Tuesday, July 12, 2011

Masalah.

Takde orang yang takde masalah..Kalau ada, memang orang tu yang bermasalah.


Ok, aku bukan cite camne nak cari masalah atau camne nak lari dari masalah, tapi camne nak handle masalah. Masalah kecik ke masalah besar ke, tetap dikira masalah. Dan kalau dibiar kan je masalah tu, maka akan bertambah rumit lah. Ishh, naik pening lak taip banyak sangat perkataan masalah ni..Masalah tul!


Solat. Solat tu salah satu cara bersyukur pada Tuhan. Even ko sibuk camne, masalah ko berat camne, jangan abaikan solat. Kita tak tau bila kita mati. Kot ko sibuk sangat dengan masalah ko tu, tibe2 malaikat izrael datang cabut nyawa, dalam keadaan blom lagi mendirikan solat, tu dah jadi masalah. Nauzubillah. Minta dijauhkan. Kita hidup kat dunia ni hanya semata-mata pinjaman dari Nya. Masalah yang timbul hanya lah ujian dari Nya buat kita..Kalau kita tak mohon bantuan dari Allah, sape lagi leh tolong kita?


Senyum. Semua orang tau senyum dan boleh senyum, tapi tak semua orang suka senyum. Senyum tanda redha. Even ko ada masalah, senyum lah. Senyum tu biar ikhlas. Senyum pahit ke, tawar ke, manis ke, janji ikhlas. Insyaallah hati ko akan turut tersenyum dan orang sekeliling ko pun ikut sama tersenyum. Tapi jangan la wat senyuman manje2 kucing lak, kang ada yang terperasan. Haa..tu dah timbul masalah.


Fikir. Bila timbul masalah, fikir camne nak selesaikan, bukan fikir camne nak lari dari masalah. Ada kawan-kawan, ada keluarga, bleh cite. Tapi pasti kan orang2 tu memang boleh dipercayai bukan orang2 yang suka musnah kan kepercayaan yang diberi. Jangan terlalu percaya pada orang, tapi tak percaya langsung pon tak boleh! So, berpada-pada lah. Setiap masalah ada jalan penyelesaian nya. Yakin lah. Usaha lah. Bukan mudah, tapi tak mustahil.


Jangan cari masalah. Masalah tu kadang2 tak datang kalau tak dicari. Jangan sibuk2 pasal masalah orang lain. Memang kadang2 niat kita baik, nak amik tau, caring.. Tapi orang boleh salah anggap dan tak pasal-pasal timbul masalah baru. Fikir masalah sendiri sebelum fikir masalah orang lain. Cermin muka sendiri sebelum mengata orang lain. Kita jadi manusia, bukan lah baik sangat, tapi kita boleh berusaha untuk jadi yang terbaik. Orang boleh mengata, orang boleh bercerita, tu dia punya suka, nak gossip or jaja cerita, kat akhirat sok ko tinggal senyum je collect pahala dari mereka. Kadang2 kita tak sedar, kita sibuk mengata orang itu ini, tapi dalam masa yang sama kita tengah syok wat dosa mengumpat. Nauzubillah. Macam peribahasa, diam kadangkala lebih baik dari berkata-kata. Eh, tu bukan peribahasa, tapi pepatah. Apa pon boleh.


Kalau. Memang best guna perkataan kalau. Kalau lah aku tak kenal dia...Kalau la aku tak buat gini, takde la jadi gini..Kalau la aku tak jumpa along dulu. Kalau..Kalau...Haihh..Kenapa perlu persoalkan benda yang dah berlaku? Dah lepas? Takleh putar balik pon masa tu. Fikir kan masa sekarang. Fikir kan masa akan datang, yang masih boleh dirancang. Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian takde guna nya. Yang lepas tu jadi kan lah pengajaran. Jangan terlalu sedih kalau kita jadi mangsa keadaan. Hidup di dunia, begitulah rencah nya. Kadangkala kita di pihak yang benar, namun kita tetap dipersalahkan. Tak semua yang kita nak, kita akan dapat. Tak semua yang kita rancang, akan jadi kenyataan. Sentiasa bersyukur, maka ko akan tersenyum..Syukur lah..Syukur..Syukur.



Alhamdulillah. ;)


3 comments:

  1. senyum =)...betul tu..kalau pun kt ade masalah..tak perlulah melampiaskan pd org lain..so kt kene senyum selalu..

    ReplyDelete
  2. diam lebih baek dari berkata2...selalu sgt dgr 'peribahasa' tu :)

    tp pape pun,sy ttp beruntung,de org yg sggup dgr masalah sy,cube utk selesaikan dan bgi pendapat..mmg besar kepercayaan sy kpd dia..terima kasih tak terhingga utk orang itu~

    ReplyDelete
  3. Awe kalu ada masalah awe akan nanges dulu....

    ReplyDelete

Thank You!! ^_^

Labels

Followers