Monday, July 5, 2010

Pendiam Aku Bukan Kerana Lemah

Aku pendiam.


Ye, aku seorang yang pendiam.


Tapi bukan pendendam.



Aku lebih suka buat keje aku sendiri. Melayan perasaan tanpa peduli hal sekeliling. Tapi mata aku melihat. Telinga aku mendengar. Otak aku berfikir. Minda aku memproses. Aku lebih suka habiskan masa di internet. Berkurung di bilik sorang-sorang dan buatlah apa-apa yang aku suke. . Aku hanya keluar dari bilik bila perut terasa lapar. Aku hanya menonton tv bila internet down . (Shosss..Aku tak suke bile takde internet!) dan aku hanya keluar rumah bila rasa perlu dan bila aku rasa nak. Selebihnya, apa aku buat?? Membaca, beronline, berangan, tido. Aku suke dan selesa dengan ruang hidup aku. Sudah terbiasa begini. Bagi aku, ruang aku, aku yang punya. Jangan siapa berani usik. Aku tak ganggu kau, dan kau jangan ganggu aku.


Mungkin ada yang salah faham. Menggelarkan aku seperti kera sumbang. Time keje, dok terperuk kat tempat aku. Balik keje, terus masuk bilik. Sok nak gi keje, baru muncul balik. Ada aku kisah? Aku tak suke amik tau hal orang and sama juga, aku tak suka orang amik tau hal aku. Ko nak bergossip, suka hati ko. Aku boleh melayan, aku boleh tumpang gelak, aku boleh menyampuk, tapi yang pasti, bukan aku yang mulakan. Aku hanya peserta or mungkin pendengar. Tapi jangan gelar aku sombong. Pendiam tak bererti sombong.


Jangan silap dengan memandang rendah pada orang pendiam. Jangan anggap mereka bodoh. Mungkin mereka tidak menampakkan apa-apa yang terzahir, tapi mereka banyak menyimpan maklumat tersirat yang hanya menunggu masa untuk dikeluarkan lalu dipertontonkan. Aku selesa dengan diri sendiri dalam dunia sendiri. Aku tak mengacau sesiapa, tak mengata sesiapa, tak mengumpat sesiapa dan tak pernah suka sibuk-sibuk mengambil tau hal sesiapa kerana itu tak penting.

Tapi..

Pendiam aku bukan lah langsung tidak bercakap.


Aku masih ramah menegur orang. Aku masih boleh usik-mengusik dengan kawan2. Masih boleh bergurau-senda. Senyum dan bergelak ketawa. Tapi mungkin hanya melibatkan perkara remeh-temeh. Bukan hal peribadi. Aku hanya jadi banyak bercakap dengan orang yang aku selesa nak berbual, dengan orang yang aku boleh percayai. Kepercayaan tu takleh dipaksa. Ia datang sendiri dari dalam hati. Mulut boleh menipu tapi hati tak boleh menipu. Bukan susah nak jadi pendiam. Ko hanya perlu kunci mulut. Simple. Aku senang nak bercampur dengan orang. Tapi bukan senang nak rapat dengan orang. Aku boleh rapat dengan seseorang yang aku baru kenal selama 5 minit dan tak semestinya orang yang aku dah kenal bertahun-tahun boleh rapat dengan aku sebagaimana yang aku baru kenal 5 minit tadi. Tak perlu persoalkan kenapa. Kerana semuanya mengikut naluri hati. Keselesaan. Aku respect dengan orang yang boleh bercakap dengan hebatnya. Mana diorang dapat idea banyak2? Minda diorang sangat laju memproses data dan seterusnya diluahkan melalui mulut. Hebat. Orang yang bijak berkata-kata boleh dapat ramai kawan. Tapi tak bermaksud orang pendiam takde kawan. Buktinya. Aku.







No comments:

Post a Comment

Thank You!! ^_^

Labels

AGAMA (52) AWARD (2) BEBELAN KU (87) BERITA (6) CERITA (41) CINTA (13) COhttp://www.blogger.com/img/blank.gifNTEST (1) CONTEST (8) DIRIKU (33) DIY (8) EVENT (14) FAMILY (19) HANAN (5) I.N.F.O. (21) JALAN-JALAN (9) K.A.H.W.I.N. (9) KERJA (2) LAWAK (2) LUAHAN (18) LYRICS (5) M.A.K.A.N. (1) MAKAN (9) NUKILAN (10) OPINIONS (3) P.E.N.G.A.L.A.M.A.N. (15) PREGNANT (11) PRODUK (3) R.E.S.I.P.I. (1) SEDIH (7) TAG (3) TIPS (38)

Followers