Wednesday, July 20, 2011

Berat Hanya Pada Angka

Assalamualaikum!!

Haaa..

Semalam ada timbang berat, naik dah 48kg..Angka je naik, tapi tengok badan slim gak..Lagi makin kurus aku rasa ada la coz aku rase badan makin ringan. Apa yang berat pon tak tau..Air ke? Lemak ke? Mesin timbang tu rosak ke? Kadang2 tensen gak bila laaa nak bertambah berat nih..Bagi gemok cket. Tapi tu hanyalah terdetik di hati bila kuranggnya rasa bersyukur..Astagfirullah. Manusia ni memang tak penah puas kan? Bila dah kurus, sebok nak gemok..Bila dah gemok, sebok nak kurus..Bila dah sedang2 ok, nak muka cantik lak, glowing2 gitu..Bila muka dah cantik, nak itu lak..nak ini lak...Uhuhu..Tak pernah puas. Alhamdulillah, walau aku makan banyak mana, berat aku memang susah nak naik..Mungkin disebabkan kadar metabolisme yang tinggi?Aku juga makan dengan kadar yang lambat. Sape2 yang kenal aku, tau la berapa lama aku amik masa untuk habiskan sepinggan makanan tu. Heee..;p Kena sabar menunggu. Mungkin sebab tu, makanan yang aku kunyah, dah hancur lebur bila sampai ke perut, tu yang jadi cepat je hadam. Tak sempat lemak-lemak tu nak diserap oleh badan. Selain itu, aku leh jimat banyak duit sebab tak perlu nak beli pil kurus, jamu kurus atau apa2 produk untuk menguruskan badan yang mahal-mahal..Nak gi slimming centre, nak gi gym..Tak mampu den. Tapi orang cakap, usually orang akan bertambah berat badan bila dah mendirikan rumahtangga? Mungkin betul, mungkin tidak. Ada gak membe2 aku yang maintain kurus walau anak dah ramai, ada gak yang dah bertambah chubby, even lom ada anak lagi. Terpulang pada setiap individu kan. (Aku tengok mak aku kurus je even dah anak 5)..Heee..


Bila ada orang tegur, "nape la ko ni kurus sangat?" Aku cuba tak amik ati and aku anggap teguran tu sebagai caring. Hehehe..Yela, kalau tak caring ada dia kisah ke aku gemuk ke kurus? So, bila tegur, tu tanda caring la tu..hehe..Aku bersyukur, hidup dalam keadaan sihat walafiat. Minggu lepas ada buat ujian tahap kesihatan badan. BMI adalah 19.5. So, kira stabil lagi la kan. tinggi normal, berat normal, kandungan lemak normal. Yang paling best, result dari ujian tu, umur badan aku sama cam 21 tahun. Hee...Muda lagi kan. Kalau nak pakai baju2 time zaman sekolah pon aku still muat lagi. Alhamdulillah..Biar kurus, janji sihat. ;)


Tak perlu risau, andai diri itu kurang cantik, kurang menarik..Tapi seharusnya bersyukur coz at least badan ko tu tak jadi santapan mata lelaki, tak jadi topik perbualan orang. Kang nanti tak pasal2 dapat je dosa free. Nak ke? Lagi pon kecantikan tu subjektif. Apa guna badan cantik, muka cantik, tapi perangai kurang cantik? so, ada baiknya kita perbaiki dulu kecantikan sifat kita, perbuatan kita, akhlak kita, kerana dari situ orang akan memandang keseluruhan diri kita adalah cantik. Bagi yang perempuan, kecantikan yang hakiki adalah khas untuk suami mu seorang..Biarlah orang lain nak pandang jijik, pandang tak cantik, tapi si suami tetap sayang and memandang kamu sebagai cantik menawan. Itu yang paling penting. Kannn~


Bagi yang cintanya ditolak kerana paras rupa kurang menarik. Jangan risau..Jangan terlalu bersedih..Tapi kena bersyukur coz ko bertuah tak kawen dengan dia, yang hanya mementingkan luaran semata-mata..Camne kalau dah berkawen? Dah tua nanti? Sume dah kedut-kedut, gigi pon gugur, muka pon dah kerepot, hilang dah kecantikan yang dipuja-puja..Adakah hilang juga kasih sayang nya? Apa pon, ajal maut dan jodoh pertemuan di tangan Tuhan..


Oh, apa nih tajuk pasal berat, tibe2 cite pasal kecantikan..hehe..Wuteva, kita sebagai manusia, takde yang sempurna, tapi kita semua istimewa..;)




3 comments:

  1. akak plak kan, ahaha nak jugak...kalu kt timbang tu turun kan, badan akak ni xnmpak turun pun. ahaha so maybe lemak kot yg hilang ahahaha....xpe laa nk buat cmne tgh usaha ni...

    ReplyDelete
  2. huhuhu...
    kamu mkn mmg lambat :p
    takpe,mcm skang ni pun dah ok..ramai peminat kan...

    ReplyDelete

Thank You!! ^_^

Labels

AGAMA (52) AWARD (2) BEBELAN KU (87) BERITA (6) CERITA (41) CINTA (13) COhttp://www.blogger.com/img/blank.gifNTEST (1) CONTEST (8) DIRIKU (33) DIY (8) EVENT (14) FAMILY (19) HANAN (5) I.N.F.O. (21) JALAN-JALAN (9) K.A.H.W.I.N. (9) KERJA (2) LAWAK (2) LUAHAN (18) LYRICS (5) M.A.K.A.N. (1) MAKAN (9) NUKILAN (10) OPINIONS (3) P.E.N.G.A.L.A.M.A.N. (15) PREGNANT (11) PRODUK (3) R.E.S.I.P.I. (1) SEDIH (7) TAG (3) TIPS (38)

Followers