Sunday, July 4, 2010

Jangan Hanya Tau Mengata

Penah tak time korang tengah makan kat kedai makan ke, tengah jalan-jalan ke, then korang didatangi peminta sedekah or orang yang jual2 pen tu ke. Then, pe reaksi korang? Nak bagi sedekah or suruh orang tu blah? Or korang maki orang tu? Kalau jadi kat aku, aku diam je and senyum or geleng2 kepala. Nanti tau la diorang tu blah sendiri. Tapi aku penah nampak, peminta sedekah camni kena maki hamun ngan orang. Ish..Tak patot la bebb..Ko jangan hanya tau mengata. Kalau taknak bagi duit takpe, tapi tak perlu la nak maki orang tu. Dia tu manusia gak. Ada hati and perasaan. Tak baik bagi aib kat orang. Ko hanya tau mengata dari pe yang ko nampak. Tapi ko tak tau pe yg sebenar-benarnya berlaku. Mungkin betul la peminta sedekah tu hanya menipu ke. Tapi camne kalau dia tu memang betul2 miskin. Tak pun kena colek ngan sendiket pape ke, then kena paksa minta sedekah plak. Korang mana tau kan coz benda tu tak jadi kat korang. Jangan hanya tau pikir negatif je beb. Berdiam adalah lebih baik.


"Elehhh...konon pakai baju compang-camping, tapi kat umah simpan emas banyak.."

"Tu nak berlakon je la tu. Mintak simpati kat orang"


Ishh, jangan mengata. Biarkan je diorang tu.
Sama la kalau korang nampak kawan korang yang macam tengah dilanda masalah tu ke. Perangai dah cam orang gila. Hari-hari nak menangis bagai, meratap..Menyesali pe yang terjadi.

"Alaaa..Pasal tu je pon nak nangis2..Cam takde laki lain kat dunia nih"

Pe korang wat.? Jangan la gelakkan dia. Kalau pon taknak bagi nasihat, diam kan je. Jangan mengata pape coz bukan korang yang alami semua tu. Korang hanya tau mengata dari pe yang korang nampak and pikir je, pe dia pikir, pe dia rase, korang tak tau..So, tak payah wat conclusion sendiri. Semua yang berlaku ada sebab nya. Semua yang orang buat ada sebab nya. Kita makan sebab lapar. Kita minum sebab haus. Kita kerja sebab nak dapat duit. Kita nak duit sebab nak penuhi keperluan kita. Takde perkara yang terjadi dengan sendiri and takde perkara yang berlaku tanpa sebab.


Ehh...ehhh...Fikir balik. Aku pon kadang2 ada terlepas gak mengata orang. Tapi tak penah lagi nak maki2 orang nih. Cara terbaik, kalau tak puas ati, ko bising2 je dalam hati. Tak pon ko membebel kat diari ko. So, takdelah wa dosa lebih mengumpat orang. Coz benda tu dah jadi rahsia ko sorang. Kalau kita tak suke orang mengata kita. Kita pon jangan la wat benda sama. Simple.



1 comment:

  1. beri lah sekadar yg mmpu kpd peminta sedekah walaupun die mgganggu tyme kite makan..biarlah die menipu sekalipun yg pntg niat ikhlas kite utk mmberi..

    ReplyDelete

Thank You!! ^_^

Labels

Followers