Wednesday, July 7, 2010

Senyumm...Susah sangat ke?

Pernah tak deal dengan orang yang susah sangat nak senyum? Ada orang gelar, muka ketat. Maybe otot2 kat muka dia dah ketat, sampai takleh nak tarik lagsung bagi senyum. Kang pakse2 tarik, terputus lak urat2 kat muka tu. Selalunya first impression bagi golongan2 nie ialah sombong. Aku pun kalau jumpa orang yang asyik nak wat muka ketat nie, dalam hati aku mesti suspect orang tu sombong.Tapi cool! Sebab dia hebat dalam control memek muka. Tapi tu hanya penilaian yang dibuat bila aku lom kenal ngan orang tu. Selalunya camtu la kan. Tak kenal maka tak cinta. Erk..tapi kalau dah kenal leh bercinta ke? Uhuh. Abaikan.


Aku nie pon senyum ikut keadaan gak. Kalau aku rase nak senyum, aku senyum la. Kalau malas nak senyum, senyum terpakse pon jadi la. Kalau aku gerak ke mana-mana sorang2, memang sepanjang jalan tu aku wat muka ketat la. Gila ko nak senyum sorang2? Kang ada yang terperasan lak. Lagi2 lelaki. Kang derang perasan aku nak ngorat diorang plak. Baik la aku wat muka sombong, takde orang berani nak dekat. Lantak lah nak label aku sombong or whatever, janji idup aku selamat. Ohohoo..Aku ada kenal ngan sorang minah nie, dia bukan la mahal ngan senyuman, friendly gak, suka gelak2, tapi bila time amik gambar je, automatik mesti nak wat muka ketat, kaku. Ala, muka yang takde perasaan tu. Tak kira la gambar ngan membe2 ke, gambar official ke, mesti wat muka takde perasaan. Sekelumit senyum pun takdok. Kalau tengah bual2 ke, or gelak2 ke, and dia perasan ada orang nak amik gambar, automatik terdiam and muka jadi ketat. Hebat! Tindakan refleks. dia bagitau benda tu memang automatik. Maybe muka dia leh tindakbalas ngan kamera, aku pon tak tau la.


Senyum tu sedekah. Selalu kita dengar pasal nie. So, photographer yang selalu amik gambar orang tu, tiap masa mintak orang "senyum...senyumm", means, diorang peminta sedekah la ek? ekeke..Jangan mare~




No comments:

Post a Comment

Thank You!! ^_^

Labels

Followers