Thursday, July 29, 2010

Hidup Biarlah Selalu Menghargai

Saat bertemu dengan orang yang benar-benar engkau kasihi..
Haruslah berusaha memperoleh kesempatan bersamanya seumur hidupmu..
Kerana ketika dia telah pergi, segalanya telah terlambat..


Saat bertemu teman yang dapat dipercaya, rukunlah bersamanya..
Kerana seumur hidup manusia, teman sejati tak mudah ditemukan..


Saat bertemu orang yang pernah kau cintai..
Ingatlah dengan tersenyum untuk berterima kasih..
Kerana dialah orang yang membuatmu lebih mengerti tentang kasih..


Saat bertemu orang yang kau pernah benci..
Sapalah dengan tersenyum, kerana dia membuatmu semakin teguh dan kuat..


Saat bertemu orang yang pernah mengkhianatimu..
Baik-baiklah berbincang dengannya..
Kerana jika bukan kerana dia, hari ini kau tidak memahami dunia ini..


Saat bertemu orang yang pernah diam-diam kau cintai..
Restuilah dia, kerana saat kau mencintainya bukankah kau mengharapkan dia bahagia?


Saat bertemu orang yang pernah meninggalkanmu..
Berterima kasihlah kerana dia pernah ada dalam hidupmu..
Kerana dia adalah sebahagian dari nostalgiamu..



Hidup Biarlah Selalu Menghargai







1 comment:

Thank You!! ^_^

Labels

Followers