Friday, July 29, 2011

Musuh Atau Sahabat, Mana Pilihan Kamu~



Siapa sangka?

Dua insan yang dulunya pernah berselisih faham, kini menjadi teman yang baik antara satu sama lain.

Bila mengimbas masa lalu, dan merenung masa yang sedang dilalui sekarang, alhamdulillah... Allah mengatur semuanya dengan cukup indah. Ya, dulu mungkin dua orang sahabat tersebut pernah mengguris hati masing-masing. Hingga menyentuh hati-hati sahabat yang lain di sekeliling mereka. Dan hati-hati yang tidak sepatutnya diusik turut terluka.

Ketika itu tentunya syaitan sangat gembira. Berhasil memecah-belahkan umat akhir zaman. Bertepuk sorak makhluk Allah yang satu itu bila manusia mula lalai dan terlupa dengan janji syaitan kepada Allah di depan Adam. Bahawa ia tidak akan berhenti mengganggu manusia sehingga kiamat.


Siapa juga sangka?

Jika dulu dua insan yang sangat akrab, bersama ke mana jua, menangkis segala permasalahan yang timbul secara bersama kini bagaikan tidak mengenali antara satu sama lain. Hubungan yang dulu nya ibarat isi dengan kuku kini berubah bagai langit dengan bumi. Jauh dan semakin jauh. Beza dan semakin berbeza. Kesalahan yang sekecil hama, diperbesar-besarkan sehingga akhirnya nak bertegur sapa secara mesra juga sudah jadi kekok dan janggal.

Bila mula terbentuk bibit pergaduhan, cepat-cepatlah sedar dan istighfar. Jangan diturutkan godaan nafsu yang membuahkan amarah. Ingatkan diri dan sahabat, bahawa syaitan sedang ketawa. Syaitan itu musuh manusia, tidak patut untuk kita turuti kehendaknya, melainkan kehendak Allah yang wajib kita patuhi. Bagaimana sahabat yang dulu kita sayang2, kini boleh menjadi musuh? Kenang lah kembali, saat-saat indah dan manis bersama. Apa gunanya bermasam muka dan menjeruk hati? Bersabarlah. Dugaan tidak datang hanya pada pasangan bercinta, tapi juga hubungan persahabatan. Salah seorang perlu mengalah. Salah seorang perlu berpesan kepada kebaikan. Jangan terlalu ego dan jangan merasakan diri sendiri sahaja yang betul, orang lain salah. Tidak semua yang kita rancang akan menjadi kenyataan. Kita tidak mengetahui dan Allah lebih mengetahui. Muhasabah diri. Ketahuilah bahawa setiap tindakan ada sebab nya, setiap yang berlaku ada hikmah nya. Jangan terlalu bersangka buruk dan jangan bertindak melulu. Persahabatan tidak akan timbul masalah sekiranya hati masing-masing ikhlas kerana Allah.


Bermusuhan atau bersahabat. Anda yang tentukan.



Credit to: sunahsukasakura


1 comment:

  1. Setinggi penghargaan dan terima kasih kpd kamu Cik Nadia~

    ReplyDelete

Thank You!! ^_^

Labels

AGAMA (52) AWARD (2) BEBELAN KU (87) BERITA (6) CERITA (41) CINTA (13) COhttp://www.blogger.com/img/blank.gifNTEST (1) CONTEST (8) DIRIKU (33) DIY (8) EVENT (14) FAMILY (19) HANAN (5) I.N.F.O. (21) JALAN-JALAN (9) K.A.H.W.I.N. (9) KERJA (2) LAWAK (2) LUAHAN (18) LYRICS (5) M.A.K.A.N. (1) MAKAN (9) NUKILAN (10) OPINIONS (3) P.E.N.G.A.L.A.M.A.N. (15) PREGNANT (11) PRODUK (3) R.E.S.I.P.I. (1) SEDIH (7) TAG (3) TIPS (38)

Followers