Saturday, July 3, 2010

Minta Hantaran kahwin Tinggi

"SAYA ada masalah dengan teman wanita saya. Hubungan kami sudah menjangkau setahun dan berhasrat untuk mengahwininya. Masalahnya, sikap dia dan emak dia membuat saya rasa tertekan.

Kekasih saya itu sedang belajar di sebuah institusi pengajian tinggi awam (IPTA) di ibu kota dan pengajiannya akan berakhir tahun depan. Dia berasal dari pantai timur dan cuma orang kampung. Masalahnya, apabila saya menyuarakan hasrat untuk berkahwin dengannya, teman wanita saya menyuruh saya menyediakan wang sebanyak RM20,000. Terkejut saya tapi demi menjaga hatinya, saya mengiakan saja.

Saya tanya dia kenapa perlu sampai RM20,000. Dia beritahu, apabila majlis perkahwinan nanti, dia perlu banyak duit untuk mengadakan majlis kenduri. Wang hantaran pula perlu tunai RM8,000, tak boleh kurang. Adakah perkara ini perkara biasa dan pernah dibuat orang?

Teman wanita saya juga menyatakan emak dia nak saya berduit dulu, selepas itu baru boleh kahwin. Kata-katanya itu membuatkan saya tertekan? Adakah saya perlu mencari calon hidup lain? Saya benar-benar serba salah.

Sepanjang bercinta dengannya, saya memberinya telefon bimbit, sara hidup semasa dia belajar, beli keperluan bulanan dan macam-macam lagi. Saya juga ada komitmen pada keluarga saya sendiri tapi dia seperti tak mahu faham dan selalu marah kalau saya tak bagi apa yang dia mahu. Apa perlu saya buat?"


Adapted from : Harian Metro 3/6/2010


Oit...oittt...Apa kes la nak wang hantaran mahal2 gitu..Kot laki ko tu anak dato' ke, tan sri ke..tak kisah la kann..Tapi ko pon orang kampung je. Bukan niat aku nak hina orang kampung ke apa, coz aku pun orang kampung gak. Tapi setau aku kalau nak wat kenduri kendara kat kampung nih, kos nya jauh lebih murah, tak macam kat bandar2 besar...One more, kalau pihak pempuan tu nak wat majlis kenduri, bukan tanggungjawab laki dia nak sediakan duit untuk biaya kos tu tapi keluarga pihak pempuan tu punya tanggungjawab..Adeiii~ Berkahwin bukan mudah. Lepas berkahwin tu, banyak lagi perbelanjaan yang korang kena pikey kan. Kalau duit dah habes nak wat majlis, lepas kawen ko nak makan apa lak? Makan pasir? Pikey la secara logik..Wang hantaran tu bukan wajib pon, yang wajib kan mas kahwin (mahar), so biar la jumlahnya seswai dengan kemampuan lelaki tu..Lagi bagus, kalau dapat kumpul duit sama-sama.

Jika niat perkahwinan dilangsungkan ikhlas kerana Allah atau untuk memenuhi tuntutan agama, kedua-dua pihak, sama ada keluarga bakal pengantin lelaki atau perempuan perlu bertolak ansur dan tidak menyusahkan. Wang hantaran yang diletakkan perlulah berpada-pada, setaraf dengan kemampuan bakal pengantin lelaki.

Aku rase kalau pompuan tu still tak leh nk bertolak ansur, better cari lain kot. Hahahaa..Kriteria utama yang ditekankan untuk mencari pasangan hidup ialah kefahaman dan amalan agama, bukannya paras rupa dan harta. Ingat tuu..



3 comments:

  1. i agree wif ur opinion
    hantaran tue xyah lah letak berpuluh2 ribu'
    yang penting kehidupan selepas kwin.aku rasa time nak mulakan idup bersama lagi banyak wet nak guna.lain ar duk uma mak bapak sendiri even dah kwin..mmg xda prob..
    if time kwin wet dah banyak melabur pe nak makan time dah kwin....
    ari2 rendam batu biar cair....ha3.
    xfaham mentaliti orang skrg.msg2 letak hantaran yang tinggi.

    ReplyDelete
  2. ::m!SS edURA hanUM:: BTOL...BTOL..

    ReplyDelete
  3. nak wat cmne..mmg sekarang sume utamakan hantaran..entah kenape?..
    mak bapak depa pun ltk harga tggi2..igtkan x nak bgi anak gurl die rupenye nak menunjuk2 kat jiran2..mcm nak jual anak pun ade..haishh

    susah nak cari hantaran yang rendah dan gadis yang terbaek

    ReplyDelete

Thank You!! ^_^

Labels

Followers