu kan korang dengar orang cakap perkara-perkara camni. MEMBAZIR. Kita tak suka buat, kita cuba elakkan dari terbuat, tapi still...Kita masih buat dan selalu buat tanpa disedari. Bayangkan je la kalau kat rumah, dalam bilik korang pasang kipas, pasang lampu, then nak pegi tengok tv kat ruang tamu, ada korang padam kipas and lampu tu? Aku nie kadang2 padam, kadang2 biar je..Ye la, kalau tak padam kipas, karang nak masuk bilik terus sejukkkk je..Tapi tu sebenarnya membazir tenaga eletrik.

Pastu kann..aku pernah makan kat kedai makan la kan..Kat meja sebelah nie ada satu family tengah makan. Tengok gaya cam orang berada. Pastu leh terdengar bunyi orang hirup air dari gelas sampai habis. Srottt..Srott.Cam bunyi straw tu. Pastu dengar sore cam bapak tengah marah anak.."Tak payah hirup sampai licin air tu, kalau dah nak habis, gi order yang baru...Buat malu je cam kita tak mampu.." Haishh...Ada plak gitu! Apa salah nya nak minum sampai habis pun kann..At least takde la sampai membazir. Tak paham betul aku dengan perangai-perangai orang camni.


Ermm..Tapi kann..Sejak akhir-akhir nie aku rase selera makan aku macam dah berkurang. Kalau dulu leh je aku bertambah 2, 3 kali..Skang nak habiskan sepinggan nasi pon payah. Maybe faktor umur dah meningkat kot? Or faktor kesihatan? Or aku yang menggedik, bila makan nak memilih..?? Ish..tade nyerr aku gitoo..So, bila makan je, posibbility untuk makanan tu tak habis adalah sangat tinggi..Kadang2 aku dah cuba amik sukatan yang sikit, tapi still tak habis..Lagi sadiss bila makan orang lain yang belanja kan. Mesti la dia cam terasa kot kalau aku makan tak habis. Nak wat camne kan, kalau pakse2 kang, ada gak yang ter munnnn..Haa..Dah lain citer lak! Kat umah pon mama aku selalu bebel..Makan mahen2...makan mahen2..Padahal memang aku leh makan sikitt je..Huk huk...


"Hargailah rezeki yang diperolehi walaupun ia sebesar zarah, kerana pada nya terdapat berkat yang tidak dapat kita lihat"


3 comments:

Thank You!! ^_^

Labels

Followers